TI-GA • PU-LUH

131 4 0
                                    

SEBULAN berlalu dengan pantas sejak aku tahu perihal masalah Laliya. Sebulan tu juga lah aku kerap memujuk gadis seusia aku itu untuk melembutkan hatinya dan membuat emosinya kembali stabil. Pun begitu, hari ini aku nekad untuk membuat dia bersedia untuk menerima hakikat dan mengetahui kebenaran.

"Liya, Arif rasa kita kena bagitahu ibu ayah Arif pasal ni."

Laliya pantas menggeleng.

"Bukan ke Arif kata nak tungu Liya bersedia?" Laliya meningkah kata-kata aku.

Aku mengeluh. Dahi aku berkerut.

"Betul. Memang Arif ada cakap macam tu. Tapi bila Arif tengok keadaan Liya yang sekarang, Arif tak rasa Liya akan bersedia sampai bila-bila." Ujar aku.

Laliya diam. Dia tak membantah pun. Mungkin dia tahu apa yang aku cakapkan ni memang betul.

"Lagi lama kita nak tunggu Liya bersedia. Yang entah bila. Lagi lama Liya makan hati dan fikir bukan-bukan. Pastu, jadi murung. Arif tak nak Liya jadi macam tu lagi. Sampai cederakan diri sendiri." Aku berujar lembut. Tak mahu dia tersinggung.

Laliya menundukkan wajahnya. Seperti mengelak untuk bertentang wajah dengan aku.

"Kita cakap dengan ibu ayah eh?" Soal aku.

Perlahan-perlahan. Dengan lemah sekali, Laliya mengangguk.

•°•°•°•

"LALIYA dah tahu?"

Itu reaksi ibu dan ayah selepas kami menceritakan hal Laliya pada mereka pada esok paginya.

"Apa maksud ibu ngan ayah? Maksudnya korang pun tahu pasal ni?" Aku menyoal mereka. Wajah mereka aku pandang dengan tegas.

Wajah ibu dan ayah sedikit berubah. Tampak cuak.

"Er.. ibu rasa lagi elok kalau kita cerita hal ni masa umi dan bapa Liya ada sekali." Ibu pantas mengalihkan topik.

Laliya pantas mencelah bicara ibu.

"Tak nak. Liya tak nak diorang ada sekali. Liya rasa sedih. Tertipu dengan diorang. Liya.." Kata-kata Laliya terhenti dek tangisannya. Dia menghamburkan kesedihannya.

Aku pantas merapati Laliya dan memeluknya. Belakang badannya aku tepuk perlahan. Memujuknya melalui bahasa tubuh.

Usai itu, aku melepaskan rangkulan dan melihat ke arah ibu.

"Kalau diorang tak ada, tak boleh ke?" Aku menyoal.

Ibu geleng.

"Hal ini bukan hal main-main dan kena ada umi dan bapa Laliya sendiri. Diorang mungkin bukan keluarga kandung Liya tapi diorang masih orang yang besarkan dan jaga Liya dari Liya tertatih sehingga dah boleh berjalan." Ujar ibu sedikit memujuk dan mengingatkan Laliya.

"Ayah tahu Liya rasa terkilan dengan apa yang umi dengan bapa Liya buat. Kenapa diorang tak pernah nak bagitahu Liya dan apa semua. Tapi pernah tak Liya fikir, mungkin diorang tak nak Liya rasa dan jadi seperti apa yang Liya lalui sekarang?" Ayah pula memberi buah bicaranya.

Aku mengangguk. Kami semua perlu sama-sama memujuk gadis itu.

"Betul kata ayah. Mungkin Paklang dan Maklang tak bagitahu Liya sebab dorang tak nak Liya rasa sedih dan terluka. Diorang dah jaga Liya dari kecil kot. Takkan diorang tak sayang Liya macam anak sendiri?" Aku mengukirkan senyuman kepada Laliya. Air mata di pipinya aku seka.

PakLong Where stories live. Discover now