SE-BE-LAS

143 5 1
                                    

KETUKAN di pintu bilik mengalihkan perhatian aku. Aku segera menuju ke depan pintu dan membukanya.

Wajah aku berubah ceria apabila melihat insan yang tiba. Namun, orang tersebut pula berubah riak wajahnya apabila melihat aku.

"Paklong! Ingat tak nak datang tadi." Ujar aku dengan gembira. Lama juga aku chat dia tadi. Beberapa belas minit dah berlalu sejak aku suruh dia teman aku tidur lagi.

"Er.. Arif baru siap mandi ke?" Soal Paklong. Dia melihat aku dari atas ke bawah. Aku melihat diri sendiri. Oh.. aku lupa aku baru siap mandi. Masih berkemban dengan tuala sahaja.

Aku tersengih.

"Tak elok mandi memalam buta." Ujar Paklong lagi. Kalini wajahnya dialihkan ke luar bilik.

"Paklong tunggu jap eh. Arif pakai baju dulu." Ujar aku sebelum menutup pintu semula. Aku perasan perhatian Paklong yang tak kalih dari melihat tubuh aku yang tak berbaju secara sembunyi.

•°•°•°•

"PAKLONG pernah dengar pasal misteri pintu tak?" Soal aku ketika kami berdua sedang berbarung di atas katil.

Paklong memandang aku yang sedang bermain telefon.

"Pintu misteri tu?"

Aku memandang dia balik. Anggukan diberi.

"Paklong tahu semua misteri dalam rumah ni. Tapi, kalau Paklong terus bongkarkan, tak jadi lah misteri nanti." Balas Paklong. Dia tersenyum.

Aku terangguk-angguk. Ye tak ye juga.

"Tapi, Paklong tahu ke yang Maklang dengan Paklang nak bercerai?" Soal aku.

Reaksi Paklong jelas menunjukkan yang dia tak tahu pasal hal itu. Wajahnya nampak terkejut namun segera dikawal.

"Mana Arif tahu?" Soal Paklong.

"Er.. Arif tercuri dengar diorang gaduh semalam. Pasal Maklang tak boleh bagi anak lelaki. Tu sebab Paklang nak minta cerai." Jelas aku padanya.

Paklong terdiam.

"Arif jangan bagitahu pasal ni kat orang lain tau. Biar Paklang dan Maklang urus sendiri hal rumah tangga diorang." Paklong memberikan pesan buat aku.

Aku tersenyum kelat. Tak suka menerima pesanan itu. Kalaulah aku boleh biarkan sahaja begitu.

"Susahlah Paklong. Arif kesiankan Liya. Kalau betul diorang cerai, macam mana Liya nanti. Paklong tak kesiankan dia ke? Arif nak tolong dia." Keluh aku pada Paklong. Meluahkan apa yang terbuku di hati.

Paklong memandang aku dengan pandangan yang serba salah.

"Kesian memang kesian. Tapi kita takde kuasa nak campur tangan hal diorang. Lagipun memang dari dulu Paklang kamu tu nakkan anak lelaki, tapi Maklang cuma boleh bagi Laliya saja. " Balas Paklong pula.

Aku menghembuskan nafas berat. Takde jalan penyelesaian ke?

"Kalau kita takde kuasa, siapa yang ada?" Aku memandang ke mata Paklong. Paklong membuang pandang ke arah lain. Tak mahu melihat mata ke mata dengan aku.

"Erm.."

"Paklong, please.." Aku merayu pula.

"Wan boleh tolong. Maksud Paklong, Tokwan boleh tolong. Tapi, kita kena beritahu dia pula la. Entah apa reaksi dia." Paklong berujar.

Aku diam.

"Tokwan garang tak?" Soal aku.

Paklong geleng.

PakLong Where stories live. Discover now