HEMBUSAN nafas yang berat aku lepaskan. Keluhan yang bersifat kesal. Ruang perbualan di telefon aku lihat. Nama Paklong yang disimpan sebagai 'Abah' tertera di bahagian nama.
Profile picture nya tak terisi. Mesej yang aku hantar pula cuma 1 tick. Sama ada aku diblock atau Paklong dah tukar nombor lain. Dua-duanya juga ada kemungkinan.
Malam semakin larut. Aku tinggal di bilik yang sama. Terimbas kembali memori lama. Saat Paklong menemani aku di lewat malam. Aku ajar dia main game. Walaupun dia kekok melakukan itu. Aku tersenyum sendiri mengenangkannya.
Kalaulah dia tak tertidur malam tu. Atau mungkin, kalau aku kejut dia sebelum dia terlanjur tidur sehingga ke pagi. Aku meraup wajah. Seringkali aku berfikiran begini. Seolah-olah semuanya boleh diputar kembali.
Ting!
Bunyi notifikasi kedengaran. Menandakan yang ada mesej masuk. Aku memeriksa. Mesej daripada Tahriq.
'Jom'
Aku menaip 'ok' dan menekan hantar. Kemudian, aku bersiap-siap untuk keluar daripada bilik.
•°•°•°•
"ADIK-ADIK kau dah tidur ke?" Soal aku dengan nada yang sedikit perlahan daripada biasa. Pada ketika ini, aku berada di hadapan bilik Tahriq dan adik-beradiknya. Dia kan duduk sama-sama kecuali Sara.
"Belum. Kenapa? Kau nak jumpa diorang ke?" Ujar Tahriq, bersahaja.
"Takdelah. Habis tu diorang tak pelik ke kau keluar bilik tiba-tiba ni?" Soal aku.
"Pelik lah juga. Tapi takde hal la. Sume rahsia dorang dalam kocek aku. Rahsia kau pun." Ujar Tahriq. Sempat dia mengusik aku di akhir kata.
"Kau pun sama je." Bidas aku pula.
Tahriq tergelak kecil.
"Dah jom." Ajak Tahriq.
"Jom. Kau jangan buat bukan-bukan lak kat aku." Aku pula yang mengusik dia kali ni.
"Coy, takde selera aku dengan kau." Tahriq meningkah kata-kata aku.
Kemudian, kami berdua sama-sama bergerak menuju ke bilik store yang sekaligus menjadi bilik misteri.
•°•°•°•
"TAKDE apa yang berubah. Semuanya tak terusik. Sama macam waktu kita tinggalkan bilik ni dulu." Ujar Tahriq. Aku mengangguk, mengiyakan. Memang benar. Kain pakaian yang tergantung masih berada di tempat sama dan aturan yang sama. Buku-buku yang kami usik pun masih di tempat sama.
"Memang bilik ni diabaikan macam ni je." Ujar aku.
"Dah. Ayuh kita cari kalau ada apa-apa lagi yang perlu diselongkar." Ujar Tahriq.
Lebih kurang setengah jam jugalah kitorang menggeledah keseluruhan bilik usang tersebut. Tak ada apa yang menarik. Dua tiga kali jugalah kitorang selak buku gambar yang lama tu. Asyik rasa nak tengok kembar Makteh dan budak Fahimi tu.
"Jum lah Mi. Bosan pulak aku tak jumpa apa-apa benda baru dalam ni." Kata Tahriq selepas penat mencari sesuatu yang tak pasti. Wajahnya berpeluh. Yelah, bilik ni mana ada elektrik dan kipas. Lampu pun pakai flashlight fon.
"Kejap." Ujar aku yang belum puas mencari.
Tiba-tiba, mata aku terpandang ke suatu arah. Ada sebuah kotak di atas almari baju. Daripada tadi, kami berdua tak sedar akan kewujuan kotak tersebut. Maklumlah, bilik ni kan gelap.
"Riq, angkat aku jap. Ada kotak do atas almari ni." Ujar aku yang dah berdiri di hadapan almari baju tersebut.
Mata Tahriq terus tertuju pada tempat yang aku sebutkan.
"Eh, yelah. Macam mana kita boleh tak perasan padahal dah lebih 30 minit kita duduk dalam ni." Ujar Tahriq. Kedengaran seperti dia mengeluh.
"Dah. Jangan bazir masa. Cepat angkat aku." Ujar aku pula.
Sepenuh tenaga dikerahkan hanya untuk sebuah kotak. Boleh tahan berat jugalah kotak ni.
Bap. Kotak tersebut diletakkan ke atas lantai sebelum aku turun daripada Tahriq.
"Harap-harap ada benda best la dalam ni." Ujar Tahriq.
Aku tak mengendahkan kata-katanya dan pantas membuka kotak tersebut. Kami sama-sama teruja untuk melihat apa isi di dalamnya.
"Baju?" Hampa kedengaran nada Tahriq.
Aku mengangkat baju tersebut. Eh sama pula dengan saiz badan aku. Ada sesuatu di sebalik baju tersebut.
"Eh ada kamera la Riq." Ujar aku. Pantas aku mengangkat kamera tersebut. Kamera model lama.
"Ish, modal rare ni. Boleh buat rakam dan tangkap gambar juga. Zaman dulu susah nak dapat kamera ni." Balas Tahriq pula. Dia mengambil kamera tersebut daripada tangan aku dan menekan butang untuk menghidupkannya.
"Rosak ke?" Soal aku apabila melihat kamera tersebut masih tidak aktif.
Tahriq menggeleng sebagai respon.
"Takde bateri do. Kalau rosak, lampu kecil ni takkan kelip-kelip dah. Cuba cari charger dia dalam kotak tu." Ujar Tahriq seraya mengarah aku.
Aku pantas bertindak mengikut arahan. Aku ternampak kepala plug bersama dengan wayar. Ni ke? Ye kot.
"Riq." Aku memanggil budak lelaki 14 tahun yang dah kebasahan bajunya dan mengunjukkan wayar tersebut.
"Nice. Apa kata kau bawa kamera ni dan cas dalam bilik kau? Esok pagi sebelum sesi minta maaf, kita tengok sama-sama apa isi dia." Cadang Tahriq.
Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa kau tak cas dalam bilik kau je?" Soal aku.
Tahriq membuat muka.
"Kan ada Edi dengan Qhalif. Dorang tu menyibuk je nanti." Ujarnya dengan nada annoy.
"Okay lah. Bak sini kamera tu."
Kamera modal lama tersebut diserahkan kepada aku. Kami mengemas sedikit bilik usang tersebut yang dah bersepah angkara kami. Tak lama lepas tu kami keluar dan balik ke bilik masing-masing.
•°•°•°•
KAMERA tersebut terus hidup sebaik sahaja aku menekan butang yang sama ditekan Tahriq tadi. Tapi kali ni dalam keadaan kamera tersebut dicas. Maksudnya aku boleh je kalau nak tengok sekarang. Patut ke?
Takpelah. Aku buat keputusan untuk tunggu Tahriq dan tengok sama-sama esok pagi isi kamera tersebut.
Aku membuka baju dan seluar sebelum berdiri di hadapan cermin. Melihat tubuh badan sendiri. Biasa je badan aku ni. Kurus tapi tak kurus sangat. Agaknya sama ke badan aku dengan budak Fahimi dalam gambar tu?
Aku melihat baju yang aku ambil dari bilik usang tadi. Aku agak tu baju dia. Aku mencapai baju tersebut bersama dengan tuala. Kemudian, bilik air aku tuju.
Esok raya!
A/N : oi, bab 30 tu asal sunyi je ;)
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...