Bab 12

55 6 1
                                    

      "Naila Ayana Binti Naim Imran." Jawab Tuan Adhaa dan Puan Jihan serentak. Terkedu Aayaz mendengar nama si gadis yang dipilih kedua ibubapanya untuk menjadi calon isterinya. Matanya terkebil-kebil memandang raut wajah kedua ibubapanya bersilih ganti.

     "Are you kidding me?" Tanya Aayaz bersama dengan tawa kecil yang terlepas daripada bibirnya. Gila! Isteri orang kot tu!

     "Nope! We are serious, hero." Nafi Tuan Adhaa senada. Terus ternganga Aayaz saat mendengar jawapan kepastian daripada Tuan Adhaa. Matanya tidak henti memandang wajah serius kedua ibubapanya bersilih ganti. Sah gila!

     "She is married. Who is legally married to Idrees, her cousin. Takkanlah dia nak kahwin dua pula? Mana boleh perempuan kahwin banyak. Dalam islam dah ditegaskan, hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan kahwin banyak iaitu dengan 4 orang isteri jika berkemampuan dalam kedua-dua nafkahnya. Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan untuk berpoligami, papa." Beritahu Aayaz sekaligus membantah cadangan kedua ibubapanya itu.

     Dalam islam pun dah menegaskan, hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan berkahwin sehingga empat sekiranya dia mampu dari segi zahir dan batin. Tiada langsung dalil dalam islam yang mengatakan perempuan boleh berkahwin lebih daripada satu.

     "She is still single and not married to any man yet, hero." Celah satu suara lelaki yg dia sangat kenal akan gerangan itu. Bapa kepada Naila Ayana, Tuan Naim!

     "Ha?" Tanya Aayaz tidak faham. Matanya kini fokus memandang pasangan suami isteri yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik rawatannya.

     "Single lagi, tapi kenapa? Bukan ke dia dah bertunang haritu?" Tanya Aayaz sendirian didalam hati.

     "Dia tak jadi bertunang disebabkan satu kejadian yang menimpa dia." Beritahu Tuan Adhaa seakan-akan menjawab pertanyaan yang tidak terluah oleh Aayaz itu.

     "Apa yang dah menimpa dia selamani sampai pertunangan tu dibatalkan?" Soal Aayaz dengan penuh rasa ingin tahu yang membuak-buak. Matanya tidak lepas memandang keempat wajah itu bersilih ganti tidak henti, seakan-akan meminta jawapan dengan segera.

     "Dia buta sekarang ni, hero. Dia dah lama buta lepas kemalangan yang menimpa dia dengan kawan sekelas dulu masa dia masih berumur 18 tahun. Dan disebabkan itulah Idrees batalkan pertunangan mereka yang lagi beberapa jam sahaja akan berlangsung masatu. Tak cukup dengan pembatalan itu, Idrees dan mak dia tambahkan pula dengan pelbagai cacian terhadap Aila." Jelas Puan Melati sebak. Air matanya sudah mula mengalir membasahi pipi. Dengan segera Puan Jihan bergegas ke arah sahabatnya untuk menenangkan wanita itu.

     Aayaz hanya diam menghadam dan memproses dengan apa yang baru diketahuinya itu.

     "Mungkin Idrees bukan jodoh yang sudah ditulis buat Aila. Jadi disebabkan itulah diorang tidak mampu disatukan. Lagipun pertunangan yang hampir berlangsung itu bukanlah atas kerelaan mereka berdua. Semuanya atas paksaan ibu kepada Idrees sendiri." Tambah Tuan Naim selepas melihat Aayaz yang kekal diam tanpa sebarang bicara.

     "Jadi kenapa baru sekarang nak beritahu? Kenapa tak daripada awal? Dan kenapa Aila tak bagitahu sendiri? Padahal dia ada banyak masa tadi untuk bagitahu semua ini." Tanya Aayaz bertalu-talu dengan nada kecewa. Dia kecewa kerana baru diberitahu. Dia kecewa kerana gadis itu tidak jujur dengannya, sedangkan banyak waktu terluang buat mereka tadi.

     "Kami baru beritahu kamu sekarang sebab kami taknak ganggu urusan kerja kamu, hero. Kami taknak ganggu kesibukan kamu yang sedang berkorban nyawa demi negara." Jelas Tuan Naim atas asbab kenapa baru sekarang mereka mahu memberitahu jejaka itu akan perkara itu.

Supt's: Mio Caro Where stories live. Discover now