"KENAPA duduk sorang-sorang ni, Fahimi?" Suara merdu milik Makteh menyapa lembut di gegendang telinga aku. Aku menoleh. Memandang Makteh dan memberikan senyuman yang tak bertenaga.
"Saya serabutlah Makteh." Balas aku. Aku menoleh kembali - melihat ke luar jendela. Matahari kian naik di tengahari ini. Semua orang sedang buat hal sendiri memandangkan hari ini tiada aktiviti atau plan yang dibuat.
"Serabut kenapa tu?" Makteh menyoal lagi. Dia duduk di sebelah aku.
"Saya rasa saya dah buat silap yang besar. Saya dah buat sesuatu yang saya tak patut buat." Aku mengadu. Sejujurnya aku tak tahu pada siapa yang aku patut mengadu. Aku takut untuk tersilap lagi.
Tangan Makteh tiba-tiba saja terangkat dan diletakkan atas kepala aku. Kepala aku dibelai lembut. Makteh memberikan sebuah senyuman yang mendamaikan jiwa.
"Manusia mana yang tak buat silap? Semua orang buat buat silap, sayang. Cumanya, dalam kesilapan tu pasti ada pelajaran yang akan kita pelajari. Bezanya kat sini untuk setiap orang adalah sama ada diorang akan belajar dari kesilapan tu atau terus mengulangi kesilapan tu." Lembut Makteh menasihati.
Aku menunduk wajah. Memandang lantai. Nasihat yang diberikan memang bagus. Cuma perasaan aku masih lagi tak tenteram. Masih rasa bersalah.
"Apa patut saya buat Makteh kalau kesilapan saya tu membuatkan orang terluka? Padahal saya cuma nak tolong je." Aku meraup wajah.
"Minta maaf. Akui kesalahan yang Fahimi dah buat. Kemudian, berterus terang. Bagitahu kenapa Fahimi buat silap macam tu. Tak ada ruginya dalam berterus terang dan meminta maaf. Macam mana penerimaan orang tu pada kita, itu kita tak boleh nak kawal. Yang penting kita dah minta maaf dan sampaikan apa niat kita." Makteh memandang ke dalam mata aku. Memberikan sedikit kekuatan. Tangan aku dipegangnya.
"Terima kasih Makteh. Saya rasa tenang sikit." Ujar aku.
Makteh mengangguk. Tangan aku dilepaskan.
"Tenangkan diri dulu." Ujar Makteh.
"Lepas kamu dah okay, pergi jumpa Paklang kamu dan buat macam yang Makteh cakapkan." Wanita berpakaian muslimah itu menepuk perlahan belakang badan aku dua kali. Seakan menggesa.
Aku membulatkan mata. Sedikit terkejut.
"Makteh tahu?" Soal aku.
Makteh mengangguk.
"Takde rahsia yang Makteh tak tahu. Dah. Sekarang ni kamu pergi jumpa Paklang." Ujar Makteh. Aku mengangguk.
•°•°•°•
BUNYI engsel pintu yang berkarat kedengaran sebaik sahaja aku membuka pintu bilik Paklang yang tak berkunci.
"Paklang?" Aku mencari kelibat Paklang. Langkah aturkan ke dalam bilik.
"Fahimi.. sini." Suara Paklang yang serak kedengaran. Memanggil dari satu sudut yang terselindung dari pandangan.
Aku menghampirinya.
"Paklang.. okay?" Soal aku.
Paklang menggelengkan kepalanya - lemah.
"Kau buat apa kat sini?" Soalnya kasar.
"Sa.. saya nak minta maaf." Ujar aku sedikit gugup.
Paklang tergelak sinis.
"Maaf tak dapat putarkan balik masa."
"Betul. Tapi saya tetap nak minta maaf! Dan saya nak Paklang tahu, saya bagitahu Tokwan sebab saya tak nak Paklang dan Maklang bercerai. Tu je sebabnya. Saya tak nak Laliya sedih. Paklang tak sayang diorang ke? Paklang nak anak lelaki? Paklang jadikan lah saya anak angkat Paklang." Ujar aku dengan nada sedih.
Paklang menggeleng.
"Aku penat lah dengan soalan ni. Aku sayang diorang. Sumpah aku sayang. Tapi sebab sayang lah aku buat ni.." Kalini nada suara Paklang kembali mengendur. Paklang menarik tubuh aku ke dalam pelukannya.
