TU-JUH • BE-LAS

130 6 0
                                    

BUNYI jam loceng yang memekakkan telinga aku matikan. Aku menghidupkan skrin telefon untuk melihat jam. Padahal ada jam loceng tapi aku masih nak tengok jam pada fon juga. Aku menghela nafas.

Aku meneruskan pembaringan. Menatap siling bilik yang dipenuhi dengan pelekat bintang yang akan menyala bila dalam gelap. Bilik di rumah aku. Bukan bilik di kampung. Kerana pada saat ini, aku dah pulang ke rumah asal dan meninggalkan rumah agam semalam.

Tindakan drastik telah diambil oleh ibu dan ayah untuk balik ke rumah dan meninggalkan kampung. Aku tak tahu kenapa. Tapi raut wajah ibu dan ayah nampak tak puas hati semasa hendak meninggalkan rumah agam. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu. Aku tak nampak Paklong atau mungkin memang ibu ayah tak nak bagi dia jumpa aku lagi.

Yang paling aku kesalkan sekali ialah aku terputus terus sebarang hubungan dengan sepupu yang lain. Lagi-lagi Tahriq. Punyalah banyak waktu kami luangkan bersama tapi tak ada sekalipun kami bertukar nombor telefon antara satu sama lain.

Aku menghembuskan nafas kasar. Bosan. Cuti raya masih tak habis lagi. Sepatutnya kami akan tinggal di kampung untuk seminggu lagi. Tapi peristiwa dengan Paklong mengubah segalanya. Sampai kini aku masih tertanya. Kenapa? Kenapa Paklong dihukum sebegitu rupa?

Aku mengeluarkan telefon bimbit. Galeri dibuka untuk melihat foto yang pernah aku tangkap. Gambar dari bilik store tempoh hari. Aku melihat susuk tubuh Paklong yang nampak lebih muda. Di hadapannya ada seorang budak lelaki yang menyerupai aku.

Siapa tu?

"Oh mak kau.."

Deringan telefon bimbit membuatkan aku tersentak. Aku melihat nama si pemanggil.

Unknown caller.

Aku menolak panggilan tersebut. Aku memang tak pernah jawab panggilan yang tak dikenali. Tak lama lepas aku tolak panggilan tu, ada mesej WhatsApp masuk.

Unknown
Fahimi

Fahimi ni aku Tahriq

Reply ar

Penat aku merayu kat Makngah untuk dapatkan no kau

Aku
Oh Tahriq ke

Aku ingatkan scammer mana tadi

Aku memang tak jawab no tak kenal

Aku menyimpan nombor telefon itu dengan nama Tahriq.

Tahriq
Kau sekarang dekat rumah ke?

Aku
Haah

Kau kat kampung lagi ke?

Apa jadi kat sana?

Tahriq
Oh kau tak tahu ke

Aku
Tahu apa

Tahriq
Mak ayah kau suruh Tokwan report Paklong

Tapi Tokwan taknak

Sebab tu mak ayah kau bawa kau balik bandar

Aku
Kenapa sampai nak kena report

Dorang tak percaya ke apa aku cakap?

Paklong takde buat apa-apa kat aku la

PakLong Where stories live. Discover now