TI-GA • PU-LUH • DU-A

83 10 2
                                    

AKU tak pasti kalau korang perasan atau tidak. Tapi, Paklong tak pernah panggil aku dengan nama Fahimi walaupun pakcik dan makcik yang lain semua panggil Fahimi. Termasuklah sepupu. Paklong lebih suka panggil aku Arif. Bila aku perhati semula gambar lama yang terkandung wajah budak lelaki yang wajahnya mirip aku tu, aku jadi terfikir. Mungkin sebab dia. Nama dia Fahimi.

Pap! Fikiran aku terganggu dek tepukan Tahriq di bahu. Aku menoleh. Melihat wajah remaja 14 tahun yang sedang memberikn sengihan.

"Menung apa kau? Ingat awek kat sekolah ke?" Tahriq cuba berseloroh.

Aku menggeleng. Aku tunjukkan dia gambar di telefon aku. Dia terdiam. Dia kenal sangat gambar tu.

"Aku tengah fikir pasal Fahimi ni." Ujar aku.

Senyap. Apabila tiada respon yang diberikan, aku langsung memandang wajah Tahriq. Dia melihat aku dengan aneh.

"Kenapa?" Soal aku.

"Takdelah. Rasa pelik bila kau sebut nama kau sendiri. Lagipun muka korang sama. Kalau kau hilang ke apa, aku rasa dia boleh ganti kau. Aku takkan boleh bezakan tukau ke dia. Kecuali kalau perangai korang berbeza lah." Ujar Tahriq.

Aku tertegum sejenak. Semirip itu kah wajah kami? Aku merenung wajah Fahimi di dalam gambar tersebut.

Siapa dia?

Nak kata anak Paklong, Paklong belum khawin. Tapi boleh jadi je. Keluarga ni kan suka simpan rahsia.

Nak kata anak ibu dan ayah, diorang takde anak sebelum ni. Setahu aku lah berdasarkan apa yang semua orang katakan. Tapi boleh jadi.. Sudah, Arif Fahimi. Tak ada gunanya kau overthinking pasal ni.

"Tapi cuti raya tahun ni kurang meriahlah." Ujar Tahriq. Dia melepaskan keluhan.

Aku angguk. Setuju. Aku juga rasa hal yang sama.

"Si kembar dah tak ada. Ikut Paksu dan Maksu beraya diluar negara. Liya sekolah asrama. Boleh cuti tapi dia tak nak balik." Ujar Tahriq.

"Kalau kena paksa balik pun, dia akan tidur rumah keluarga kawan dia." Sahut aku pula.

Tahriq memandang aku. Pandangannya seperti pandangan anak anjing yang mahukan sesuatu dari tuannya.

"Apa?" Soal aku.

"Kau buat apa sampai dia merajuk pergi asrama tak nak balik sini dah?" Soal Tahriq yang sedikit bersifat tuduhan.

"Aku? Aku tak ada buat apa-apa." Aku pantas menafikan tuduhan tak berasas tersebut.

"Habis tu? Kenapa dia tak nak balik rumah dah? Dia dah tak ingat kita ke? Mak dan Babah pun tertanya-tanya. Tapi Maklang dan Paklang diam je. Pakngah ngan Makngah pun sama." Ujar Tahriq. Wajahnya tampak merah. Sepertinya dia tidak puas hati kerana tidak mengetahui hal sebenar.

"Kau tak tahu langsung eh?" Soal aku.

Tahriq menggeleng.

"Spill the tea, please." Pinta Tahriq.

Aku menghembuskan nafas berat. Perlahan-lahan aku membuka mulut. Menceritakan apa yang dah terjadi.

•°•°•°•

"SO.. Liya anak kepada kembar Makteh? Dan kembar Makteh tu dah k.o lepas beranakkan Liya? Bapak Liya pula hilang tanpa jejak?" Tahriq merungkap satu persatu apa yang baru sahaja dihadamnya tadi.

"Betul." Jawab aku.

"Astu, Liya mogok dengan Paklang dan Maklang? Sampai bawa diri ke asrama." Tahriq terus menerus menebak dengan tekaan yang tak tersasar.

PakLong Where stories live. Discover now