Bab 51

53 11 0
                                    



RESAH hati menanggung rindu pada si dia yang belum pasti.

Segala cara telah Armel lakukan untuk menarik perhatian Qaf, tetapi sayangnya... hati lelaki itu hanya terjatuh pada gadis yang amat dibenci oleh Armel.

Seroja Ainul Afiyyah.

Dengar nama sahaja boleh buatkan nasi tak lalu di tekaknya. Jijik sungguh dia. Ilmu mana agaknya yang diguna pakai oleh Oja untuk memikat hati Qaf dan keluarganya. Armel teringin mencuba.

Selagi Qaf belum menjadi miliknya, selagi itulah Armel tidak akan berhenti dari mengganggu rumah tangga mereka.

Bagi Armel, dia berhak menjadi makmum Qaf. Dia layak menjadi isterinya biarpun terpaksa mengisi tempat kedua.

"Rayyan, You pindah rumah baru tak ajak bakal bini You sekali pun. Kan? How dare you." ujar Armel sambil tersenyum tipis.

"You know what... I'll never give up on you, Rayyan. Never."

"I liked you, so you'll be mine."

Berjarak sedikit dari kawasan rumah Qaf, terdapat sebuah kereta berwarna merah milik Armel yang diparkir tidak jauh dari situ. Dia mengintai dari cermin kereta separah terbuka dengan kaca mata hitam tersangkut di batang hidung.

Hujung rambut dimainkan, sebelum Armel menopang dagu di tingkap kereta.

Otak ligat memikirkan sesuatu. Entah ia menjadi atau tidak. Entah ia bakal meruntuhkan kepercayaan Oja terhadap Qaf, entah dia berjaya merenggut kebahagian Oja atau tidak. Semuanya bergantung pada Qaf dan sejauh mana gadis perampas kebahagiaan Armel itu mampu bertahan.

Jika Afiyyah ialah sebuah bahtera yang berlayar di tengah lautan, maka dialah badai yang akan menimpanya kelak.

Dan, jika Qaf mampu menjadi nakhoda. Tidak tewas di tentang ombak mahupun badai. Sememangnya mereka sudah ditakdirkan untuk bersatu.




ENTAH kenapa... Qaf dapat rasakan isterinya sedang menjauh dari dia.

Tingkah yang ditunjukkan oleh Oja mewakili hati yang perlukan penjelasan. Dia ada mata, dia ada telinga, dia punya perasaan. Lantas mengapa Qaf lebih memilih untuk berdiam diri, berbanding berkata secara jujur?

Ya, dia tahu. Kebenaran itu pahit. Dan kejujuran itu sakit. Tetapi perlukah Qaf berbuat sedemikian?

Dia hanya perlukan penjelasan, dan bukannya alasan. Andai Qaf mahu dia pergi, dia akan pergi tanpa di minta.

Qaf menguak rambut ke belakang. Cuba memberanikan diri. Andai ada Apak dan Kal di situ, sudah tentu dirinya akan diejek oleh mereka. Nama sahaja lelaki. Nama sahaja perajurit tanah air. Nama sahaja indah dari rupa, tetapi pengecut dan tidak berani memujuk hati wanita.

Di tangannya terdapat sepinggan berisi buah-buahan yang sudah dipotong. Afiyyah perlukan seseorang untuk menjaga, dan bukannya di jaga.

Langkah kaki diatur menuju ke arah si isteri yang sedang melipat baju di ruang tamu. Qaf datang mendekat. Pinggan tadi diletak di atas meja berhadapan tv sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah Oja.

Jeda.

Oja tidak mahu berbicara sehingga Qaf sendiri yang memulakan. Huh. Masing-masing punya ego tersendiri.

Qaf mengambil t-shirt hitam GGK dari dalam bakul. Kebetulan pula, Oja turut mengambil baju tersebut.

Tapp.

Empat pasang mata saling bertaut rapat. Saling tak berkalih arah tetap saja berlawan mata.

Qaf tak mahu alihkan pandangan. Biar dia nikmati indahnya seraut wajah di hadapan dia ini. Oja pula, tidak mahu mengalah. Dia mahu melipat baju Qaf.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now