Bab 34

43 4 0
                                    

       "My son already makes the choices so what about you two? Are both of you agree?" Tanya Tengku Adyan inginkan jawapan daripada kedua jejaka yang dipilih anaknya itu.

Sebelum menjawab, sempat Asyraaf menilik riak wajah setiap sahabatnya. Terutama sekali Areez dan Arash yang tidak terpilih itu. Tanpa sedar, satu keluhan terlepas perlahan daripada bibirnya.

"Maafkan saya, Ku Dyan." Tersentak mereka yang lain mendengar apa yang diucapkan Asyraaf saat itu. Tidak memahami apa yang cuba sampaikan Asyraaf.

"Maksud awak?" Tanya Tengku Adyan tidak faham. Baru kali ini dia rasa otaknya lambat berfungsi dan tidak mampu untuk membaca riak wajah seseorang.

Supt. Haez yang juga merupakan ketua kepada Hell's Killer benar-benar bukan seperti yang dia bayangkan selama ini. Jejaka itu benar-benar berbeza daripada yang lain. Dia terlalu bijak menyembunyikan riak sebenar disebalik riak tenang tanpa senyumannya itu. Sampaikan dia juga tidak mampu membacanya.

"Maaf sebab saya terpaksa membantah dan menolak pemilihan ni. Bukan kerana saya tidak bersyukur atau ingin melanggar perintah tetapi disebabkan saya mahukan keutamaan buat sahabat saya. Mereka adalah antara yang terpenting dalam hidup saya. Saya mahu mereka mendahului saya. Saya tidak kisah jika menjadi yang terakhir tapi tidak bagi mereka. Jadi saya mohon sangat dengan Ku Dyan untuk memilih yang lain selain saya." Jelas Asyraaf. Terkelu mereka sebaik sahaja mendengar penjelasan itu.

"Zeeq!" Jerit mereka bertiga sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh ketua mereka itu.

Terus tersenyum Tengku Adyan saat mendengarkan permintaan daripada Asyraaf itu. Kepalanya mengangguk kecil. Kini dia sudah faham kenapa jejaka itu lebih banyak diam dan bijak menyembunyikan riak sebenarnya. Pengorbanan jejaka itu benar-benar bukan dalam jangkauannya langsung.

Demi sahabat, jejaka itu merelakan segala keuntungan yang dia dapati. Kerana tidak mahu membuatkan dua lagi sahabatnya merasa tidak adil, dia rela meletakkan dirinya diakhir pemilihan. Meskipun dia terlebih layak dan sepatutnya berada diawal pemilihan. Memang tidak dapat dinafikan bertapa tingginya jiwa seorang ketua didalam diri jejaka itu.


"Are you very sure and confident in what you have say and choose?" Tanya Tengku Adyan inginkan kepastian setelah lama berdiam. Meskipun dia tahu jawapan yang bakal dinyatakan jejaka itu.

"I am very sure and confident with what I have say and choose, Ku Dyan." Muktamad Asyraaf dengan tekad. Jawapannya tetap sama dan takkan berubah walau bagaimana sekali pun.

"How about you, my son? What do you think?" Tanya Tengku Adyan terhadap anaknya pula. Jelas terlihat riak kecewa diwajah anaknya itu.

"I don't know, but for now I just the two of them. I can't choose another one anymore." Balas Tengku Areez dengan nada kecewanya. Sedikit sebanyak ia berjaya membuatkan Asyraaf berasa bersalah.

"I'm sorry." Ucap Asyraaf khas buat Tengku Areez.

"It's ok and I'm sorry too because I can't make the choice like what you ask. I think my daddy also same like me now." Pujuk Tengku Areez. Pujukan yang bukannya melegakan hati tetapi menambahkan lagi rasa bersalah dihati Asyraaf.

"Jadi keputusan kamu? Supt. Zayn seorang sahaja?" Tanya Tengku Adyan inginkan kepastian daripada anaknya.

"Yes, only him for now on although I hope others will also been selected. And I really hope Supt. Haez will change his decision one day later." Muktamad Tengku Areez. Serentak itu juga dia melompat turun daripada riba si bapa. Langkahnya kembali terhenti selepas beberapa langkah akibat pertanyaan yang diajukan.

Supt's: Mio Caro Where stories live. Discover now