CUP!
Sebuah ciuman yang acuh tak acuh aku berikan kepada Qhalif sebelum menghalaunya untuk balik ke biliknya dan pergi tidur. Hilang sahaja kelibat Qhalif, Paklong datang mendekati.
" Jom."
Aku menarik lengan Paklong - memimpinnya masuk ke dalam bilik.
•°•°•°•
"JADI?"
Tak banyak berdalih, aku terus tanya persoalan yang bermain di kepala.
"Apa kata Tokwan?" Soal aku lagi.
"Er.. Tokwan kata dia akan cuba slowtalk dengan diorang." Paklong menjawab.
Lelaki itu memandang aku dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Seperti ada sesuatu yang masih ingin dibicarakan.
"Tapi?" Soal aku memberi dia ruang untuk menyambung kata-kata.
"Tapi, Paklong tak pasti lah sejauh mana Tokwan boleh tolong kita. Paklong tak tahu kalau dia boleh buat Paklang kamu tak jadi nak failkan penceraian." Ujar Paklong dengan wajah yang gusar.
"Takpe. Yang penting kita dah usaha. Selebihnya kita doa je yang baik-baik." Balas aku pula. Menenteramkan Paklong.
Kami diam seketika sebelum Paklong menyoal aku.
"Ha tadi Qhalif datang tu kenapa?" Soalnya.
"Oh tu. Dia nak tumpang tidur." Tipu aku. Padahal budak lelaki tu cuma nak tuntut janji aku.
"Ohh.." Balas Paklong pula.
"Paklong, jom main game." Aku cuba mengubah topik. Telefon aku hidupkan dan Mobile Legends aku buka.
"Paklong mana ada game dalam telefon ni." Ujar Paklong. Telefonnya ditunjukkan pada aku dengan skrin yang menyala. Menunjukkan semua aplikasi yang ada dalam telefonnya.
Aku membuat muka.
"Ni tandanya Paklong dah tua." Omel aku tanpa tapis.
Paklong mencubit mulut aku perlahan.
"Amboi, mulut. Paklong muda lagi. Sihat dan tampan lagi. Nampak ni, masih sado lagi." Paklong menunjukkan otot lengannya yang besar. Walaupun tak sekekar Pakndak, tapi sekurang-kurangnya ada lah untuk digahkan pada aku.
"Jom saya ajar Paklong main." Ujar aku menekan butang Ranked pada skrin telefon. Hahahaha.. kalau korang jumpa dark system dalam team korang harini, Paklong lah tu.
Waktu berganjak dengan pantas malam itu apbila kami berdua menyibukkan diri dengan bermain game. Begitupun waktu yang berlalu tak terasa pantasnya.
"Arif, dah lewat ni. Tidur lah. Takut esok tiba-tiba ada plan mengejut lagi macam tadi." Ujar Paklong setelah game terakhir kami diakhir dengan kekalahan.
Aku angguk. Tiba-tiba rasa nak menguap. Pantas aku menutup mulut menggunakan tangan. Skrin telefon yang bernyala aku matikan dan aku letakkannya di atas meja tidur.
"Okay lah. Arif tidur dulu." Ujar aku. Perlahan-lahan mata aku tutup. Membiarkan Paklong yang duduk di sisi katil - menunggu aku tidur.
Cup.
Terasa satu ciuman di dahi dari Paklong.
"Paklong sayang Arif." Suara Paklong bergemersik di telinga aku.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...