TI-GA • PU-LUH • E-NAM

105 7 1
                                    

"ADIK, awak okay tak?"

Suara seorang budak lelaki kedengaran. Di belakangnya ada sebuah kereta mewah. Pemandu kereta tersebut memandang kami berdua. Budak lelaki tersebut orang Melayu sedangkan lelaki tersebut pula merupakan orang asing.

Pandangan aku masih berbalam. Berpinar-pinar. Pitam. Mana taknya, aku tidak berhenti berlari daripada tadi. Entah di mana aku sekarang. Akibat tak berhenti berlari, aku terjelepok di tepi jalan. Akhirnya, budak lelaki ini datang untuk melihat keadaan aku. Begitulah kisahnya.

"Er.. okay, bang." Balas aku. Aku menyambut tangan yang dihulurkan remaja tersebut. Namun, jelas nampak keadaan aku yang tidak stabil apabila cuba berdiri.

"Hurm, adik tumpang abang je la. Jom naik." Ujar remaja tersebut.

Aku tak mampu menolak apabila tangan aku terus dipimpin masuk ke dalam kereta. Di bahagian belakang. Aku masih tertanya sama ada pemandu berbangsa asing itu merupakan pemandu budak tersebut.

"So? Where to?" Pemandu tersebut bersuara. Pertanyaan lebih tertuju kepada budak lelaki tersebut.

"Jap. Rumah kau kat mana?" Soal budak lelaki tersebut kepada aku pula.

"Er.. saya sebenarnya.. lari dari rumah." Balas aku dengan gagap.

"What?" Serentak pemandu dan budak lelaki itu bersuara.

"Apa nama kau?" Soal budak lelaki itu lagi.

"Arif.." Balas aku perlahan.

"Okay, Arif. Aku Haizer dan ini.." Budak lelaki tersebut menunjukkan ke arah pemandunya.

"Jay. Abang kepada Haizer."

Mulut aku terlopong apabila mendengar kefasihan mamat asing itu berbahasa Malaysia. Ada juga sedikit rasa pelik apabila mengetahui mereka berdua merupakan adik-beradik.

Haizer tersengih apabila melihat reaksi aku.

"Jadi? Kenapa Arif lari dari rumah? " Soal Jay yang sedang memandu entah ke mana. Sempat dia menjeling ke arah aku dan Haizer.

"Ada masalah sikit, bang." Ujar aku, tak mahu menceritakan hal tersebut.

Jay terangguk-angguk. Mungkin dia faham yang aku tak mahu melanjutkan cerita.

"Habis tu.. sekarang ni kau nak ke mana?" Soal Haizer pula.

Aku menghenjutkan kedua-dua belah bahu.

"Masa saya lari tadi, tak terfikir pula nak ke mana." Balas aku.

"Hurm.." Haizer sepertinya sedang memikirkan sesuatu.

"Bro, can we let him stay at our place for a few day?" Haizer menyoal abangnya. Pergh, lancar gila percakapan Inggerisnya.

"I'm okay with that. But you should ask him first, Haizer." Balas Jay pula. Yang ni aku tak terkejut lah sebab memang bahasa dia sendiri.

"Ha, rif. Sementara kau tengah jadi pelarian ni, nak stay rumah aku tak?" Soal Haizer.

Aku agak terkejut dengan pelawaan tersebut. Baru sekejap kenal dah ajak tidur rumah. Open-minded sangat ni.

"Takpelah. Abang bawa je saya pergi ke Warung Pak Wahab. Tu warung abah saya." Ujar aku.

Haizer memandang aku pelik.

"Bukan kau tengah lari dari rumah ke? Apasal pergi warung abah kau pula?" Soalnya.

Aku lupa pula diorang tak tahu apa-apa.

"Saya anak angkat, bang. Abah yang saya cakapkan ni ialah orang yang jaga saya sebelum saya dijadikan anak angkat." Ujar aku menjelaskan.

PakLong Where stories live. Discover now