DU-A • PU-LUH • SEM-BI-LAN

104 7 2
                                    

"LIYA okay tak?"

Laliya menganggukkan kepalanya. Tapi aku tahu yang dia tak okay. Aku menoleh sekejap ke arah ibu dan ayah yang berada di dalam kereta. Mereka juga turut memandang ke arah kami yang sedang berdiri di hadapan pagar sekolah.

"Arif jangan risaukan Laliya. Laliya tahu jaga diri." Laliya bersuara setelah lama dia berdiam.

Aku mengerutkan dahi. Riak wajah sedikit kesal. Aku tahu dia memendam rasa.

"Arif masih tak setuju dengan keputusan Liya untuk sekolah asrama penuh ni. Macam-" Kata-kata aku pantas dipintas oleh Laliya.

"Macam nak larikan diri? Tu yang Arif nak cakap?" Laliya menyoal.

Aku angguk sebelum menyambung bicara.

"Liya macam nak larikan diri daripada masalah-masalah yang Liya. Lari daripada bapa umi Liya."

Laliya menghembuskan nafas. Kedengaran agak berat. Dia menggeleng kecil.

"Kita dah 13 tahun, Rif. Kita dah besar. Dah boleh jaga diri sendiri. " Ujar gadis tersebut.

"13 tahun tu masih satu angka yang kecil, Liya. Banyak lagi yang kita belum tahu. Belum hadapi." Ujar aku tak bersetuju.

"Kalau Liya balik pada bapa dan umi, Liya asyik teringat je pasal tu. Arif faham tak? Liya asyik rasa nak marah. Asyik rasa sedih. Berkecamuk perasaan ni. Lagi lama Liya duduk ngan dorang, lagi Liya rasa murung. Boleh jadi gila." Laliya akhirnya meluahkan apa yang terbuku di dadanya. Aku dapat melihat sesak perasaan yang dirasakannya.

Aku mengangguk. Aku boleh sedikit memahami perasaan dia. Walaupun situasinya tak sama, tapi perasaan yang bercampur baur itu pernah aku rasakan. Kesedihan yang keterlaluan.

"Pergilah Liya. Arif takkan halang dah." Ujar aku, perlahan. Lemah rasa hati nak melepaskannya pergi. Aku harap, dia akan lebih baik bila duduk di asrama.

"Terima kasih, Arif. Sampaikan terima kasih dengan Ayah dan Ibu juga sebab jaga Liya." Laliya mengukirkan senyuman yang penuh kesayuan. Begnya disandang dan beg galasnya ditarik. Menjauhi aku dan mendekati perkarangan sekolah.

Kami saling berbalas lambaian.

Mungkin ini yang terbaik buat Laliya. Mungkin saja.

Prang! Bunyi kaca pecah kedengaran. Mungkin tingkap yang pecah tu. Tapi fikiran aku tak memperdulikan pasal tu sebaliknya bunyi tersebut membuat minda aku menerawang. Kembali ke masa lalu. Tahun lalu. Di malam aku mengetahui masalah Laliya.

•°•°•°•

PRANG!

Okay, ini bukan lagi satu kebiasaan. Tangisan Laliya pada malam ini ditemani dengan bunyi kaca pecah. Selepas itu terdengar jeritan kecil.

Aku yang pada ketika ini sedang minum air, pantas meletakkan gelas ke atas meja makan dan berlari ke hadapan pintu bilik Laliya. Tombol pintu aku pulas dan aku memasukinya.

Aku dihidangkan dengan pemandangan yang kurang enak. Laliya. Dia dalam keadaan serabai. Rambutnya kusut masai. Wajah kusam dan matanya lembam. Tangannya kelihatan berdarah. Terdapat serpihan kaca ditangannya yang digenggam kuat.

"Liya?" Panggil aku.

"A.. Arif, tolong Liya.." Liya merintih. Tangisan dilepaskan. Tangannya masih menggengam serpihan kaca yang pecah.

