SENYAP. Hening sahaja suasana di meja makan. Tiada siapa yang bersuara.
"Kenapa semua diam je ni?" Sehinggalah Pakndak memecahkan kesunyian itu. Semua wajah dipandang.
"Biasanya gocoh kamu semua makan." Ujar Pakndak. Pun begitu semua orang tetap senyap.
"Haish peliklah korang harini. Masa-masa Fahimi datang lah korang nak jadi pelik. Naik heran babah." Ujar Pakndak. Seterusnya, dia memandang aku.
"Ha, kamu Fahimi."
Aku memandang wajahnya.
"Saya, babah." Bercakap dengan Pakndak macam kadet bercakap dengan komander. Atas arahan dia juga, aku kena panggil dia babah.
"Kamu nanti tidur sebilik dengan anak lelaki babah." Ujarnya pula.
Aku mengangguk. Wajah Tahriq aku pandang namun dia tidak memandang aku. Qhalif pula asyik mencuri pandang pada aku. Ada senyuman di bibirnya selepas mendengar kata-kata babahnya.
Tiba-tiba aku teringat janji aku pada dia. Ciuman setiap hari. Bulu roma aku meremang Harap-harap dia lupa.
•°•°•°•
"
ABANG, Qhalif rindu abang." Masuk sahaja ke dalam bilik, Qhalif terus memeluk lengan aku tanpa segan silu. Walaupun ada Tahriq. Aku meloloskan lengan aku daripada pegangan si kecil itu. Tak selesa diperlakukan sebegitu. Lagi-lagi bila aku tahu dia ada perasaan pada aku.
"Hmm.." Respon aku pada bicara Qhalif. Aku memandang segenap sudut bilik mereka yang luas itu. Tiada katil. Semua tidur atas lantai yang beralaskan toto. Di satu sudut, aku meletakkan beg aku yang berisi baju dan barang-barang keperluan.
"Abang, jom teman Qhalif buat kerja sekolah." Sekali lagi Qhalif cuba mencuri perhatian aku. Aku melihat Tahriq dan Edi yang tiada niat untuk menghentikan Qhalif yang menganggu aku ini. Kalau dulu, mesti Tahriq dah marah Qhalif ni. Edi pula memang sama je dari dulu hingga sekarang. Kalau benda tu takde untung kat dia, dia tak masuk campur.
"Abang nak rehat lah." Ujar aku, menolak ajakannya. Lagipun cuti kan dua minggu, perlu ke buat pada hari pertama cuti?
"Kalau macam tu, Qhalif nak tidur sebelah abang lah."
Aku merengus kasar.
"Kau ni tak faham ke? Eh semak la." Ujar aku, kasar. Aku menolak sikit si kecil itu tapi cukup untuk buat dia tertolak ke belakang dua langkah.
Tiba-tiba, Tahriq bangun dan bergerak ke arah kami. Edi pula tak memperdulikan kami. Dia khusyuk bermain telefon.
"Kau cakap baik-baik sikit lah dengan adik aku." Eh datang-datang je nak marah aku?
"Lah.. kau dengar ke? Dari tadi dia menyemak dekat aku ni, takde pula kau nak tegur dia ke apa?" Aku membidasnya semula.
"Dia budak lagi lah. Biarlah dia nak rapat-rapat je dengan kau. Apa salahnya?" Tahriq tak mengalah. Dia ni macam sengaja nak cari salah aku je.
"Kalau aku tak suka, aku tak suka lah. Ni apa sampai nak tidur sebelah bagai, gelilah." Kata aku dengan nafas yang menderu deras.
"Ha kalau dia kau gelilah. Kalau Paklong, tak geli pulak. Lebih dari tu pun takpe, kan?"
Buk!
Sebiji penumbuk melayang ke pipi Tahriq. Tangan aku yang menumbuknta terasa sakit. Ini kali pertama aku tumbuk orang. Rasa sakit itu aku tahan.
"Kau jaga sikit mulut kau tu. Aku dah kata, dia tertidur je masa tu. Kitorang takde buat apa-apa." Genggaman aku eratkan. Bersedia kalau-kalau Tahriq mahu membalas. Kalau dia nak lawan, aku akan melawan. Biarpun aku ni kecil je, tapi saiz bukan isu. Sekecil-kecil aku bak cili api.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...