PROLOG II

388 11 2
                                    

PAK WAHAB. Dia merupakan pemilik warung yang tersohor di kawasan perumahan berdekatan. Makanan yang terkenal di warung Pak Wahab sudah semestinya roti canai yang dikombokan dengan kuah dal bersambal. Air kopi hasil tangan Pak Wahab juga tak kurang sedapnya.

Selain makanan dan air yang terkenal dari Pak Wahab, warung ini juga menjadi tumpuan para pelanggan kerana pekerjanya yang cilik dan comel yang baru berusia 11 tahun. Bukan sahaja comel dan cilik, malah pintar juga. Ya, aku tengah cakap pasal diri sendiri lah ni.

"Yip, amik order meja sana tu." Pak Wahab berjeda sebentar dalam membuat roti canai demi menunjukkan meja pelanggan menggunakan ibu jarinya. Aku menoleh. Memandang ke arah yang ditudingnya.

"Baik, abah." Balas aku. Tak berlengah, aku pantas menuju ke meja tersebut untuk mengambil pesanan makanan.

Kenapa aku panggil 'abah'? Sebab boleh, dik. Okay, bukan sebab tu. Tapi, sebab Pak Wahab lah yang membesarkan aku sejak dari kecil. Semasa aku baru berusia setahun, aku dibuang di tepi jalan. Nasib baik Pak Wahab menemui aku dan membesarkan aku sehingga aku sihat dan besar seperti sekarang. Pun begitu, Pak Wahab tak pernah daftarkan aku sebagai anak angkatnya. Menurut dia, dia punya alasan sendiri.

Oh ya. Aku tak duduk serumah dengan Pak Wahab. Aku duduk di warung ini. Kenapa? Sebab aku tak disukai oleh emak aku. Kakak-kakak aku pula suka mendera dan membuli aku. Okay, aku tipu je. Tu jalan cerita Cinderella, kan?

Sebab sebenar aku duduk di warung ini ialah atas kehendak aku sendiri. Aku rasa terhutang budi yang amat pada Pak Wahab sekeluarga. Jadi, aku tinggal lah di warung ini. Itu lebih baik daripada aku lari dari rumah seperti dulu. Kata Pak Wahab masa aku bagitahu nak tinggal di warung je.

•°•°•°•

"NAH! Ni duit upah ayip. Terima kasih tolong abah hari-hari." Pak Wahab menghulurkan sejumlah wang kertas kepada aku.

Dengan lembut, aku menolak.

"Apa ni, abah? Orang tolong ikhlas lah. Kalau setakat tolong sedikit pun Ayip kena diupah, macam mana Ayip nak balas jasa abah besarkan Ayip dari kecik?" Ujar aku.

Aku perasan mata Pak Wahab yang sedikit berair mendengar ucapan aku. Terharu barangkali. Dia pantas memeluk aku.

"Kenapalah kamu ni baik sangat? Risau lah abah kalau orang amik kesempatan pada kamu. Kamu tu baru 11 tahun. Cuba jadi kanak-kanak dan pentingkan diri sendiri sikit." Ujar Pak Wahab dekat di telinga aku. Terasa nafasnya di leher dan juga titisan air mata.

Aku kekok dengan keadaan ini. Aku tak suka bila orang menangis. Ya, menangis tu memang bagus untuk luahkan perasaan. Tapi, untuk orang yang melihatnya, diorang akan rasa serba salah.

"Abah jangan lah nangis. Ayip tak bermaksud pun nak buat abah sedih." Aku mengusap belakang badan Pak Wahab.

"Abah tahu." Pak Wahab mengangguk.

•°•°•°•

"ADIK, kami nak order."

Aku menoleh. Aku melihat si pemanggil. Seorang wanita yang dalam usia yang boleh aku panggil mak cik. Mak cik ni datang bersama pakcik, suami dia. Kedua-dua pasangan ni tersenyum melihat aku. Dahi aku berkerut.

"Termenung apa lagi? Amik la order sana." Suara Pak Wahab kedengaran menggesa aku. Rilekslah, diorang tengah lapar tu. Tak lari customer yang lapar. Hehe.

PakLong Where stories live. Discover now