DU-A • PU-LUH • SA-TU

119 6 2
                                    

"A.. ALONG demam, babah. Dia kata dia nak rehat dalam bilik je." Adu Edi. Menyampaikan pesan abangnya Tahriq.

Aku dapat lihat wajah Pakndak yang menyinga. Air liur aku telan. Gulp. Seram!

"Kau panggil dia turun sekarang. Demam apa? Petang nanti elok je babah tengok dia keluar main bola. Dia jangan fikir babah tak tahu yang dia nak tunjuk protes." Ujar Pakndak. Dia mengarahkan Edi untuk segera memanggil Tahriq.

"Kalau dia degil lagi, babah hantar dia kat Pak Mat." Pakndak menggertak. Kalau menurut cerita Tahriq dulu, Pak Mat merupakan abang kepada Pakndak. Pak Mat juga merupakan seorang askar. Garang dia lebih gila daripda Pakndak sendiri. Tahriq dah banyak kali kena dengan Pak Mat sebab dia nakal masa kecil dulu.

Edi pantas melangkah laju menuju ke biliknya. Dia pun takut akan Pak Mat yang garang tu. Aku rasa dia mesti pernah menyaksikan Tahriq kena displin dengan Pak Mat tu sendiri.

Tak sampai berapa minit, Edi dan Tahriq datang ke ruang makan untuk sarapan pagi yang disediakan Makndak. Wajah Tahriq masam. Dia tak pandang aku dan juga babahnya.

"Ha buat muka. " Tegur Pakndak.

Wajah Tahriq makin mencuka.

"Dah, dah. Jangan usik dia lagi. Jom makan." Makndak mencelah sebelum berlaku apa-apa lagi pentengkaran.

Kami makan dengan suasana yang senyap. Tiada siapa yang mahu membuka mulut.

"Kalau setiap kali makan, senyap macam ni kan bagus." Puji Pakndak tapi nadanya lebih kepada menyindir.

"Qhalif dengan Edi pun senyap je. Gaduh juga ke semalam?" Soal Pakndak pada mereka berdua. Laju Edi dan Qhalif menggeleng.

Pakndak mengeluh. Kepalanya tergeleng. Mungkin pening dengan keletah kami semua.

"Petang ni kalau korang keluar main bola, Edi bawa Fahimi sekali. Babah nak bawa Sara dan Qhalif keluar." Pakndak memberitahu secara tiba-tiba.

Edi cuma mengangguk. Dia nampak seperti mahu menanyakan sesuatu tapi melihatkan Pakndak dengan wajah yang garang itu, Edi cuma mendiamkan diri.

Lain pula aku.

"Babah, Fahimi tak nak keluar harini." Ujar aku.

Kali ni perhatian Pakndak teralih ke arah aku.

"Kenapa?" Soal Pakndak.

"Badan saya sakit. Lenguh semacam." Balas aku.

Pakndak terdiam. Dia melihat lengan aku yang berbirat akibat pukulan dia semalam. Itu kali pertama aku kena pukul. Abah tak pernah pukul aku. Ayah pun sama. Lagipun buat apa diorang nak pukul aku, aku tak pernah buat nakal. Cuma kali ni lain ceritanya. Aku gaduh dengan Tahriq. Sebabkan ni kali pertama kena pukul, jadi aku tak boleh tahan sakitnya. Tak macam Tahriq yang dah biasa. Lagipun pukulan Pakndak bukannya perlahan. Pukulan seorang bekas askar.

"Kalau macam tu, kamu rehat lah kat rumah untuk harini. Makndak pun ada untuk teman kamu." Balas Pakndak. Wajahnya berubah lembut. Aku perasan ada sedikit kekesalan yang dipamerkan. Mungkin rasa bersalah.

•°•°•°•

"HA kalau dia kau gelilah. Kalau Paklong, tak geli pulak. Lebih dari tu pun takpe, kan?"

Aku memejamkan mata. Macam tu ke tanggapan Tahriq pada aku?

Suara Tahriq terngiang lagi di telinga.

"Agaknya lepas kau tahu dia bernafsu kat budak-budak, lagilah kau suka kan? "

Sehina tu ke pandangan semua orang pada aku dan Paklong? Aku membuka mata. Aku melihat ke arah luar dari jendela yang terbuka luas. Matahari terik memanas menandakan hari sudah petang.

