"FAHIMI.. Paklong tu kalau tak salam pun takpe-"
Suara ibu kian tenggelam dek kekuatan suara sepupu-sepapat yang sedang main berserta dengan perbualan antara pakcik makcik yang telah lama tak bersua. Aku pula semakin menjauh dari ibu ayah kerana aku berjalan menonong ke arah lelaki itu.
"Er.."
Tiba di hadapannya, aku kelu. Nak cakap apa ni? Ah, cakap ayat sama jelah!
"Saya Arif Fahimi. Umur 12 tahun. Boleh panggil Arif atau Fahimi." Aku menghulurkan tangan untuk menyalaminya. Namun, lelaki itu mengalihkan pandangannya seolah-olah tidak sudi memandang aku. Hati aku sedikit sentap. Tangan yang dihulurkan langsung tak dibalas.
"Huh.." Lelaki itu mendengus perlahan. Bukan dengusan seperti yang dibuat oleh Makndak. Tetapi, entah kenapa kesannya lebih hebat. Lelaki itu berlalu pergi meninggalkan aku. Membiarkan aku terkaku - sendiri di situ.
"Fahimi!"
Ibu menghampiri aku. Ayah berada di sampingnya. Wanita yang bergelar ibu itu melutut di hadapan aku. Ketinggiannya direndahkan biar setara dengan aku.
Wajah aku disentuh-sentuh. Tubuh aku juga diperiksa ibu. Terasa sedikit rimas juga aku dengan perbuatan ibu.
"Dia tak ada apa-apakan Fahimi, kan?" Soal ibu pada aku.
Apa-apakan aku? Tengok muka aku pun dia tak mahu. Dasar sombong.
Aku geleng kepala.
"Sombong lah dia tu. Tengok muka Mi pun tidak apatah lagi bercakap." Balas aku dengan wajah tidak puas hati.
Ibu tersenyum.
"Bagus lah kalau macam tu." Balasnya.
Aku tersentak. Langsung memandang ibu dengan aneh.
"Apa yang bagus?" Soal aku. Dahi aku berkerut. Wajah aku keliru.
"Er.. maksud ibu, bagus lah dia tak apa-apakan Mi. Pasal sombong tu, dia memang macam tu. Mi takyah lah cuba rapat dengan dia." Ujar ibu.
Ayah mengangguk. Tanda setuju dengan kata-kata ibu.
"Lagipun Paklong kamu tu.. erm.. bahaya sikit." Ayah memberi amaran.
Aku mengerutkan dahi. Bahaya? Aku masih tidak faham. Seolah-olah ada sesuatu yang mereka berdua masih tidak jelaskan pada aku.
"Dah jom, kita jumpa TokWan pula."
Aku mengekori langkah ibu dan ayah.
•°•°•°•
"MACAM mana, Fahimi? Best tak keluarga kita?"
Maklang tiba-tiba duduk di samping aku yang ketika ini sedang termenung di beranda. Aku angguk.
"Best..tapi ada juga yang tak best." Balas aku, selamba. Aku memandang Maklang dan tersenyum kelat. Maklang membalasnya dengan senyuman yang manis. Kalau senyuman Maklang manis, senyuman Makteh macam mana? Barangkali bak sedikit cebisan syurga. Cewah. Kemain kau Arif.
Maklang seakan tahu perkara tidak seronok yang aku rasakan.
"Kamu maksudkan Makndak ke? Kamu kena banyak bersabar dengan dia tu. Dia memang banyak telatah sikit." Maklang memberi pesan pada aku.
"Ermm.. telatah dia tu banyak ke sikit?" Soal aku. Keliru sedikit dengan ayat Maklang. Wanita yang berusia lebih tua daripada aku itu tertawa kecil.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...