SA-TU

332 8 0
                                    

"WOWOWO BALIK KAMPUNG.. WOWOWO BALIK KAMPUNG, HATI GIRANG!"

Suara ibu dan ayah memenuhi ruangan kereta. Kuat gila suara diorang berdua. Nyanyian dorang tidaklah sedap mana dan tak juga sumbang. Bolehlah. Orang kata, buat nyanyi kat kedai kopi tu masih boleh layan lah. Tapi, diorang bukan menyanyi sangat kali ni. Lebih kepada menjerit. Suara ibulah yang lebih kuat memandangkan tahun ni kami balik ke kampung ibu. Aku tidak turut serta dalam menyanyikan lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman tersebut. Sebab aku nervous. Pulang ke kampung yang bukan asalan aku.

Ini kali pertama aku pergi ke kampung ibu sejak aku diambil sebagai anak angkat mereka. Tahun pertama kami beraya di kampung ayah jadi tahun ini kami beraya pula di kampung ibu. Keluarga ayah sangat baik sekali. Suka betul aku semasa beraya di sana. Memandangkan aku cucu pertama mereka walaupun sekadar cucu angkat tapi tiada siapa yang memperlekehkan aku. Ah.. tak sabarnya raya tahun depan nak balik sana lagi.

"Fahimi.. kenapa tak nyanyi sekali? Tak teruja ke nak balik kampung ibu?" Soal ibu. Sedikit pelik dengan aku yang diam sahaja sejak dari tadi.

Oh.. jangan pelik kenapa ibu panggil aku Fahimi. Memandangkan aku dah jadi anak angkat mereka, nama aku dah didaftarkan dan aku dah ada nama baru. Muhammad Arif Fahimi bin Abdullah.

Ibu yang meletakkan nama Fahimi. Ayah setuju dengan nama tersebut tapi aku meminta mereka kekalkan nama Arif kerana nama itu nama yang diberikan abah kepada aku. Aku tak mahu jadi orang yang lupakan asal usul bagai kacang lupakan kulit.

"Erm.. orang takut lah bu." Ujar aku perlahan.

Ayah terus perlahankan radio. Mereka berdua memasang telinga. Mendengarkan aku. Sungguh menjadi anak angkat mereka sangat menguntungkan aku. Pakaian dibelikan, sekolah dibiaya dan macam-macam lagi. Bahkan, aku tak perlu bekerja. Hanya perlu belajar dan dapatkan keputusan yang cemerlang sahaja dalam pelajaran. Itupun, aku masih diberi hadiah jika keputusannya cemerlang. Apa lagi yang aku mahukan? Perhatian? Kasih sayang? Semuanya telah diberikan. Mewah hidup aku dengan kasih sayang mereka. Aku cuma perlu jadi anak mereka dan banggakan mereka sahaja.

"Kenapa sayang? Fahimi takut apa?" Soal ibu dengan nada lembut. Dia memandang cermin pandang belakang untuk melihat aku. Ayah pula masih fokus memandu. Perhatian diberi sepenuhnya pada jalan raya. Namun aku tahu, dia turut memasang telinga.

"Orang takut, kalau ada yang tak suka orang. Macam mana kalau diorang fikir Mi ni menyusahkan ibu? Menyusahkan ayah? Mungkin Mi ni cuma nak ambil kesempatan atas duit ibu ayah." Ujar aku. Meluahkan ketakutan yang bersarang di dada.

Ibu melepaskan keluhan.

"Fahimi, dengar ni. Ingat tak dulu? Masa kita nak pergi kampung ayah pun Mi cakap benda sama. Tapi last-last, semua orang kat sana sayang Mi. Apa yang Mi takutkan tak jadi kenyataan pun." Ibu membalas kata. Cuba menenteramkan perasaan aku ketika ini. Dia memandang wajah aku dari cermin.

Aku tersenyum kelat.

"Tapi tu sebab orang satu-satunya budak kecik. Cucu pertama, anak saudara pertama. Mungkin sebab tu diorang boleh terima orang." Ujar aku, masih ragu-ragu.

"Kalau ada lah orang yang tak suka Mi kat kampung ibu nanti, Mi takyah layan sangatlah diorang tu. Yang penting Mi kena ambil hati TokWan. Ayah dulu pun macam tu juga. " Tiba-tiba ayah mencelah.

Ayah meneruskan cerita bagaimana dulu hubungannya dengan ibu tak mendapat restu daripada beberapa adik beradik ibu tapi dengan restu TokWan, dia dapat mengahwini ibu. Aku tersenyum senang. Aku suka cerita tentang macam mana ayah kenal, jatuh cinta pada ibu dan sebagainya. Senang kata, aku suka hendak mengenali ibu dan ayah dengan lebih dalam.

Ibu tersenyum apabila melihat senyuman aku. Dia memandang bangga pada suaminya. Dia pasti gembira suaminya berjaya membuat aku tersenyum. Ah.. bahagianya keluarga kecil kami.

PakLong Where stories live. Discover now