"Paklang minta maaf juga. Paklang terlanjur berkasar pada kamu. Paklang lupa yang Fahimi masih kecil lagi. Dan untuk soalan kamu tu, Paklang sayang. Sumpah Paklang sayang anak dan isteri Paklang." Sambung Paklang lagi.
Aku memandang wajah Paklang. Rautnya tampak serabut. Matanya redup tak semarah tadi.
"Kalau sayang kenapa Paklang nak cerai?" Soal aku.
Paklang menggelengkan kepalanya.
"Fahimi takkan faham."
"Cuba Paklang buat saya faham. Kalau Paklang tak nak bagitahu Maklang, bagi lah tahu saya. Anggaplah saya macam anak lelaki Paklang." Ujar aku - memandang Paklang dengan penuh mengharap.
"Keluarga Paklang antara keluarga paling kaya dekat Malaysia ni. Nampak macam Tokwan ni kaya kan? Tapi keluarga Paklang atas lagi daripada Tokwan. Hubungan Paklang dengan Maklang kamu sebenarnya tak mendapat restu daripada keluarga Paklang tapi Paklang paksakan juga sampai dapat. Tapi, keluarga Paklang letakkan syarat. Maklang kena kandungkan anak lelaki sebagai pewaris atau Paklang takkan dapat apa-apa daripada diorang.
Tapi sekarang, dah bertahun-tahun berlalu dan Maklang kamu masih tak dapat bagi anak lelaki. Paklang okay dengan itu. Tapi, keluarga Paklang tak fikir macam tu. Setahun dua mereka masih boleh bersabar tapi lama-lama diorang tak dapat tahan sabar.
Keluarga Paklong bukan macam keluarga yang lain. Diorang nak Paklang ceraikan Maklang atau tak, mereka akan buat apa je untuk keluarkan Maklang dari hidup Paklang. Termasuklah..
bunuh."
Aku menelan liur. Terkedu. Macam sebuah cerita drama. Tapi itu realiti untuk Paklang.
"Fahimi tak faham kan? Berat kan cerita ni untuk Fahimi?" Soal Paklang. Dia tersengih dengan raut wajah yang sebal.
"Fahimi faham. Tapi kenapa Paklang tak terus terang je dengan Maklang. Kalau Paklang terus terang, mesti dia faham kenapa Paklang nak cerai." Aku menyampaikan apa yang terfikir pada Paklang.
"Paklang tak nak Maklang terluka. Dia tak tahu pasal apa yang keluarga Paklang rancangkan. Kalau dia tahu, mesti dia akan salahkan diri sendiri. Lagipun, kalau Paklang teruskan, Paklang cumalah suami yang dah tak ada apa-apa. Semuanya akan diambil oleh keluarga Paklang." Ujar Paklang.
"Mana Paklang tahu apa yang Maklang fikir? Macam mana kalau Maklang sanggup hidup dengan Paklang walaupun Paklang takde apa-apa? Macam mana kalau Maklang tak kesah dengan bahaya yang Paklang sebutkan? Tak kesah susah senang dengan Paklang?" Bidas aku.
Paklang terdiam. Aku mengambil peluang itu untuk menyambung lagi.
"Terus terang je Paklang. Tak rugi pun kalau Paklang mencuba. Paklang minta maaf dan terus terang je kenapa Paklang buat semua ni. Saya yakin Maklang akan faham kalau niat Paklang tu betul. " Aku mengambil isi daripada nasihat yang Makteh berikan pada aku sebelumnya.
Paklang masih mendiamkan diri.
"Paklang! Cepat. Sebelum semuanya terlambat. Paklang cari lah Maklang." Aku menggegarkan tubuh Paklang.
"Okay. Paklang cuba." Balas Paklang setelah lama berdiam diri.
"Paklang rasa Paklang tahu dia kat mana." Paklang pantas berdiri dan bergerak ke luar bilik. Sebelum tu sempat dia berkata,
"Terima kasih Fahimi. "
YOU ARE READING
PakLong
Teen FictionLelaki tu punya banyak cerita tapi tak satu orang pun ceritakan tentang lelaki tu pada aku. Pesan ibu, aku tak digalakkan untuk bergaul dengan dia. Pesan ayah, lelaki tu bahaya. Tapi, kenapa? Dan pada satu malam, lelaki tu datang ke bilik aku. Sejak...