EMPAT bulan berlalu dengan pantas sejak aku dan Laliya mengetahui tentang asal usul Laliya. Dalam empat bulan itu juga lah banyak usaha yang dilakukan oleh keluarga kami, ibu, ayah, Paklang dan Maklang untuk memujuk Laliya. Namun, gadis itu telah keras hati. Kata-kata daripada ibu dan ayah dianggap seperti air yang tercurah ke daun keladi. Kadang-kadang Paklang dan Maklang akan datang ke rumah. Waktu tu juga lah Laliya akan mengurungkan diri di dalam biliknya.
Keadaan tersebut berlarutan sehinggalah keputusan UPSR diumumkan. Aku dan Laliya mendapat keputusan yang cemerlang. Dalam tempoh 4 bulan tersebut, Laliya betul-betul fokus dengan pelajaran. Seakan-akan ada sesuatu yang ingin dicapai. Hampir setiap hari dia akan minta aku mengajar dia. Tangisannya setiap malam sudah tidak ada. Digantikan dengan mengulangkaji pelajaran hingga ke lewat pagi.
Usaha tak pernah tipu. Hasilnya sangat memberangsangkan. Laliya dapat 4A 1B dan 1C. Kedudukannya di dalam semua kelas adalah nombor 5.
"Agak-agak result macam ni boleh pergi sbp tak?" Soal Laliya pada hari keputusan diumumkan. Wajahnya tampat sedikit kelat. Memandang kertas ditangannya yang tadinya digulung.
Kening aku sedikit terangkat.
"Sbp? Asrama? Boleh je. Semua kredit. 4 skor. Takde yang gagal. Mesti ada yang hantar surat tawaran nanti." Balas aku. Lutut aku bergerak-gerak. Aku masih belum dapat kertas keputusan. Agak nervous juga.
Wajah Laliya berubah. Senyuman terukir di wajahnya. Tapi bukan lagi senyuman seperti yang dulu.
"Kalau macam tu, Laliya nak pergi sekolah asrama penuh kalau dapat peluang." Ujar Laliya.
"Kenapa? Laliya dah tak nak balik rumah lagi ke?" Soal aku pula.
Laliya terdiam. Aku menghembuskan nafas berat.
"Walau macam mana pun, Laliya tetap dalam jagaan diorang. Laliya nak pergi asrama pun, perlukan kebenaran diorang." Aku memberi pandangan.
"Tapi diorang bukan keluarga kandung Laliya. Diorang cuma relatif. Kalau nak keizinan, ibu ayah Arif pun boleh uruskan pasal tu." Ujar Laliya. Hujahnya memang terpakai. Memang masuk logik dek akal. Ibu dengan Maklang sama saja statusnya pada Laliya. Makcik.
Aku mengeluh. Buntu mahu bicara apa.
"Dan yang terakhir. Pelajar terbaik sekolah kita. Mendapat A dalam semua subjek. Nombor satu dalam semua darjah. Dipersilakan, adik Muhammad Arif Fahimi bin Abdullah!"
Aku segera bangun dan bergerak ke pantas dengan sedikit kelam kabut. Semua mata tertumpu kepada aku. Ah malunya!
•°•°•°•
"ARIF tak nak masuk sekolah asrama dengan Laliya sekali?" Soal sepupu perempuan aku itu tiba-tiba. Aku menoleh.
"Tak." Balas aku sepatah.
"Kenapa? Arif tak nak teman Liya ke?" Laliya menyoal.
Aku geleng.
"Bukan tak nak teman. Tapi, Arif baru nak merasa ada keluarga sendiri. Baru dua tahun Arif tinggal dengan ibu ayah. Takkan Arif nak tinggalkan diorang pulak.
Bagilah peluang Arif nak berkeluarga. Nak nikmati masa dengan ibu ayah." Soal aku.
Laliya memandang aku dengan wajah kelat. Jawapan aku nampaknya tak memuaskan hatinya. Tapi itu hakikatnya. Hidup aku bukan pasal dia semata-mata. Dia nak lari dari masalah ke atau hal lain, itu bukan masalah aku. Aku dah tolong sedaya yang mampu. Pada akhirnya, dia sendiri yang kena tolong diri dia.
