SE-PU-LUH

193 8 5
                                    

"AMAR!" Suara Maksu bergema kuat sehingga memenuhi gegendang telinga aku. Nadanya tak beriak marah melainkan cemas dan panik.

Aku dan Edi sama-sama tersentak. Tak berlengah aku segera meninggalkan Edi sendirian untuk melihat apa yang berlaku di ruang tamu.

Setibanya aku di ruang tamu, aku melihat Maksu sedang berada dekat dengan Amar dan Umar pula berdiri tak jauh dari mereka. Paksu pula baru tiba di masa yang sama dengan aku. Manakala keluarga-keluarga yang lain sedikit tertegun melihat Maksu dan Amar.

Paksu mendekati Maksu dan Amar. Umar berdiri di samping papanya itu.

"Kenapa ni sayang?" Soal Paksu dengan nada tenang. Tak mahu mengeruhkan emosi isterinya. Aku dapat lihat tingkahnya dan tuturnya yang berhati-hati pada ketika ini.

Maksu memandang wajah suaminya dengan air mata di mata.

"Kaki Amar.. kaki Amar luka. Berdarah. Tertusuk jarum." Beritahu Maksu. Tangannya menggeletar.

Paksu mendekatkan diri untuk melihat luka yang dimaksudkan.

"Mana? Lemme see." Ujar Paksu dengan lembut.

Maksu mengangkat kaki Amar sedikit ke atas. Aku cuba menjengah untuk curi pandang luka yang dimaksudkan.

Lah... Kecik je pun. Korang mesti pernah tercucuk jarum kan. Darah yang keluar setitik tu je. Tapi entah kenapa, respon Paksu tak seperti aku sebaliknya dia memujuk.

"Okay, awak bertenang dulu. Biar saya handle luka Amar ni. Boleh?" Ujar Paksu.

Seperti mahu tak mahu, tapi perlahan-lahan Maksu menganggukkan kepala. Namun, kata-kata Amar membuat wanita itu kembali resah.

"Alah, sikit je ni. Biar lama-lama nanti okay la. Kenapa sampai nak kena rawat?" Amar bersuara.

Maksu dan Paksu sama-sama tersentak. Tahriq yang juga turut melihat situasi itu menepuk dahinya.

"Amar!" Umar bersuara dengan nada marah yang tertahan-tahan.

"It's okay." Paksu mencelah lagi. Lelaki itu tenang sekali. Seperti dah biasa berada dalam situasi itu.

"Awak jangan risau. Macam mana sekalipun, saya akan pastikan Amar kena rawat. Kalau awak tak puas hati juga, malam ni Amar makan dalam bilik je." Pujuk Paksu. Dia memegang tangan isterinya dan membelai lembut tangan tersebut.

Tapi Amar jadi tak puas hati sebab dia tak dapat makan bersama-sama malam nanti.

"Apa? Kenapa pula Amar kena duk dal-"

"Amar." Paksu memanggil nama anaknya itu. Wajahnya tak berubah tapi dia hanya memandang sahaja budak lelaki 10 tahun tersebut.

Amar terdiam. Dia menundukkan wajahnya.

•°•°•°•

AKU mengetuk pintu bilik di mana Amar dan Umar berada. Diorang duduk satu bilik dengan mama papa diorang jadi aku kena cari masa yang sesuai untuk jenguk diorang tanpa ada mama papa diorang.

Pintu dibuka dari dalam. Wajah Umar terpacul.

"Ye bang?" Umar bersuara. Dia melihat di sisi kiri dan kanan aku. Mencari Tahriq mungkin. Tapi kalini Tahriq tiada di sisi aku. Sebab aku datang sendiri.

"Nak masuk boleh?" Pinta aku.

Umar angguk.

"Jom."

Aku membuntuti langkah Umar ke dalam bilik selepas dia menutup pintu bilik.

"Mama dan papa Umar takde ke?" Soal aku sebelum kami sampai ke katil di mana Amar berada. Aku sengaja tanya soalan yang aku tahu jawapannya.

PakLong Where stories live. Discover now