"CUTI sekolah nanti Pakndak ajak kamu duduk rumah dia."
Suara ibu terngiang-ngiang dalam telinga. Aku memandang ibu. Biasanya aku tak membalas sangat kata-katanya. Kalau ada pun cuma sepatah. Tapi kalini sepatah tak cukup untuk mengambarkan apa yang aku mahu.
"Cakap dengan dia, orang tak nak." Ujar aku.
Dari sudut mata, aku dapat lihat ibu dan ayah yang sedang berpandangan dengan riak yang kesal di wajah mereka.
"Pakndak kamu beria-ia ajak tau. Tak kesian ke kat dia? Lagipun kamu dah lama tak jumpa sepupu-sepupu kamu. Kamu kan rapat dengan anak sulung diorang, si Tahriq tu?" Ayah cuba memujuk.
Dia tak tahu ke kali terakhir aku berhubung dengan Tahriq tiga bulan lepas? Selepas itu, walaupun ibu ayah dah belikan telefon baru untuk aku, aku tetap tak hubungi atau mesej dengan dia. Dia juga sama. Takde chat atau call aku. Lagipun terakhir kali aku panggil dia bodoh.
"Tak nak." Ujar aku menolak sekali lagi. Yang aku nampak sekarang bukan Pakndak yang beria-ia tapi ibu dan ayah. Apa mereka nak halau aku macam mereka buat Tokwan halau Paklong ke?
"Cuba lah dulu. Mana tahu kamu suka." Pujuk ayah lagi. Ibu terangguk-angguk menyokong kata-kata ayah.
Aku menghembuskan nafas berat.
"Okay la." Aku berpaling. Tak mahu mereka lihat betapa rimasnya aku saat ini.
"Abang.. abang.. termenung ke?"
Aku tersentak. Lamunan semalam terus terhenti. Aku memandang budak kecik di hadapan aku.
"Abang tak dengar ke adik cakap apa?" Si comel itu memandang aku. Dia memakai T-shirt putih dengan seluar tracksuit hitam. Dengan rambut tersisir rapi. Sekali pandang memang comel. Beberapa kali pandang pun tetap comel.
Aku dan dia sama-sama sedang menunggu penjaga kami tiba untuk membawa kami pulang ke rumah. Aku kenal budak ni sebab dia rajin tegur aku.
"Iqi cakap apa tadi?" Soal aku.
Iqi atau nama betulnya, Rizqi membuat muka.
"Ish, abang tak dengar lah tadi?" Soalnya.
Aku tersengih. Kepala yang tidak gatal aku garu.
"Sorry." Ujar aku.
Walaupun aku agak pendiam dengan orang lain tapi dengan budak ni je aku macam jadi diri aku yang dulu.
"Iqi cakap esok birthday Iqi. Yang ke-10 tahun. Abang datang lah sekali. " Tutur si kecil itu. Dia memandang aku. Menantikan respon yang dimahukan.
"Er.. esok abang sibuk lah. Nak kena settle banyak hal." Aku menolak ajakannya dengan lembut.
"Oh.. " Rizqi menunjukkan riak kecewa. Langsung tak cover. Tunjuk betul rasa kecewanya.
"Tapi kalau abang settle kan awal mungkin esok abang boleh pergi." Ujar aku lagi.
Wajah Rizqi kembali tersenyum.
"Yeah.." Soraknya, girang.
"Dah sampai."
Aku menoleh melihat arah yang dilihat Rizqi. Kereta yang mengambilnya sudah tiba. Kereta tersebut berhenti di tepi jalan dekat dengan kami.
Pintu kereta dari bahagian pemandu dibuka. Seorang lelaki dewasa keluar dan menghampiri kami.
"Awalnya abang sampai harini." Ujar Rizqi pada lelaki itu. Lelaki itu mengambil beg yang disandang oleh Rizqi dan Rizqi automatik menyerahkan seperti dah terbiasa.
"Abang dapat balik awal harini." Ujar lelaki itu.
Aku melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu lah yang selalu digembar-gemburkan oleh Rizqi dalam setiap ceritanya. Baiklah, kacaklah dan macam-macam lagi pujian diberikan.
