DU-A • PU-LUH • EM-PAT

111 5 1
                                    

"MURID-MURID, fokus pada saya. Ada sesuatu yang saya nak sampaikan."

Semua orang di dalam kelas segera diam. Mematuhi permintaan guru kelas kami iaitu Puan Ema. Begitupun masih terdengar bunyi bisik-bisikan.

"Harini, kita akan terima pelajar dan guru baru."

Aku tersenyum. Sudah tahu berita tentang pelajar baru tu. Tapi pasal cikgu baru tu tak tahu pula.

"Kamu berdua boleh masuk." Arah Puan Ema sambil wajahnya memandang ke arah luar kelas.

Seorang lelaki dewasa berusia dalam 20-an masuk beriringan dengan seorang budak perempuan ke dalam kelas. Sekilas pandang nampak macam adik-beradik pula.

"Okay, awak kenalkan diri dulu." Puan Ema meminta pelajar baru itu untuk mengenalkan diri.

"Nama saya Laliya." Ujar pelajar perempuan itu. Kemudian, dia senyap.

Seorang pelajar lelaki yang merangkap kawan aku, mengangkat tangan untuk bertanya.

"Sekolah mana sebelum ni?" Soalnya.

"Saya belajar kat rumah je." Laliya membalas lembut.

Kedengaran bunyi oo yang panjang dari satu kelas.

Laliya memandang Puan Ema seperti mengharapkan sesuatu.

"Boleh saya duduk sekarang, Cikgu?" Soalnya.

Terangkat kening Puan Ema.

"Itu je pengenalan kamu?" Soal Puan Ema. Mungkin dia rasa kejap sangat Laliya mengenalkan dirinya.

"Er.. kalau nak tahu, saya sepupu dengan Fahimi.. maksud saya, Arif." Ujar Laliya. Dia memandang aku. Membuatkan yang lain turut memandang aku.

"Weh, tak cakap kau ada sepupu lawa cam tu." Kedengaran satu bisikan dari belakang. Aku membuat muka mendengarkan bisikan-bisikan 'syaitan' dari beberapa rakan pelajar yang lain.

"Kenapa nak kena bagitahu korang pula? Dapat duit ke?" Sindir aku.

"Okay, kelas. Sila senyap. Laliya, awak boleh duduk sekarang. Pilihlah mana-mana meja yang masih kosong tu." Ujar Puan Ema.

Laliya mengangguk dan pantas bergerak ke arah meja pilihannya.

Kemudian, Puan Ema memperkenalkan guru baru itu pula kepada kami. Dia merupakan pengganti kepada cikgu matematik kami yang sedang cuti bersalin.

•°•°•°•

"NAMA saya Isa. Boleh panggil Cikgu Is atau Cikgu Isa. Yang penting kamu selesa. Saya harap saya boleh dapatkan kerjasama kamu semua semasa saya mengajar nanti."

Cikgu baru tu membuka mulut. Dia mula menceritakan sedikit sebanyak tentang dirinya. Aku hanya tekun mendengar ceritanya. Aku perasan cikgu baru ni kerap kali memandang ke arah aku.

"Saya dengar ada pelajar yang pernah dapat markah 100 genap dalam subjek Matematik?"

Serentak semua mata memandang aku kecuali Cikgu Isa yang menanyakan soalan tu sendiri dan Laliya yang tak tahu menahu tentang hal itu.

"Kamu ke orangnya? Apa nama kamu?" Cikgu Isa menyoal aku.

Aku pantas berdiri untuk menjawab soalannya.

"Ya, saya. Nama saya Arif, cikgu."

Cikgu Isa memandang wajah aku. Dia tersenyum.

PakLong Where stories live. Discover now