E-NAM

216 9 5
                                    

JARI telunjuknya diletakkan pada bibir aku. Pada saat itu, hanya bunyi nafas kami yang kedengaran di dalam bilik Paklong.

Bunyi tapak kaki kedengaran mendekati pintu bilik Paklong. Satu suara kedengaran.

"Aik, mana Fahimi? Tadi macam nampak dia lalu lorong ni." Suara tersebut kedengaran familiar. Suara Tahriq. Bunyi tapak kaki Tahriq kedengaran melalui hadapan pintu bilik dan kemudian kian menjauh.

Paklong menjauhkan tangannya dari aku.

"Sorry. Paklong tak nak orang nampak Paklong dengan Arif." Ujar Paklong. Menjelaskan kenapa dia menarik aku ke dalam biliknya. Aku hanya terangguk.

Aku meliarkan mata. Melihat persekitaran dan dalaman bilik Paklong. Kemas tapi bersepah. Bilik lelaki bujang. Cuma bezanya bukan bujang yang masih usia muda remaja.

"Kenapa? Kenapa Paklong tak boleh jumpa budak-budak? Kenapa Paklong ada pantang larang macam tu? Apa jadi kalau pantang larang tu dilanggar?" Aku menyoal dengan bertubi-tubi.

Paklong memandang aku dengan pandangan yang boleh aku jangkakan. Dia tidak mahu menjawab soalan-soalan itu. Tapi aku masih berdegil - mahu tahu juga jawapannya.

"Paklong tak boleh nak jawab soalan-soalan tu." Paklong memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Tapi, Paklong benci kitorang ke?" Soal aku tiba-tiba.

Paklong memandang aku semula. Dia menggeleng kepala.

"Tak. Paklong takde benci sesiapa pun."

"Habis tu kenapa Paklong tak layan semua orang? Kenapa masa Arif tegur haritu Paklong tak balas?" Soal aku.

"Paklong kan ada pantang larang. Paklong cuba buat kamu semua benci Paklong supaya kamu semua selamat. Supaya Paklong pun selamat." Jawab lelaki berusia itu.

Aku memandang wajahnya. Kata-katanya sangat mengarut tapi wajahnya tampak serius.

"Apa jadi kalau pantang larang tu dilanggar?" Soal aku sekali lagi.

Paklong diam lagi. Aku mendongak. Memandang wajahnya.

"Paklong, jawablah." Gesa aku.

Paklong menggeleng.

"Kita akan rosak. Paklong tak nak kamu rosak."

Rosak? Apa maksud Paklong? Aku semakin keliru. Aku rasa Paklong masih tak berterus terang pasal dirinya. Tak apa. Aku akan cungkil sikit demi sikit rahsianya.

"Kalau Paklong nak buat Arif benci Paklong, kenapa Paklong bagi duit raya tu malam semalam?" Aku mengemukakan soalan.

Tak logik lah kalau kau bagi sesuatu yang baik pada orang kalau kau nak buat dia benci kau. Ye dok?

Paklong tidak segera menjawab. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di sisi katil. Aku pun turut melakukan hal yang sama. Aku duduk di sebelah Paklong.

Paklong meneguk liurnya perlahan.

"Sebab kamu, mengingatkan Paklong pada seseorang. Orang yang Paklong rindu." Ujar lelaki itu, perlahan. Wajah aku ditenungnya. Tak berkelip. Redup pandangannya. Membuat aku terasa tenang. Membuat aku teringat macam mana abah melihat aku setiap kali. Pandangan yang penuh kasih sayang.

"Siapa orang tu?" Soal aku. Ingin tahu.

"Kamu tak kenal pun dia." Balas Paklong pula. Tiba-tiba tangannya diangkat dan kepala aku diusapnya.

"Bo.. boleh tak Paklong nak peluk Arif?" Pinta lelaki itu tiba-tiba.

"Er.. boleh kot?" Balas aku.

Tak berlengah, lelaki itu terus memeluk aku. Aku tak pasti, tapi aku dapat rasakan getaran pada dakapannya. Paklong menangis ke?

PakLong Where stories live. Discover now