"Kalau macam tu Liya pergi sorang-sorang je lah." Ujar Laliya perlahan. Nadanya kedengaran kecewa.
"Sorry. Tak boleh nak ikut." Ujar aku.
Laliya menggeleng dengan tangan yang sedikit diangkat. Menandakan yang dia faham.
•°•°•°•
"WOI sape pecah kan tingkap ni? Baru first day dah buat hal lah budak-budak ni!" Kedengaran satu suara lelaki dewasa yang kuat datang dari satu blok. Blok yang sama datangnya bunyi kaca pecah tersebut. Aku agak itu suara milik warden.
"Arif.."
Aku menoleh. Laliya. Lupa pula pasal gadis itu.
"Laliya pergi dulu." Ujarnya.
Aku cuma mengangguk.
"Arif tunggu Laliya tau. Laliya pun akan tunggu Arif. Janji." Gadis itu sempat berpesan sebelum meninggalkan aku sendirian di halaman sekolah.
Aku terpinga-pinga. Apa maksud dia?
•°•°•°•
"LALIYA cakap apa tadi?" Soal ibu sebaik sahaja aku menaiki kenderaan. Ayah yang tampak fokus memandu pun nampaknya sedang memasang telinga.
"Dia cakap terima kasih kat Mi. Dia suruh sampaikan terima kasih juga dekat korang sebab jaga dan bagi makan kat dia semua." Ujar aku. Sehabis boleh menjelaskannya semudah yang mungkin.
"Mi sendiri macam mana? Dah ready ke nak masuk sekolah baru? Naik tingkatan 1?" Soal ayah pula.
Aku tersengih. Cuba menghilangkan rasa hati yang gusar.
"Mi nervous sebenarnya. Rasa macam nak cuti je harini. Tapi nak buat macam mana. Hadap jele." Balas aku bersahaja.
"Jangan. Kalau Mi ponteng hari pertama sekolah, lagi-lagi masa tingkatan 1 memang rugi. Nanti masa tingkatan 5, hal tu lah yang akan jadi kenangan indah. Hari orientasi." Ujar ibu. Nadanya sedikit lembut.
"Alah.. nervous tu normal. Ibu ayah pun rasa juga benda tu. Lagi-lagi untuk benda yang baru. Masa nak jadikan Mi anak angkat pun kitorang nervous. Masa jumpa Mi depan-depan pun sama. Kan, yang?" Ujar ayah. Dia memandang ibu buat seketika. Memberi signal untuk wanita itu menyambung usahanya dalam menenteramkan perasaan aku.
"Betul kata ayah. Masa jumpa Mi tu, kitorang risau juga kalau Mi tak setuju. Takut juga kalau Mi tak suka kitorang. Tak selesa ngan kitorang. Banyak juga yang kitorang fikir. Nak buat apa? Nak cakap apa? Semua lah. Tapi, macam Mi cakap. Akhirnya, kitorang hadap jelah. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak, takde rezeki lah. Dan akhirnya, kita kat sini. Kami dah berjaya jadikan Mi anak kitorang." Sambung ibu.
Ayah melebarkan senyuman yang dah sedia terukir di wajahnya.
"Masa tu Mi baru 11 tahun. Sekarang dah 13. Kejap je waktu berlalu." Ujar ayah. Matanya kelihatan sedikit berkaca. Terharu.
"Terima kasih ibu, ayah sebab jaga Mi dengan baik. Mi sayang korang." Ujar aku tiba-tiba. Terikut dalam larutan emosi.
"Ibu pun sayang Mi." Ujar ibu.
"Ayah pun." Ayah tak mahu ketinggalan.
Kami semua tersenyum.
A/N : Laliya's arc - The end.
Akhirnya, lepas pun fasa ni. Dah boleh fokus sepenuhnya pasal Arif dan Paklong. Tahniah, korang da sampai ke fasa yang terakhir!
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...