"RAZIF.. Nama saya Razif."
Paklong menyambut huluran tangan abah. Abah menarik lelaki tersebut ke dalam pelukannya. Gaya-gaya orang tua la. Belakang badan Paklong ditepuk. Kemudian, pelukan dileraikan.
"Saya sebenarnya datang sini untuk bawa Arif pulang." Tak banyak bicara Paklong terus memberitahu tujuannya ke mari. Aku dah jangkakan perkara itu. Mata Paklong melirik ke arah aku.
"Oh. Kenapa kamu yang ambil dia? Mana ibu ayah dia?" Soal abah dengan nada yang tertanya.
Paklong nampak tersentak dengan soalan tersebut. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang aku dengan wajah yang pelik. Aku membuat muka.
"Abang tak tahu ke?" Soal Paklong. Menggelarkan abah sebagai 'abang' kerana jelas, abah lebih tua daripada Paklong. Mungkin 6 ke 7 tahun beza umur?
"Tahu apa?" Abah menyoal kembali.
"Arif takde cerita kenapa dia sampai ke sini?" Soal Paklong lagi.
Abah menggeleng seraya berujar.
"Abang tak pernah tanya dia sebab abang tak nak buat dia tak selesa. Abang pasti dia ada sebab yang baik untuk datang ke sini. Arif budak bijak. Abang kenal anak abang." Ujar abah sekaligus memuji aku.
"Sebenarnya.. Arif, dia lari dari rumah." Tak berdalih, Paklong terus memberitahu hal tersebut kepada abah. Aku sedikit tersentak kerana tak menyangka Paklong akan menceritakannya secepat ini.
Aku memandang abah. Dia terlopong.
"Ha??"
•°•°•°•
"
JADI.. Arif lari dari kampung dia sampai ke sini? Jauh tu." Ujar abah.
Aku ketika ini sedang mencuri dengar perbualan mereka di sebalik dinding. Rumah kayu kan, so senang nak curi dengar.
"Ye bang. Merata saya cari dia. Saya cuba-cuba je cari kat sini sebab saya ingat dia takkan sampai sejauh ni. Tapi, syukur lah.. jumpa juga akhirnya." Paklong pula membalas kata.
"Arif lari sebab apa?" Soal abah pula. Aku tahu dia memang tertanya hal itu sejak dari hari pertama aku tiba ke sini. Cuma dia tak tanya aku sebab nak jaga perasaan aku.
"Arif memang takde bagitahu abang apa-apa ke?" Paklong membalas soalan tersebut dengan soalan. Aku tak mendengar apa-apa respon daripada abah. Tapi aku cuma anggap yang dia membalas dengan gelengan.
"Dan abang pun tak mahu tanya sebab takut dia rasa tak selesa." Balas abah.
"Sebenarnya, dia lari rumah sebab angah.. maksud saya, ibu ayah dia ada sembunyikan sesuatu hal daripada dia." Paklong memulakan bicara.
"Hal? Hal apa?"
"Arif sebenarnya bukan satu-satunya anak mereka." Ujar Paklong. Dia berjeda sebentar. Terdengar bunyi hirupan. Mungkin dia minum kopi o panas yang abah buatkan.
"Apa maksud kamu?" Abah menyoal.
"Sebenarnya, Arif anak kedua mereka. Sebelum Arif, diorang ada anak kandung. Nama dia, Fahimi. Wajahnya memang seiras Arif. Kalau tak disebabkan jarak umur yang berbeza, saya boleh katakan yang diorang memang kembar." Jelas Paklong.
"Oh kalau macam tu... Kenapa baru sekarang Arif tahu? Takkan sepanjang 3 tahun ni Arif tak pernah jumpa abang dia?" Soal abah.
"Fahimi dah meninggal." Ucapan Paklong terhenti. Nadanya kedengaran sebak.
"Dia meninggal dunia 11 tahun lalu. Waktu umur dia 12 tahun. Kalau dia masih hidup, dia dah 23 tahun. Tapi, tuhan lagi sayangkan dia."
Terdengar abah mengucapkan kata keramat sebaik sahaja mengetahui yang Fahimi sudah meninggal dunia.
"Kalau macam tu, apa sebab Arif lari daripada rumah? Abang faham kalau dia terkilan sebab hal ni disembunyikan daripada dia. Tapi takkan lah sampai lari rumah?" Soal abah.
"Macam saya cakap tadi. Arwah Fahimi wajahnya serupa sangat dengan Arif. Kalau abang nak tahu, perangai diorang pun sebiji. Baik, matang, dan bijak. Kita tak tahu apa yang Arif fikirkan bila dia dapat tahu yang.. dia dijadikan anak angkat oleh keluarga yang pernah ada anak seiras wajahnya."
Mereka berdua diam. Buat suasana jadi sunyi. Hanya bunyi nafas yang kedengaran.
"Kamu nak cakap yang Arif rasa dia cuma dijadikan pengganti Fahimi?" Tebak abah. Tepat ke batang hidung aku. Memang betul la tu.
"Mungkin? Hanya dia dan tuhan yang tahu. " Balas Paklong pula.
"Jadi, bila dia dah lari sekarang.. mereka suruh kamu yang pujuk dia?" Soal abah lagi.
"Haah. Mungkin sebab dia rapat dengan saya." Ujar Paklong. Ada sedikit nada tak pasti dalam suaranya. Aku tahu yang ibu ayah suruh dia pujuk sebab kalau orang lain yang datang, aku pasti takkan terpujuk. Kecuali maksu. Kalau maksu, mungkin aku terpujuk sedikit. Tapi disebabkan maksu sekeluarga beraya di luar negara, mereka terpaksa gunakan Paklong sebagai inisiatif terakhir.
"Kalau macam tu, abang alu-alukan untuk kamu duduk di rumah ni sementara waktu. Nak pujuk Arif bukannya senang kalau dia dah merajuk. Abang dulu nak pujuk dia tidur kat rumah ni pun susah. Baru sekarang dia nak tidur sini. Itupun lepas kakak-kakak dia dah tak duduk sama." Ujar abah. Ada gelak dalam nada bicaranya.
"Kalau macam tu saya ucapkan terima kasih awal-awal dulu lah pada abang. Maaf juga kalau buat susah abang je." Balas Paklong pula.
"Apa-apa pun. Kamu bincang lah dengan Arif. Abang tak kesah apa pun keputusan yang dia ambil. Takkan abang nak halau dia pula. Tak sanggup abang. Kalau dia nak terus duduk sini, abang takkan halang. Kalau dia nak balik sana semula pun abang tak halang. Apa yang terbaik untuk dia itu yang abang sokong. Cuma abang nak ucapkan selamat berjaya jelah kat Razif." Ujar abah panjang lebar.
"Baik, bang. Terima kasih, bang."
Lepas tu diorang berborak-borak hal dewasa. Hal perkhawinan, dunia permotoran, politik dan sebagainya. Membuatkan aku rasa bosan untuk mencuri dengar dan jadi mengantuk. Entah bila aku terlelap. Sedar-sedar je, abah ada di depan aku.
"Ayip, pergi masuk bilik kamu. Kemas apa yang patut. Paklong tumpang tidur bilik kamu. Takkan abah nak bagi dia tidur bilik kakak-kakak kamu pula. Tak sopan namanya. Dah cepat." Ujar abah sambil menepuk perlahan badan aku.
Aku yang agak mamai hanya menurut arahan abah. Terhuyung-hayang langkah yang aku aturkan ke bilik.
A/N : Mungkinkah ada spicy spicy🥵 di next chapter? Spam komen kalau nak aku tulis cepat🤣
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...