AKU mengetuk tingkap kereta yang gelap itu daripada luar tingkap untuk memanggil orang yang berada di dalam kereta tersebut. Yela, mana ada orang dari dalam kereta yang ketuk tingkap untuk panggil orang kat luar kereta, kan?
Tingkap kereta yang tinted di bahagian pemandu itu diturunkan. Mata aku terus sahaja melihat ke bahagian dalam dan di bahagian sebelah pemandu. Rizqi yang sedang bermuram wajahnya. Kemudian, barulah mata aku beralih ke arah si pemandu yang merupakan orang yang sama menurunkan tingkap tersebut.
Siapa dia ni?
Bukan abang Haiqal yang Rizqi selalu ceritakn tu. Mana abang Haiqal tu?
"Ya dik? Nak apa?" Soal lelaki itu.
Aku tersengih. Cuba cover perasaan terkejut aku.
"Saya.. er.. saya kawan Rizqi." Ujar aku.
Lelaki tersebut terangguk-angguk. Dia menoleh ke arah Rizqi.
"Rizqi tak cakap pun ni kawan Rizqi?" Ujar lelaki tersebut pada si kecil itu.
"Abang tak tanya." Balas Rizqi. Spontan.
Lelaki itu membuat muka. Kemudian, dia memandang aku semula dan tersenyum.
"Terima kasih lah sudi berkawan dengan Rizqi ni." Ujar lelaki tak dikenali tersebut.
Aku cuma tersenyum. Dalam hati, hanya tuhan saja yang tahu hampa yang aku rasa sebab lelaki tersebut bukan abang Haiqal.
•°•°•°•
"MACAM mana?"
Aku menggeleng sebagai jawapan untuk soalab tersebut. Laliya mengerutkan dahi.
"Orang yang amik Rizqi tu bukan abang Haiqal." Ujar aku.
"Habis tu macam mana? Semalam kita tak dapat bagitahu abang Rizqi tu sebab Pakngah ambil kita awal. " Laliya berujar dengan nada kesal.
Aku mengeluh.
"Tulah. Harini Arif suruh ayah ambil lewat, tapi orang lain pula yang ambil dia balik." Hembusan nafas yang berat kedengaran dari aku.
"Kesian Rizqi tu. Entah-entah hari ini pun dia kena macam semalam. " Kata Laliya lagi.
Aku terdiam.
Semalam Rizqi berjaya menolak permintaan Cikgu Isa yang berat itu. Tapi hari ini? Aku pun tak tahu.
"Habis tu apa kita nak buat sekarang?" Soal Laliya. Dia memandang aku dengan pandangan yang berharap.
"Er.. kalau esok, kita minta ayah ambil lambat lagi.. nanti mesti dia rasa pelik." Ujar aku.
"Kenapa kita tak report je kat cikgu-cikgu lain atau pengetua?" Soal Laliya. Dia pelik kerana aku berdegil untuk laporkan hal itu cuma pada abang Haiqal.
Aku gelengkan kepala.
"Arif tak nak hal ni dibesarkan sampai memalukan Rizqi. Lagipun, kita ni budak je. Takut dorang tak percaya. Kalau abang Haiqal, dia boleh fikir nak buat apa." Ujar aku pada Laliya. Tapi sebab utama aku adalah kerana lelaki itu pernah ada sewaktu Rizqi melalui pengalaman yang sama. Didera secara fizikal dan seksual oleh keluarga kandungnya.
"Jadi, apa yang patut kita buat? Takkan nak biarkan je?" Soal Laliya.
"Arif tengah fikir la ni." Ujar aku.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...