Nasib Fana lebih baik dari aku. Selepas keputusan SPM keluar dua tahun lepas, aku terus duduk dikampung. Keputusan peperiksaan aku taklah teruk mana, cuma cukup-cukup makan je. Kalaulah aku tak demam teruk masa exam SPM tu, aku rasa mesti dah sama-sama belajar dengan Fana. Astagfirullah al'azim. Tak baik salahkan takdir. Mungkin ada hikmah yang Allah nak bagi. Hurmm.. Aku redha.
Bertimpa-timpa dugaan yang aku dapat sejak dua menjak ni. Subhanallah, susahnya nak jadi hamba Allah yang baik kan? Tapi aku tetap bersyukur, sekuat mana ujian yang datang. Aku masih boleh tersenyum. Sampai mak pun naik pelik dengan aku. Tabah sangat. Nampak je tabah, dalam hati ni dah melantun-lantun gundah gulananya.
Mataku terpandang frame gambar diatas meja sisi katil. Gambar disaat Mak Nah menyarung cincin dijari manisku. Dah dekat sebulan peristiwa kecewa itu berlalu. Dalam masa aku sibukkan diri dengan macam-macam jenis kerja, baru sekarang aku perasan frame gambar tu masih utuh disitu tanpa beralih tempat. Kalau orang lain mesti dah lempar ke dinding kan?
Buat apalah nak buat macam tu,kenyataannya takdir tu tak boleh diubah. Perlahan aku mengambilnya. Urmm, manis jugak aku ni ye? Patutlah Mak Nah marah sangat kat Razif. Alahai Mak Nak, tak ada rezeki kite nak jadi menantu VS mentua. Bakal menantu Mak Nah pun jauh lebih cantik dari kita. Lebih berpelajaran, dan dia dah jadi permaisuri dihati anak Mak Nah tu. Kita ni, jangan kan jadi pemaisuri. Jadi tukang lap cermin kat hati dia pun belum tentu tercalon.
Mengeluh sekejap, buang rasa perit dihati. Terkilan usah dicakaplah, terlalu terkilan. Ada baiknya aku simpan gambar ni kat bawah katil je. Eh, tak boleh. Nanti cencorot makan pulak. Tikus 'kesayangan' mak tu kalau dah dapat makan, kayu pun dia rasa macam keju.
Kalau macam tu, aku simpan kat reban ayam katek mak. Eh! Tak boleh! Hina sangat la pulak. Apa kata kalau aku simpan kau kat sini. Perlahan aku letakkan frame gambar itu didalam laci almari cermin yang paling bawah sekali. Dalam laci itu juga ada macam-macam jenis kenangan bersama Razif yang aku simpan. Aku pernah nak pulangkan semuanya, tapi empunya barang tak nak. Katanya dia ikhlas bagi semua tu. Dia cakap, kalau dah tak nak sangat, buang saja. Tapi! Kalau aku buang, rasanya akulah manusia yang tak reti bersyukur!
Gila apa nak buang satu set barang kemas hadiah pertunangan dulu? Kain hela sutera yang masih belum berjahit, satu album gambar yang berjuta-juta memori yang susah nak dilupakan, dan yang paling berharga ialah baju pernikahan berwarna putih ini. Adoi, boleh meleleh air mata tiap kali terpandang baju jubah maxi itu. Kalau diikutkan, lagi tiga minggu lagi pernikahkan antara aku dan Razif akan berlangsung. Tapi takdir tidak berpihak kepadaku, aku redha. Biarpun sakit nak terima semua ni. Teringat pertemuan pertama selepas hampir setengah tahun tak berjumpa, dan akhirnya ia juga adalah pertemuan terakhir yang mengakhiri segala-galanya.....
***********
"Eh, abang. Awal pulak sampainya, kata pukul tiga. Lama tunggu? Sorry, tadi Zirah ambik Jihah kat rumah kawan dia." Seperti biasaaku mesti bawak Jihah sekali bila berjumpa dengan Razif. Dan Razif akan bawa adiknya juga yang bernama Yayah. Biasalah darah manis, tak elok berdua-duaan. Dan sejak bercinta lagi mereka akan membawa adik masing-masing bila bertemu.
Kisah cinta aku tak seindah macam korang. Kisah cinta aku ni pelik! Sampai sekarang Fana masih 'ternganga' tak percaya yang aku akhirnya jadi tunang Razif. Ha..ha! Ratu membuli ditawan oleh mamat kaki buku? Ajaib!
Razif masih terdiam sambil matanya melontar jauh memandang Jihah dan Yayah yang sedang bermain ombak berhampiran kami.
"Ada apa nak jumpa ni? Mak Nah kan tak bagi kita berjumpa." Lama sangat menanti ayat dari mulut lelaki itu, aku cuba bersuara. Kalau setakat nak duduk sini teman dia mengelamun, baik aku balik je. Kat rumah tu banyak benda aku kena buat. Kena habiskan buat bunga telur yang lagi sekotak, hantaran yang masih berselerak dalam bilik, kad kahwin yang berkepuk-kepuk diatas meja tanpa diusik sejak seminggu diterima tempoh hari. Haaaihhh! Banyaknya kerja kalau nak kahwin ni.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