Bab 13

49 4 0
                                    

"Betul ke kamu dah sihat ni, hero? Mama risaulah dengan kamu ni." tanya Puan Jihan dengan nada risau. Bukan boleh percaya sangat putera tunggalnya ini, suka sangat berahsia dengan orang. Terutamanya perihal sakit yang dialaminya.

"Betul, mama. Satu-satunya anak teruna mama ni dah sihat sepenuhnya. Look? I'm alright, right?" Balas Aayaz sekaligus cuba menyakinkan mamanya. Serentak itu, Puan Jihan menoleh ke arah suaminya yang hanya diam sedari tadi.

"He is completely fine now, dear. Don't worry, ok?" Pujuk Tuan Adhaa sekaligus meyakinkan isterinya itu. Dia tahu bertapa risau isterinya ketika itu, memandangkan Aayaz adalah satu-satunya anak yang mereka miliki.

"Yelah." Balas Puan Jihan mengalah. Cuba percaya meskipun hatinya masih tidak yakin.

"Ala mama ni...Hero kan wira dan dah lama dalam dunia pertempuran. Sampai dah jadi salah seorang Superitendant dah pun. I'm strong because I'm Supt. Zayn, mama." Pujuk Aayaz. Tangannya terus naik memeluk erat tubuh kecil Puan Jihan. Dua kali ciuman dilabuhkan masing-masing dikedua belah pipi syurganya itu.

"Ye, mama percaya. But make sure kamu jangan nak aktif sangat buat sementara waktu ni. Biar mama betul-betul yakin dan percaya dengan keadaan kesihatan kamu tu dulu. Boleh?" Balas Puan Jihan. Dia mengalah tetapi tetap bersyarat.

"Boleh, mama! Mama beleklah hero banyak manapun sepanjang cuti ni sebab hero cuti panjang kalini. Hero dengan yang lain dapat cuti setengah tahun disebabkan kejayaan kami dalam menyelesaikan misi berat haritu." Setuju Aayaz. Dan tanpa dia sedar, ayatnya itu seakan-akan memerli si ibu.

PAP!

"ADUHH! SAKITLAH MAMA!" Erang Aayaz kesakitan. Serentak itu tangan kanannya naik mengusap bahu kiri yang baru sahaja ditampar kuat oleh mamanya tadi. Nasiblah luka bahagian itu sudah betul-betul kering. Kalau tidak, memang dia koma dekat sini sekali lagilah jawabnya.

"Ha, padanlah! Siapa suruh kamu gatal sangat nak perli mama. Jadi tanggunglah sendiri." Sinis Puan Jihan. Kadang naik geram juga dia dengan perangai anak teruna sorangnya ini.

"Eii! Mana ada orang perli pun. Lagipun tadi tu bukannya hero sengaja cakap macamtu. Mama ni, sejak hero dah lama tak balik, jadi makin garang ehh. Makin berbisa tam-", ...

PAP!

Sekali lagi tampar berbisa daripada Puan Jihan selamat menghinggap dibahu anaknya, Aayaz Zayyan.

"AAAAA! MAMA! SAKITLAH!" Rengek Aayaz. Tangan kanannya kembali naik menggosok bahu kirinya yang terasa perit itu. Rasanya bahu dia boleh bengkak sebelah ni kalau kena sekali lagi tamparan berbisa daripada mamanya itu. Rasa senak gila!

Tuan Adhaa hanya diam melihat adegan diantara isteri dan anaknya itu. Hari-harinya sentiasa terasa bahagia tidak henti. Kehadiran isteri dan anak didalam kehidupan seorang lelaki yang bergelar suami akan sentiasa memberi kebahagiaan, ketenangan dan rezeki kepadanya setiap hari.

"Sudah. Sudah. Jom kita balik rumah." Celah Tuan Adhaa. Kalau dibiarkan anak dan isterinya itu bergaduh, rasanya sampai ke malam pun masih tak habis lagi ni.

Terus terhenti perbalahan manja yang berlaku diantara Puan Jihan dan Aayaz sebaik sahaja Tuan Adhaa mencelah.

"Ok!" Balas mereka serentak. Kaki terus mula melangkah mengikuti langkah Tuan Adhaa keluar daripada bilik itu.

Hari ini, Aayaz telahpun dibenarkan pulang ke rumah selepas ditahan wad. Maka, bermulalah kisah barunya semasa cuti panjang ini.




"Assalamualaikum!" Ucap Arash dan Areez serentak dihadapan pintu rumah Aayaz. Baru je dua hari lepas Aayaz balik daripada hospital, harini diorang dah berpakat tiga datang melawat.

Supt's: Mio Caro Where stories live. Discover now