"BYE, abang Mi."
Suara comel milik Qhalif mengiringi kepergian aku. Kelihatan Edi dan Tahriq di sisinya yang sedang melambai ke arah aku. Tahriq tersenyum kelat. Berat hati melepaskan aku pergi. Dua minggu aku duduk di rumah babah serasa tak cukup. Tapi apakan daya, sesi persekolahan dah nak mula semula. Banyak yang kami bualkan dalam tempoh dua minggu tersebut.
"Aku dah tahu pasal Edi."
Aku menoleh. Imbasan kelmarin bermain di minda.
"Maksud kau?" Soal aku. Takkanlah pasal..
"Kau tahu juga kan? Pasal Edi dengan si Zahran tu? Sebab tu masa tu kau pandang diorang semacam je." Tahriq menebak.
"Er.." Aku kelu. Tak tahu mahu bicara apa.
"Pasal Qhalif pun aku tahu." Tahriq berujar lagi.
Tak sempat aku nak mencelah, dia dah memotong.
"Pasal dia suka kau. More than friend. "
"Dan kau okay dengan semua tu?" Soal aku pelik. Kalau Tahriq okay macam ni, takkan lah Edi dan Qhalif takut dengan abang sulung mereka itu.
"Jujurnya aku tak okay. Teruk juga Edi kena bantai dengan aku malam tu. Babah tanya pun dia tak jawab sebab dia tak nak kantoi dengan babah pula. Qhalif pula aku rasa dia okay lagi. Kecuali lah kau melayan dia. Tapi takkan la kan." Tahriq melepaskan tawa.
Dalam masa yang sama, aku menelan liur. Seram dan takut juga. Harap-harap tak kantoi. Aku dan Tahriq dah la baru berbaik.
"Macam mana? Seronok duduk dengan keluarga Makndak?" Suara ayah yang sedang memandu memecahkan lamunan aku.
Aku tersengih.
"Seronok." Balas aku.
"Apa je yang seronok?" Soal ayah lagi. Dia memandang wajah aku melalui cermin pandang belakang.
"Banyak je yang seronok. Contohnya macam.." Mulut aku petah melepaskan suara. Menceritakan hampir semua perkara. Aku seolah-olah dah kembali menjadi aku yang dulu. Sebelum peristiwa dengan Paklong.
•°•°•°•
"LA.. LALIYA? "
Kepulangan aku hari itu di sambut dengan kemunculan Laliya di hadapan pintu bersama dengan ibu. Laliya tersenyum ke arah aku. Aku melihat di dalam rumah.
"Paklang dan Maklang mana?" Soal aku. Sambil mengangkat beg-beg dari bonet kereta.
"Bapa dan umi dah balik lepas hantar Liya kat sini." Balas Laliya. Dia menghampiri aku dan menawarkan diri untuk membantu. Aku berikan dia beg plastik yang berisi kudap-kudapan yang dibekalkan oleh emak atau Makndak kepada aku.
Aku terangguk-angguk selepas mendengar jawapan Laliya.
"Bila diorang datang amik balik?" Soal aku. Aku fikir mungkin Paklang dan Maklang tinggalkan Laliya kat sini sebab diorang ada hal kerja atau hal tertentu. Macam ibu ayah juga. Tapi biasanya, diorang tinggalkan aku sensorang je kat rumah sebab aku pandai berdikari.
"Ha.. kalau Fahimi nak tahu, Liya akan duduk dengan kita sampai habis darjah 6." Ibu mencelah perbualan kami.
Aku tersentak. Wajah ibu aku pandang.
"Darjah 6? Liya bukan homeschool ke, bu?" Soal aku.
Kali ni ayah pula menyampuk.
"Betul la tu. Tapi, tiba-tiba je dia nak bersekolah. Tapi, elok juga tu. Sekurang-kurangnya dia dapat sijil UPSR." Kata ayah. Dia berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan aku keseorangan yang terpinga di luar.
Aku segera membuntuti langkah ayah dengan soalan terpacul dari mulut.
"Tapi, kenapa Liya duduk dengan kita sampai habis darjah 6?" Soal aku lagi.
"Kenapa? Fahimi tak suka ke?" Laliya menduga.
Aku menggaru kepala.
"Bukan tak suka. Tapi, pelik lah." Ujar aku. Malas nak berdalih.
"Biar Makngah bagitahu dia, Liya." Ibu bersuara sekaligus membuatkan pandangan aku teralih ke arahnya.
"Laliya duduk dengan kita sampai darjah 6 sebab dia masuk sekolah Fahimi. Jadi, kalau dia duduk dengan kita, lagi senang. Ayah boleh hantar Liya dengan Mi sekali." Ujar ibu.
Aku memandang Laliya.
Ada sesuatu yang tak masuk akal. Kenapa Laliya masuk sekolah aku pula? Sekolah aku jauh dengan tempat tinggal dia! Bukan kata jauh, tapi lain daerah. Tempat tinggal dia pun berbeza daerah.
Namun, aku tak menyuarakan keanehan itu. Aku memandang Laliya dengan penuh tanda tanya.
•°•°•°•
"
OH... Jadi, Liya duk rumah kau sampai hujung tahun ni jela?" Tahriq memastikan semula.
"Haah." Balas aku. Telefon aku yang masih d dalam talian aku letakkan atas meja.
"Ni kalau si kembar tahu ni, jeles ar diorang." Ujar Tahriq di sebalik talian.
Aku tersengih sendiri. Terbayang wajah Amar yang cemberut dan riak Umar yang kesal. Lain-lain riaknya namun hasilnya tetap comel.
"Apa dia?" Kedengaran suara Tahriq melaung. Membalas panggilan seseorang dari tempat dia berada.
"Okay, mak.."
Kemudian, Tahriq bercakap dengan aku semula.
"Mi, emak dan babah kirim salam. " Beritahu Tahriq.
Aku membalas salam tersebut dalam hati.
"Okay lah, Riq. Aku dah mengantuk ar. Aku matikan call eh." Aku meminta diru untuk mengundurkan diri. Mata sudah mulai memberat. Tak dapat aku tahan lagi.
"Okay. Bye.."
Talian aku putuskan.
•°•°•°•
BUKAN sesuatu yang aneh sebenarnya untuk aku terbangun di tengah malam dan mencari air untuk di minum. Tapi, malam ini apa yang aneh ialah apabila aku terdengar bunyi tangisan.
Langkah aku terhenti. Mencari dari mana arah suara tersebut datang. Bulu roma aku meremang. Tapi mata aku masih meliar. Mencari-cari kalau ada sosok yang mengeluarkan bunyi itu.
Setelah aku amat-amati, suara tersebut datang dari sebuah bilik dan..
Eh, ini kan bilik yang ibu suruh Laliya pakai? Maksudnya, Liya yang menangis ke?
Aku menekup telinga ke pintu.
"Sampai hati umi dan babah tipu Liya."
Jelas rengekan itu aku dengar. Kemudian, diiringi esakan yang tiada henti namun tidak kuat. Mahu sahaja aku menerjah masuk ke dalam bilik untuk memastikan dia okay. Tapi aku masih menjaga privasinya. Aku pasti keputusannya untuk bersekolah di sekolah aku ada kaitan dengan tangisannya malam ini.
Aku meneruskan langkah dan kembali semula ke dalam bilik aku. Niat aku untuk minum terbantut.
Aku menyabarkan diri. Aku pasti akan tahu juga apa yang Laliya bukukan dalam hatinya. Masih banyak masa lagi sebelum hujung tahun tiba. Aku pasti.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...