MALAM itu, kami makan malam tanpa Laliya dan keluarganya. Paklang membawa Laliya pergi selepas berjaya memujuk Maklang dalam usahanya memperbaiki hubungan mereka. Tapi aku sedikit terkilan sebab tak dapat jumpa Maklang buat kali terakhir kerana memori terakhir aku tentang Maklang adalah pada pagi tadi ketika dia menghamburkan kebencian pada Tokwan dan suaminya. Bukanlah suatu memori yang baik.
Aku mengeluh kecil.
"Fahimi oi. Malam ni jangan tidur awal tau." Suara Tahriq mengalihkan fokus aku.
Aku menoleh ke arah remaja 13 tahun itu.
"Kenapa?" Soal aku.
"Aku dah jumpa." Bisik Tahriq ke telinga aku. Mata aku membesar. Sedikit teruja. Padahal masa dengar pasal pintu tu, apa pun tidak aku rasa.
"Serius la. Macam mana kau boleh jumpa?" Soal aku tertanya-tanya.
"Aku carilah. " Tahriq mendabik dadanya. Bangga dengan dirinya sendiri yang berjaya menyelesaikan misinya.
"Yakin ke tu pintu yang dicari?" Soal aku menimbulkan keraguan.
Tahriq angguk.
"Yakin. Malam ni kita pergi tengok bilik tu." Ujar Tahriq dengan penuh semangat.
Aku hanya diam. Entah rahsia apa lagi yang akan dirungkaikannya. Aku terus mesej Paklong supaya datang lewat ke bilik aku malam ni. Ataupun datang kalau aku suruh.
•°•°•°•
TAHRIQ membetulkan kaca matanya yang sedikit melorot ke bawah. Di belakangnya ada aku yang sedikit takut di dalam gelap. Semua orang sudah berada dalam bilik masing-masing kecuali kami. Mungkin diorang dah tidur. Gelap-gelap begini buat aku teringat peristiwa seram tempoh hari. Aku memegang baju belakang Tahriq.
"Jom." Bisik Tahriq dalam gelap ini.
Aku membuntuti sahaja langkah Tahriq yang membawa aku entah ke mana. Cuma yang pasti destinasi terakhir sudah tentulah pintu misteri itu.
Kami berhenti di sebuah pintu yang usang. Semua orang dalam rumah ni familiar dengan bilik ini. Kalau ada apa-apa barang yang diperlukan, bilik ni akan dituju.
Aku memandang Tahriq dengan rasa tak puas hati.
"Kau serious ke ni? Kau nak cakap yang bilik store ni bilik misteri tu?" Raut wajah aku cemberut.
"Ya dan tak." Balas Tahriq. Dia membuka pintu bilik store dan menarik tangan aku masuk ke dalam. Pintu ditutup.
Masuk sahaja ke dalam, bau hapak menyengat hidung. Debu yang berterbangan di udara buat aku rasa nak bersin tapi aku tahan. Tahriq melangkah beberap tapak meninggalkan aku di belakang. Aku melihat keadaan store yang tak terlalu banyak barang. Banyak sebenarnya tapi tidak memenuhi ruangan bilik tersebut. Di setiap penjuru atas bilik itu ada sawang lelabah. Entah dah berapa lama tak berkemas bilik ni.
"Sini." Panggil Tahriq. Aku pergi ke arahnya.
Tahriq menunjukkan aku sebuah pintu yang agak tersorok. Aku memandang Tahriq. Macam mana dia boleh perasan? Bilik ni macam sengaja dibuat untuk terlindung dari mata kasar. Kalau tak lihat dan teliti dengan betul-betul, memang takkan nampaklah.
"Kau buka lah." Ujar Tahriq.
Aku memegang tombol pintu. Terasa habuk fi tangan aku. Menandakan yang pintu ni dah lama tak dibuka. Wajah Tahriq aku pandang. Serius sangat wajahnya. Kami berbalas pandang. Dia angguk memberi isyarat untuk membuka pintu. Aku membalas anggukannya.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...