"Liya.. buang dulu kaca tu. Arif boleh tolong Liya. Tapi, jangan macam ni. Jangan cederakan diri sendiri." Aku memujuknya dengan kata-kata. Aku mendekatinya dengan langkah yang berjaga-jaga. Perlahan dan perlahan.

"Arif, Liya sedih. Liya sakit. Dada Liya sakit." Tersedu-sedan Laliya menangis. Dia memegang dadanya dengan tangan yang satu lagi. Matanya dipejam. Menghayati kesakitan yang dialami.

Aku pantas bertindak.

Aku memegang tangan Laliya yang memegang kaca. Kaca ditangannya itu aku lempar ke tepi. Laliya tidak menolak mahupun meronta. Aku pantas memeluknya. Biarlah baju dan tubuh aku dilumuri darah sekalipun. Itu tak penting buat masa sekarang.

"Shh, Arif ada kat sini. Cuba Laliya ceritakan kat Arif. Apa sebenarnya yang Liya pendamkan? Sampai jauh Liya pindah ke sekolah Arif?" Bisik aku ke dalam telinga Laliya.

"Arif, Liya ni.. Liya bukan anak kandung bapa dengan umi. Liya cuma anak angkat. Liya terdengar diorang cakap secara tak sengaja." Ujar Laliya. Rangkulan aku dibalas erat.

"Sebab tu Liya datang ke sini?" Soal aku.

Laliya mengangguk.

"Liya tak tahu nak buat apa. Liya rasa sedih. Liya kena tipu hidup-hidup. Liya keliru. Siapa ibu ayah kandung Liya?" Laliya tak henti meluahkan rasa hatinya.

Aku mengusap belakang badan Laliya.

"Kita cakap pasal ni dengan ibu ayah Arif? " Cadang aku. Laliya menggeleng pantas. Jawapan tersebut sudah aku jangka. Tapi siapalah aku dan Laliya. Kami cuba budak 12 tahun yang masih kecil. Yang belum tahu tentang diri sendiri.

"Liya, kalau Liya simpan sendiri semuanya. Masalah tak akan selesai. Cuma ada 2 je perkara yang Liya boleh buat. Lari dari masalah atau hadapinya." Aku bertutur lembut. Tak mahu melukai Laliya yang dah cukup terluka.

"Laliya tak sedia lagi untuk tahu semuanya." Ujar gadis muda itu.

"Arif akan tunggu Liya ready." Ujar aku, perlahan.

•°•°•°•

"TANGAN tu kenapa sampai berbalut?" Ayah bersuara sebaik sahaja matanya terlihat tangan kanan Laliya yang berbalut.

"Semalam tangan Laliya terluka masa nak bersihkan kaca yang pecah." Jawab Laliya. Tutur bicaranya perlahan sahaja. Matanya bergerak-gerak. Lari daripada melihat anak mata ayah.

Ayah terangguk-angguk.

"Teruk ke lukanya. Nak Pakngah bawa ke klinik tak?" Soal ayah, prihatin. Lagipun dia dah janji dengan Paklang untuk jaga Laliya sebaik mungkin.

Laliya menggeleng sebagai jawapan.

"Liya ok je, Pakngah. Dah balut ni pun dah ok." Ujar Laliya.

"Betul ni?" Soal ayah. Memastikan yang anak saudara perempuannya itu betul-betul ok. Laliya mengangguk dan memaksa senyuman.

Nasib baik ibu tiada dan berkerja. Kalau tak habis lah riuh satu rumah dengan suaranya yang bimbangkan Laliya. Balik kerja nanti adalah tu.

Aku dan Laliya berbalas pandang. Kami sudah bersetuju untuk menjadikan hal semalam sebagai satu rahsia. Sekurang-kurangnya sehingga Laliya bersedia untuk mengetahui kebenaran tentang dirinya.

PakLong Where stories live. Discover now