"RIQ, jangan halang aku!" Nada aku keras.
Namun, Tahriq masih tak mengendahkan arahan aku. Tangannya didepakan. Menghalang aku untuk ke pintu.
"Tak, tak, tak. Kau tak boleh dalam keadaan kau yang sekarang. Emosi kau tengah tak stabil, Mi." Tahriq meningkah.
"Arif! Nama aku Arif!" Bentak aku. Aku menolak tubuh Tahriq dengan kuat namun remaja yang lebih besar tubuhnya daripada aku itu tak berganjak.
"Riq, jangan buat aku benci kau. Aku tak nak gaduh dengan kau lagi." Ujar aku, perlahan. Namun, nada suara aku jelas tertahan-tahan.
"Arif, betul ke kau nak keluar dengan keadaan kau yang sekarang? Dengan baju yang kau pakai ni." Tahriq melihat ke arah baju yang aku pakai sekarang. Baju lama milik Fahimi.
"Aku tak peduli Tahriq. Aku nak jumpa semua orang. Aku tahu semua dah berkumpul dekat ruang tamu untuk sesi mohon maaf. Dan lagi, aku nak tahu pasal ibu dan bapa kandung Liya. Apa yang jadi dekat diorang sebenarnya? Jangan halang aku, Tahriq!" Aku menolak tubuh Tahriq ke tepi. Kali ni barulah tubuh besar itu bergerak ke tepi. Pantas tombol pintu aku capai dan pulas. Kaki aku bergerak melangkah keluar. Sempat aku dengar Tahriq bersuara perlahan.
"Arif.."
•°•°•°•
SENYAP. Suasana yang riuh tadi tiba-tiba hening. Semua orang terpempan melihat aku.
"Miey.. er.. Mi? Kenapa tak pakai baju Melayu? Ma.. mana Mi jumpa baju tu?" Suara ibu kedengaran. Ada getaran pada nada suaranya.
Namun begitu, mata aku tak teralih kepada ibu. Sebaliknya, aku merenung tajam ke arah Tokwan yang sedang duduk di atas sofa.
Pap!
Sekeping gambar aku hempaskan ke atas meja di hadapan sofa tersebut.
"Tokwan, bagitahu Arif. Jangan tipu lagi! Apa yang jadi dekat ibu dan ayah Liya sebenarnya? Tokwan cakap dia meninggal lepas lahirkan Liya dan ayah dia hilang. Tapi, ni apa? Elok je mak kandung dia ada dalam gambar ni." Aku merenung tajam ke arah Tokwan, Maklang dan Makteh. Wajah ibu dan ayah langsung tak aku pandang.
"Fa.. Fahimi.."
"Panggil saya Arif, Tokwan! Saya bukan Fahimi." Ujar aku, tegas.
"A.. Arif.. Tokwan bukan sengaja nak tipu kamu.." Tokwan bersuara perlahan. Namun tindakan itu menerbitkan lagi rasa marah dalam diri aku.
"Mana ada tipu yang tak sengaja! Semua tipu bersebab. Korang tak kesian kan Laliya ke? Dah lah korang tak bagitahu apa-apa langsung pasal mak ayah dia sejak dia lahir, korang tipu dia lagi. Korang tipu dia masa dia tengah sedih pulak tu! Kalaulah dia tahu ni." Aku memandang satu persatu. Wajah Maklang, Paklang, Makteh dan Tokwan.
Kepala aku tergeleng.
"Mungkin memang patut dia pergi asrama." Ujar aku.
"Arif.. dengar dulu alasan Tokwan tak bagitahu perkara yang sebenar. Tokwan tak nak Laliya terluka lagi dan benci ibu dan ayah kandung dia. Tokwan tak nak dia tahu yang dia lahir hasil dari sumbang mahram. Dia anak tak sah taraf, Arif!" Tokwan sedikit meninggikan suaranya apabila menyedari yang aku sepertinya tak boleh dibawa bincang.
Aku terpempan dengan kenyataan Tokwan. Dunia aku terasa gelap. Seperti hendak pitam dibuatnya. Padahal ianya tentang Laliya.
"A.. anak tak sah taraf? Tokwan jangan bergurau." Nada aku keras. Seperti tidak mahu percaya. Gadis sebaik dan secantik Laliya itu anak luar nikah? Jadi betullah apa yang Tahriq dengar dulu.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...