TU-JUH

213 7 2
                                    

"ADUH.. kat mana kita nak cari diorang? Tempat ni bukan kecik." Tahriq bersuara.

Memecahkan kesunyian malam yang melingar. Aku tak menafikan apa yang Tahriq cakapkan tu. Tempat ni memang besar.

Bayangkan rumah agam yang besar bak istana ni berada di tengah-tengah. Dari pintu gerbang ke hadapan rumah agam ni ada satu jalan. Biasanya orang akan bawa masuk kereta melewati pintu gerbang dan terus ke garaj kereta yang dekat dengan rumah agam. Kalau tidak, alamatnya berjalan kakilah sejauh mana panjangnya jalan tu.

Di sekeliling rumah ni bukan sahaja ada jalan dan garaj kereta, malah ada dusun sayur dan buah, taman bunga dan reban ayam dan lain-lain lagi. Semua ini berada dalam kelilingan dinding yang tingginya cukup untuk menghalang daripada diceroboh.

"Okay, macam ni. Kau pergi periksa belah kanan, aku periksa belah kiri." Cadang aku pada Tahriq.

Tahriq memandang aku. Wajahnya tampak teragak-agak.

"Takkan takut kot?" Ejek aku sambil tersenyum sumbing.

"Mana ada. Aku nak pergi lah ni." Tahriq mula menapak menjauhi aku. Aku pun bergerak menuju ke destinasi yang tak aku ketahui. Aku ikut je ke mana kaki aku melangkah.

Bunyi-bunyi cengkerik menemani setiap langkah aku. Angin-angin bertiup lembut menyapa tubuh aku. Bunyi-bunyian daripada apa yang aku pijak memecahkan sepi yang bertandang. Bulu roma aku merinding. Teringat cerita-cerita hantu yang pernah aku tonton dan yang Tahriq perkisahkan. Ah, masa ni lah semuanya nak ingat!

Aku meneruskan perjalanan sampai akhirnya aku terdengar dua suara yang saling berlaga. Beradu kuatnya. Sehingga akhirnya..

•°•°•°•

ESAKAN Maklang kedengaran sayu. Entah apa yang membuatkan dia sedih dan berduka. Aku menyembunyikan diri daripada pandangannya.

"Sampai hati awak nak ceraikan saya?" Suara Maklang kedengaran. Suaranya serak.

"Kau tak boleh bagi apa yang aku- apa yang keluarga aku nak, Far." Suara seorang lelaki kedengaran membalas kata-kata Maklang. Ya, lelaki itu adalah suami Maklang. Far merupakan singkatan daripada nama Maklang, Fareha.

"Abang tak sayangkan saya ke? Liya macam mana? Tak ada ke sedikit rasa kasih dan belas abang pada anak kita?" Suara Maklang terdengar lagi. Kali ini sedikit lebih kuat.

"Aku sayang kau, aku sayang Liya. Tapi sayang tak boleh bawa ke mana. Keluarga aku nak anak lelaki dan itu satu kemustahilan untuk kau beri pada aku." Ujar Paklang pula.

"Abang tipu! Abang tak sayangkan kitorang pun. Abang cuma nakkan harta je. Abang khawin dengan saya sebab harta Mak. Lepas tu abang harapkan saya boleh bagi anak lelaki supaya ibu ayah wariskan harta mereka pada abang." Maklang berteriak. Aku macam tak percaya. Mungkin keterampilan Maklang tak seperti Makteh yang berpurdah segala, tapi tutur Maklang sangat teratur dan tertib.

"Aku sayang.. kenapa kau tak faham, Far?" Suara Paklang kedengaran tertekan.

"Kalau sayang, kenapa kita perlu cerai?"

"Aku.."

Ssrkk..

Ah.. aduhai. Aku keluar daripada tempat persembunyian. Semak yang aku langgar tadi mengeluarkan bunyi yang pasti akan disedari oleh mereka berdua.

"Maklang, Paklang.. jom makan. Semua orang dah tunggu kat rumah tu." Aku memberitahu sambil mendekati mereka. Menyampaikan apa yang disuruh oleh Tokwan pada aku dan Tahriq.

PakLong Where stories live. Discover now