TERSEDU-SEDAN dia menangis. Nafasnya turun naik. Bunyi nafas kuat kedengaran. Pada saat ini semua mata tertumpu padanya.
"Semua tak sayang Arif. Semua tipu Arif!" Teriaknya.
"Tak, sayang. Kami semua sayang Fahimi." Ibunya mendekati dan ingin memeluknya namun Arif lebih pantas menjauhi wanita itu.
"Sayang? Tapi korang tak sayang Arif. Arif ni cuma pengganti je." Arif meluahkan rasa yang terbuku dihatinya.
"Kami memang betul-betul sayang Fahimi." Kalini Maklang pula cuba meyakinkan Arif. Memang benar. Dia memang sayang budak lelaki itu. Kalau tak kerana Arif, dia dan suaminya mungkin sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing.
"Fahimi, Makndak tahu dulu Makndak layan kamu tak elok. Tapi, Makndak sayang kat Fahimi. Lagipun kita dah janji kan untuk buka buku baru? Makndak dah anggap kamu macam anak kelima Makndak dah. Kami semua dah anggap Fahimi sebagai ahli keluarga kami yang betul." Kalini Makndak pula menyampuk dan bersuara. Dia tahu rasanya dianaktirikan dan cuma dianggap sebagai pengganti. Walaupun Arif ditatang bagai minyak yang penuh oleh Kak ngah dan Abang ngah-nya, budak lelaki tersebut pasti rasa hilang percaya selepas mengetahui kebenarannya.
Arif cuma diam sahaja mendengar kata-kata Makndaknya. Dulu, wanita itulah yang paling dia tidak suka. Tapi sekarang wanita itulah yang dianggap emak kedua selepas ibunya. Tapi kalau ibunya yang paling dia sayang pun boleh punahkan kepercayaannya, bagaimana dia mahu percayakan Makndak? Hati Arif benar-benar robek.
"Makndak tipu! Makndak cuma nampak dia je pada Arif sebab tu Makndak tak suka Arif masa awal-awal dulu. Lepas tu Makndak rapat balik dengan Arif sebab nak hilangkan rasa bersalah tu. Makndak pergunakan Arif!" Arif membentak.
"Fahimi.." Makteh bersuara lembut.
Arif menoleh. Memandang Tokwan dan Makteh yang berada dibelakang Tokwan. Menolong wanita tua itu untuk berdiri.
"Kalau Laliya pun korang boleh tipu, macam mana Arif nak percaya kat korang?" Soal Arif. Dia tak mahu memandang lama dua orang itu. Laliya membawa diri ke asrama kerana perbuatan mereka. Wajah mereka berdua dilihatnya dan ditenung termasuklah Maklang. Mereka bertiga punca Laliya terluka!
"Fahimi, ibu-"
Arif memintas bicara ibunya.
"Arif! Panggil orang Arif, bu." Air matanya tumpah ke pipi. Suaranya berubah nada.
"Orang bukan Fahimi dan orang takkan pernah akan jadi Fahimi!" Arif memegang dadanya. Terasa ngilu sekali. Pedih apabila memikirkan dia cuma pengganti.
Tak berfikir panjang, Arif terus membuka langkah seribu. Melarikan diri dari rumah agam ini yang memberati mindanya. Dia keluar dari rumah tersebut tanpa destinasi yang pasti.
"Fahimiiiii..." Jeritan ibunya kedengaran. Teresak panjang.
•°•°•°•
BEBERAPA hari dah berlalu sejak Arif lari daripada rumah dan menghilang tanpa jejak. Akhirnya, mereka memutuskan untuk memanggilnya untuk mencari budak lelaki tersebut. Mulanya mereka mahu memanggil adik bongsu mereka untuk memujuk Arif tapi memandangkan wanita itu sedang berada di luar negara, dia menjadi pilihan terakhir.
Dia sendiri tak pasti kalau dia boleh memujuk Arif. Mereka dah lama tak bertemu dan lagi.. dia juga sama seperti mereka yang membuat si kecil itu terluka. Rasa bersalah mula menjalar dalam dirinya.
Dia melihat ke luar tingkap lori. Mencari-cari sebuah warung di tepi jalan yang dikatakan terkenal dalam desa ini.
"Dik, dik. Turunkan saya sini boleh, dik?" Ujarnya sebaik sahaja ternampak warung yang dicari.
Pemandu lori itu memandangnya.
"Sini, bang?"
Dia mengangguk.
"Oh abang nak singgah warung ni ke? " Pemuda itu tersengih. Sempat dia memuji servis dan makanan warung tersebut sebelum penumpangnya itu keluar menuruni lorinya.
Dia mengiringi kepergian lori tersebut dengan pandangan. Hilang sahaja figura lori tersebut dari pandangan, dia menapak mendekati warung.
Dari jauh, ternampak susuk tubuh seorang kanak-kanak sedang mengambil pinggan mangkuk kotor di atas meja makan. Meja itu dilap sebelum pinggan tersebut diangkat dan dibawa ke ruangan dapur. Dia mengekori langkah budak lelaki tersebut. Beberapa orang pelanggan yang melihat tingkahnya tak dipedulikan.
Budak lelaki itu meletakkan pinggan mangkuk tersebut ke dalam sinki. Tak menyedari dia diekori.
"Oh mak kau!"
Budak lelaki tersebut melatah sebaik sahaja badannya dipusingkan. Namun, dia lebih terkejut apabila melihat wajah lelaki yang berada di hadapannya itu. Lelaki yang dirinduinya setelah sekian lama terpisah.
"Paklong!"
Paklong tersenyum melihat budak lelaki tersebut.
"Arif.. Dah besar." Ujarnya.
Mereka berpelukan - melepaskan rasa rindu yang bertabung lamanya.
"Arif dah form 1 dah Paklong. Mestilah dah besar." Balas Arif dengan nada ceria.
"Dah besar dah anak buah kesayangan Paklong ni." Kepala Arif diusap lembut.
Arif menutup matanya. Menikmati usapan dari tangan kasar itu. Usapan yang lama tak dia rasai.
"Arif?"
Paklong dan Arif tersentak. Serentak, mereka menoleh. Memandang sesusuk tubuh tua yang sedang melihat mereka dengan pandangan pelik.
"A.. abah.." Ujar Arif. Memandang Pak Wahab dan Paklong silih berganti.
A/N : Hiatus? or maybe not.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...