Pakndak dah keluar membawa Qhalif dan Sara entah ke mana. Walaupun Qhalif mahu teman aku di rumah, Pakndak tetap suruh dia ikut.

Tahriq dan Edi pula sudah keluar ke padang untuk bermain bola. Meninggalkan aku sendirian di rumah. Eh.. aku tak sendirian. Masih ada Makndak. Cuma kelibatnya sahaja yang tak kelihatan. Aku tahu dia masih tak suka aku.

Aku menghembuskan keluhan. Dada aku terasa sesak. Aku memegang dada. Pun begitu fikiran aku menerawang jauh.

Macam mana lah keadaan Paklong sekarang? Di mana dia pergi? Apa dia buat sekarang?

Air mata aku mula turun. Sebab aku, dia dihalau. Sebab aku, semua orang fikir buruk pasal dia. Hanya kerana satu malam tu, Paklong terus dilayan buruk oleh semua orang. Ni semua salah aku. Mungkin aku memang layak dilayan buruk oleh Makndak.

Pipi aku mula basah dengan air mata. Badan aku tersengguk-sengguk menangis. Mulut aku katup supaya tiada suara yang terkeluar. Tak mahu sesiapa mendengari tangisan.

"Abah.." Di saat-saat begini, aku merindui abah.

Perasaan yang memberati dada ini perlukan ruang untuk aku lepaskannya.

Tiba-tiba, ada sepasang tangan yang memeluk aku dari arah belakang. Aku tersentak. Aku menoleh. Orang yang memeluk aku itu Makndak.

"Makndak?" Suara aku serak. Hidung aku tersiruk-siruk.

"Makndak minta maaf dengan layanan Makndak selama ni." Ujar wanita itu secara tiba-tiba.

Aku memusing diri - menghadap Makndak sekaligus meleraikan pelukannya.

"Kenapa tiba-tiba?" Soal aku yang pelik.

"Er.. Makndak rasa bersalah kat Fahimi dan kesian. Lagipun Makndak faham apa Fahimi rasa bila tak didengari dan difahami oleh orang lain." Makndak memberitahu.

"Apa maksud Makndak?" Aku menyoalnya pula. Tangisan aku berhenti. Aku mengelap pipi.

"Makndak tahu kamu fikir Paklong takde buat salah apa-apa. Kamu cuba jelaskan dekat semua orang, kan?" Soal Makndak.

Aku angguk.

"Tapi, tak ada orang yang dengar dan faham apa yang kamu cakap dan rasa. Perasaan tu yang Makndak rasa dulu." Beritahu Makndak. Dia mengusap kepala aku. Agaknya semua orang memang suka usap kepala aku.

"Makndak dulu pernah buat silap. Hanya kerana takde orang ambil tahu dan beri perhatian kat Makndak, Makndak benci orang lain. Makndak layan dia dengan salah. Dan Makndak tak nak kamu buat kesilapan yang sama." Makndak memandang aku dengan tulus. Aku boleh rasa keikhlasan yang ditunjukkan.

"Kamu boleh cerita dekat Makndak. Makndak akan cuba sebaiknya untuk dengar dan faham apa yang kamu cuba sampaikan. Tapi, sebelum tu Makndak cuma nak minta maaf. Boleh ke Fahimi maafkan Makndak? Kita buka buku baru?" Ucap Makndak. Memohon keampunan.

Aku angguk perlahan.

"Fahimi maafkan." Ujar aku perlahan.

Makndak senyum. Dia memeluk aku.

"Kalau macam tu, kamu panggil Makndak, emak. Boleh? Macam kamu panggil Pakndak, babah." Pinta Makndak.

"Boleh, Makndak." Balas aku. Tersenyum. Mungkin datang sini bukan lah satu keputusan yang teruk.

"Boleh apa?"

"Er.. boleh, emak." Balas aku.

Makndak menepuk perlahan belakang badan aku.

"Dah. Jangan sedih-sedih lagi. Emak ada untuk tolong Fahimi." Ujar wanita itu.

PakLong Where stories live. Discover now