Lelaki itu memandang aku yang juga sedang memandangnya.
"Siapa tu?" Soal lelaki tersebut.
"Kawan Iqi." Balas si comel Rizqi.
"Kawan yang mana satu? Adik kan banyak kawan." Lelaki itu bertutur dalam nada mengusik.
"Kawan yang Iqi selalu ceritakan tu. Tapi abang tak pernah dapat jumpa dia sebab abang selalu amik lambat." Balas Rizqi yang turut menyindir lelaki tersebut.
"Oh.. yang tu. Apa nama eh?" Ujar lelaki itu tersengih.
Rizqi membuat muka.
"Nama dia Arif. Arif, ni abang yang Iqi selalu ceritakan tu. Abang Haiqal." Rizqi memperkenalkan kami berdua.
"Oh.. Arif balik lambat ke? Nak tumpang kami tak?" Soal abang Haiqal.
Aku menggeleng.
"Takpe." Aku balas sepatah. Padahal dengan Rizqi elok je tadi. Aku pun tak faham dengan diri sendiri.
Piinn!
Kami bertiga tersentak. Aku menoleh. Ayah dah sampai.
"Tu dah sampai." Ujar aku.
Lepas tu, kami bergerak ke arah destinasi masing-masing. Rizqi melambai-lambai tangannya ke arah aku dengan senyuman lebar.
Ah.. kalau saja aku boleh sebahagia itu untuk tersenyum lebar. Andai sahaja rasa bersalah ini boleh dilupuskan.
•°•°•°•
"KAMU dah packing semua keperluan?" Soal ibu. Dia mahu memastikan yang aku tak terlupa atau tertinggal barang.
Aku mengangguk. Rasanya dah takde apa lagi yang aku perlukan. Aku membawa beg yang dipenuhi baju ke dalam bonet kereta. Sambil-sambil tu, ibu sempat berleter memberi nasihat.
"Duk rumah Makndak tu, jangan nakal-nakal. Jangan susahkan diorang dan jangan kurang ajar pula. Kalau ada apa-apa, call kami." Pesan ibu. Wajahnya tampak bimbang. Seolah-olah tak mahu lepaskan aku pergi. Kalau begitu, kenapa beria sangat nak aku pergi sana?
"Dah lah tu, yang. Kami nak cepat ni. Awak membebel aje." Ujar ayah.
Aku bergerak ke arah ibu selepas menutup bonet belakang. Tangan ibu aku pegang dan salami. Ibu mengusap kepala aku sebelum melepaskan aku untuk masuk kereta.
"Mestilah saya membebel. Saya risau anak saya. " Ujar ibu. Nadanya sedikit merajuk.
"Dah. Kami gerak dulu." Balas ayah yang tak mahu melayan rajuk ibu.
"Hati-hati." Ujar ibu kuat sambil melambai ke arah kami yang kian menjauh.
•°•°•°•
TIBA sahaja di rumah Makndak, semua ahli keluarganya dah menunggu aku di depan rumah.
"Dah sampai pun Fahimi." Hanya Pakndak yang menyambut aku walaupun ramai yang berada di situ. Qhalif berdiri dibelakang bapanya.
Tahriq memandang aku seperti tidak senang melihat kewujudan aku. Dia menoleh ke arah lain. Sebiji macam Makndak waktu awal-awal dulu. Makndak pula hanya tersenyum sahaja. Entah. Mungkin dia berpura-pura sebab ada suaminya. Aku tak peduli. Edi dan Sara pula tak kesahkan apa-apa.
"Jaga Fahimi elok-elok eh.." Ujar ayah sebelum menyerahkan aku kepada mereka.
"Baik, abang ngah." Balas Pakndak sambil memegang bahu aku.
Kami semua melihat kepergian ayah yang memandu kereta.
Sebaik sahaja kereta ayah hilang dari pandangan, Pakndak mengajak kami semua masuk.
"Jom masuk."
Aku membuntuti langkah Paklong sehingga ke dalam rumah.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...