DU-A • PU-LUH • LA-PAN

103 7 1
                                    

"BYE abang Arif. Akak Liya."

Suara si kecil itu kian sayup kedengaran. Aku dan Laliya berpandangan. Ternampak raut kelegaan dan sedikit kesal pada wajah Laliya.

"Betul ke apa yang kita buat, Arif?" Soal Laliya. Mempersoal semula tindakan kami.

Aku menghenjutkan bahu sebagai jawapan. Sebagai tanda tidak tahu.

"Tapi ini yang terbaik."

Kereta yang dinaiki Rizqi kian menjauh daripada perkarangan sekolah dan mula memasuki jalan raya. Hati aku terasa sedikit sedih.

"Walaupun kita mungkin tak dapat jumpa dia lagi." Sambung aku lagi.

Minda aku kembali memainkan peristiwa yang terjadi.

•°•°•°•

"JADI aku akan pergi kelas Rizqi lagi nanti. Korang kena cover aku lagi." Aku memberitahu Taufiq dan Raub. Mereka membuat muka. Tapi aku tahu mereka sanggup untuk tolong.

"Nanti kau kena belanja kitorang makan." Ujar Raub, menyakat. Taufiq terangguk-angguk.

"Liya ikut Arif juga." Laliya menyampuk.

Aku menegahnya.

"Kali ni Arif pergi sendiri." Ujar aku. Laliya tampak sedikit tersentak dengan balasan yang aku berikan. Aku pura-pura tak menyedarinya.

Kemudian, kelas Sejarah dimulakan apabila Cikgu Izuan masuk ke dalam kelas.

•°•°•°•

KELUAR sahaja Cikgu Izuan daripada kelas, aku memulakan rancangan aku. Sebelum aku pergi ke destinasi aku, aku sempat memberitahu kepada Raub, Taufiq dan Laliya.

Aku lekas bergerak ke kelas Rizqi. Berhati-hati juga aku mengatur langkah supaya tak tertangkap oleh mana-mana guru. Memandangkan waktu rehat mana-mana darjah belum pun bermula.

Aku tiba di kelas Rizqi tepat pada waktu rehat mereka bermula. Semua rakan sekelas si kecil itu sedang bersiap-siap untuk ke kantin. Mata aku memerhati segenap penjuru kelas tersebut. Rizqi tiada.

Tak berlengah, aku segera masuk ke dalam. Menyebabkan semua budak-budak darjah 4 itu memandang aku. Tapi sebenarnya wajah aku taklah asing pada mereka. Kalau muka aku, mereka tahu ianya pasal Rizqi.

"Iqi mana?"

"Cikgu Isa panggil dia sebelum rehat tadi." Balas salah seorang budak dalam kelas tersebut. Dia pendek je. Berkaca mata dan agak skema. Namanya Aiman.

"Korang dah tak rehat sama-sama ke?" Soal aku. Sekaligus mengingatkan mereka yang aku suruh dorang untuk rehat dengan Rizqi walaupun kadang si kecil itu mengelat daripada mereka.

"Setiap kali nak rehat je, cikgu baru tu asyik panggil Iqi je bang. Untunglah jadi anak murid favourite. " Ujar Reza dengan nada cemburu. Kalaulah dia tahu apa yang cikgu tu buat pada Rizqi, pastinya wajahnya tak akan secemberut sekarang.

Aku tak membalas kata-katanya. Sebaliknya menuju ke tempat duduk Rizqi. Zip begnya aku buka dan bekas pensilnya aku keluarkan. Tag nama yang terpasang pada zip bekas pensil tersebut aku lihat. Inilah yang aku cari!

Aku memandang Reza dan Aiman.

"Nak pensel dengan kertas." Pinta aku. Mereka segera memberikan barangan yang aku mahu. Walaupun tak tahu apa yang aku nak buat.

PakLong Where stories live. Discover now