TI-GA

261 5 7
                                    

AKU memalingkan kepala ke belakang apabila berasa diri terpanggil. Beberapa orang budak-budak yang lebih kurang seumuran dengan aku sedang melihat dan menunggu aku.

"Awak.. Fahimi kan?" Soal seorang gadis cilik yang pendek. Wajahnya tampak seperti Makteh tapi versi mini. Anak Makteh ke? Tapi Makteh bujang lagi. Gadis cilik tersebut menghulurkan tangannya ke hadapan.

"Saya Laliya. Saya anak Maklang. 12 tahun. Awak?" Tiba-tiba gadis itu memulakan sesi perkenalan. Aku sedikit teragak-agak untuk membalasnya. Mata aku meliar ke kiri dan kanan gadis tersebut. Sepupu-sepapat yang lain juga tampak menunggu aku membuka mulut dan memperkenalkan diri.

"Er.. saya Arif Fahimi. Saya pun 12 tahun juga." Balas aku lambat-lambat.

Mata Laliya membesar dan tampak sedikit teruja. Dia memandang sepupu-sepupu yang lain.

"Ha.. nampak? Kan Liya dah kata Fahimi sebaya dengan Liya." Ujar gadis cilik tersebut dengan riang. Wajahnya tampak bangga.

"Eleh nasib je tu. Kan, Umar?" Bidas seorang kanak-kanak kecil. Dia tampak seperti lebih muda daripada aku dan Liya. Budak kecil tersebut memandang seorang lagi kanak-kanak yang dipanggil Umar. Aku sedikit terkagum. Kembar!

"Taklah, Amar. Akak Liya memang ada kuasa. Mama kata, Kak Liya ni macam ahli jarum." Umar mempertahankan Laliya.

Amar membuat muka. Anak matanya diputarkan.

"Bukan ahli jarum lah, Umar. Ahli nujum." Seorang budak lelaki dengan cermin mata di wajah pula membetulkan kesalahan Umar.

Umar tersenyum. Jauh beza riak wajahnya dengan Amar yang beriak cemberut walaupun diorang punya muka sama.

Umar memandang budak lelaki berkaca mata tadi.

"Ha.. betul apa Abang Riq cakap. Ahli nujum." Umar membalas lagi.

"Korang taknak kenalkan diri ke dekat Fahimi? Kesian dia daripada tadi tercongok kat situ." Laliya memintas perbualan si kecil itu yang entah bakal ke mana.

"Yela, yela. Nama aku Amar. Bodyguard Liya. Aku 10 tahun." Amar memeluk tubuhnya. Wajahnya beriak serius.

Aku terlepas tawa yang cuba ku tahan. Tapi aku cepat-cepat cover dengan buat-buat batuk.

"Kau gelakkan aku ke?" Nada suara Amar sedikit naik. Matanya membesar. Merenung aku bagai mahu dimakan.

"Amar, mama dah pesan jangan naik suara dengan orang lagi besar, kan? Tak eloklah." Umar menasihati Amar. Dua orang kembar itu punya personaliti yang bagai langit dengan bumi.

Umar menoleh. Memandang aku.

"Saya Umar. Kembar Amar. Kitorang anak Maksu. Dah besar nanti, Umar nak khawin dengan Kak Liya. Tapi sebab Amar pun suka Kak Liya, Umar kenalah mengalah dan- adoi!" Ujar Umar sebelum kakinya ditendang oleh Amar.

Wajah Amar merah padam.

"Umar jangan mandai-mandai eh. Mana ada Amar suka Liya. Amar jadi bodyguard je."

"Tapi haritu Amar kata.."

"Shhhh.." Amar menekup mulut Umar. Namun, Umar masih mahu bercakap-cakap sesuatu walaupun diperlakukan sebegitu rupa.

Laliya tergelak riang. Dia memegang perutnya. Mungkin terasa senak dek ketawa terbahak-bahak. Aku tersenyum. Aku menoleh apabila terasa diperhatikan.

"Aku Tahriq. 13 tahun. Mak aku Makndak." Wajah Tahriq yang serius membuatkan aku sedikit cuak.

"No.. no.. no. Semula, semula. Tahriq, mesralah sikit." Laliya memintas.

Tahriq menggaru kepalanya.

PakLong Where stories live. Discover now