EDI dan Zahran berpelukan. Pelukan itu dileraikan tak lama lepas tu.
"Bye, abang. Nanti jangan lupa call tau." Ujar Edi. Zahran mengangguk kepala. Dia melangkah pergi menjauhi Edi. Mereka saling melambai.
Hari raya kelima. Tetamu yang datang pada hari raya ketiga kelmarin dah kena bertolak balik. Ini termasuklah si Zahran tu.
Aku membuat muka apabila melihat tingkah mereka. Cuma aku pastikan yang takde orang melihat reaksi aku sekarang. Cuma aku dan Qhalif je ke tahu pasal dorang?
"Rapat juga Zahran tu dengan Edi." Ujar aku apabila Tahriq menghampiri.
"Tu lah. Diorang dua je dua pupu yang rapat. Yang lain semua saling tak tegur menegur." Balas Tahriq.
"Termasuk kau." Tingkah aku.
"Kau tahu lah aku macam mana. Dengan kau pun aku boleh bercakap sebab aku dah selesa." Ujar Tahriq. Membalas tingkahan aku yang bersifat sindiran itu.
Aku tersenyum.
"Si kembar mana?" Soal aku memandang ke belakang Tahriq. Tak ada orang mengikut dia. Laliya pun tak ada.
Tahriq mengenjutkan bahunya.
"Tak tahu lah. Tapi tahu je lah dua orang tu. Kat mana Laliya , kat situ lah ada diorang." Dia mencebik bibirnya.
Aku setuju. Laliya dengan si kembar dah macam gula dengan semut. Laliya ialah gula yang dikerumuni sang semut Amar dan Umar.
"Jom lah masuk rumah. Cari diorang sekali." Tahriq mengajak aku masuk ke dalam. Tanpa menunggu aku, dia terus melangkah pergi. Masuk ke dalam rumah agam.
Aku memandang semula Edi yang masih melambai ke arah kereta yang dinaiki Zahran. Sayang sangat dengan boyfriend dia, ek?
•°•°•°•
"KAU okay ke?" Soal aku pada Tahriq sebaik sahaja kami masuk ke rumah agam. Aku soal sebab kami kan sama-sama demam selepas peristiwa semalam.
Tahriq mengangguk perlahan.
"Aku okay je. Kau?" Dia menyoal aku semula.
"Sama ar."
"Aku semalam masuk bilik terus tertidur." Tahriq tersengih. Aku rasa dia mesti rasa malu mengingatkan semua yang dah jadi semalam.
"Aku.." Mata aku bertemu dengan mata seseorang yang bersembunyi di sebalik dinding. Aku tersenyum kecil.
"Aku pun sama. Terus masuk tidur juga." Ujar aku. Menyembunyikan pertemuan aku dengan Paklong.
Aku memandang semula ke arah Paklong yang berada di sebalik dinding. Tahriq tak nampak keberadaan Paklong.
Aku teringat semula perbualan aku dan Paklong malam tadi. Sebelum aku ceritakan peristiwa dikejar hantu padanya.
"Rumah ni ada hantu ke Paklong?" Soal aku, membuka pertanyaan.
Paklong memandang aku. Keningnya terjungkit sedikit.
"Kenapa tanya macam tu?" Soal Paklong.
"Bukan apa. Masa malam pertama, ada orang ketuk pintu bilik saya. Masa tu dah lewat malam. Semua orang dah tidur." Ujar aku.
Aku perasan Paklong menyimpulkan senyum namun dia lekas menyembunyikan senyuman itu.
"Ha lagi satu. Masa saya dengan Maklang berborak, saya perasan ada kelibat yang lalu kat belakang kami. Tapi, masa tu petang lagi." Cerita aku dengan bersungguh-sungguh. Aku menggayakan di mana kedudukan aku dan Maklang serta kawasan kelibat itu lalu.
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...