"A.. ABAH.." Ujar aku dengan sedikit gugup.
Abah melihat ke arah aku dan Paklong yang dalam keadaan berpelukan. Pantas kami berdua meleraikan dakapan antara kami.
Abah memandang ke arah Paklong sahaja namun bersuara kepada aku.
"Siapa ni Ayip?" Matanya masih memandang Paklong dengan tajam walaupun nama aku yang disebut.
"Ni Paklong, abah." Beritahu aku.
Wajah abah berubah. Matanya menjadi redup kembali.
"Pak... Paklong? Ini Paklong yang kamu ceritakan tu?" Soal abah. Dia memandang aku kembali. Aku mengangguk.
Tiba-tiba abah mendekati Paklong. Tangannya dihulurkan sambil berbicara.
"Saya Wahab. Terima kasih sebab jaga Arif. Arif kata kamu selalu ingatkan dia pada saya." Ujar lelaki tua yang merupakan ayah angkat aku itu.
Aku tersenyum melihat dua lelaki yang mempunyai vibes yang sama itu. Dua-duanya sudah lama tidak aku ketemui. Cuma bezanya aku tak jumpa abah dah beberapa tahun dan aku tak jumpa Paklong selama beberapa bulan saja.
"Nama saya.."
Butir bicara Paklong kian memudar seiring minda aku yang dimamah memori masa lalu. Mengenangkan apa yang terjadi selepas malam ketujuh raya atau malam terakhir aku dan Paklong bertemu.
•°•°•°•
"RAZIFFF!" Suara ibu membingiti telinga aku yang sedang lena tidur. Dia mendekati aku. Tubuh aku ditariknya dari baring. Kasar. Kenapa ibu jadi begini? Aku tak tahu.
"Kau buat apa pada anak aku ha?" Ujar ibu dengan nada yang tertahan-tahan marahnya.
Dengan siapa ibu bercakap ni? Aku menoleh untuk melihat. Mata aku membesar. Paklong tidur di sini dari malam tadi. Adakah kitorang dah kantoi? Tapi kantoi apa? Kitorang bukan ada buat salah pun.
"Tak cukup ke sebelum ni? Kau nak rosakkan anak aku lagi ke?" Suara ibu bergetar. Dalam amarah dan sedih, ibu tampak tak bertenaga.
Aku memberanikan diri memandang wajah ibu. Aku sedikit tertanya, apa maksud 'lagi' di sini? Bukan ke aku anak pertama ibu?
"Angah, kau kena percaya aku. Aku tak apa-apakan Arif. " Ujar Paklong. Ini kali pertama aku lihat diorang berdua berbicara. Kerana selain aku dan Tokwan, Paklong tak pernah cakap dengan sesiapa.
"Percaya? Dulu aku dah percaya, tapi kau yang hancurkan kepercayaan tu." Ibu bersuara melawan Paklong.
Bunyi beberapa tapak kaki kedengaran. Menghampiri bilik aku.
"Apa bising-bising ni sayang?" Suara ayah kedengaran sebelum dia muncul di pintu bilik aku dan terkejut melihat Paklong.
"Kau?"
Selang beberapa saat, ahli keluarga yang lain turut datang. Kerana jeritan ibu tadi sangatlah kuat. Selang beberapa saat yang sama jugalah, ayah meluru ke arah Paklong dan menumbuk wajah lelaki itu tanpa belas kasihan.
"Fahimi sini." Maksu menarik aku menjauhi mereka. Membawa aku ke luar bilik. Sejujurnya, itu bakal menjadi kali terakhir aku melihat Paklong.
"Kenapa ibu ayah marah dengan Paklong? Kitorang tak buat apa-apa pun." Soal aku dengan nada pelik.
Maksu berhenti berjalan. Dia berlutut separas aku di hadapan aku. Kedua-dua bahu aku di sentuh.
"Fahimi dengar ni. Ibu ayah Fahimi takkan buat benda tanpa sebab. Apa yang diorang buat semuanya untuk Fahimi." Maksu mengusap kepala aku. Tapi itupun tak meredakan kekeliruan yang aku alami. Aku juga rasa bersalah kerana aku yang memanggil Paklong untuk teman aku dalam bilik.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...