AKU menggeleng-gelengkan kepala melihat Emel masih diatas katil. Jenuhlah aku tunggu dia kat bawah, rupanya dia sambung tidur lepas bersiap tadi. Wajah suami ku itu aku tatap lama. Sentiasa pucat.
Ya Allah jika ada sesuatu ujian yang sangat berat menimpanya, kau tabahkan hatinya. Sesungguhnya dia amat mencintaiMu. Abang, selagi Zirah isteri abang. Tak akan sedetik pun Zirah jauh dari abang. Dan membiarkan abang seorang diri hadapi ujian. In sya Allah. Melainkan, abang sendiri yang meminta Zirah pergi dari hidup abang.
"Dah pukul berapa?"
Tersentak aku dari lamunan bila mendengar soalan itu. Cepat-cepat aku mengelap air mata yang tiba-tiba berlenang ditubir mata. Aku melemparkan senyuman yang paling manis buat suamiku.
"Pukul 7.50. Abang larat tak nak pergi kerja hari ni?" Aku melabuhkan duduk disebelahnya.
Soalan aku itu dibiarkan sepi. Mata Emel memfokuskan kearah mata Zirah. "Kenapa ni?" Soalnya lembut sambil tangannya mahu menyentuh hujung mata isterinya.
Cepat-cepat Zirah memegang tangan Emel itu. Senyuman terukir. "Tak ada apa-apa, mata Zirah masuk habuk."
"Masuk habuk? Macam mana boleh jadi macam tu? Mari sini.." Emel merapatkan dirinya dengan isterinya dan kemudian di sentuh kelopak mata Zirah dan ditiup perlahan.
Zirah tersenyum. Tak akan lah aku tak dapat untuk meneka setiap tindakannya terhadap aku itu merupakan rasa cinta dia yang sukar untuk dia luahkan. Aku menyentuh tangannya dan secara automatik Emel terdiam dari perbuatannya.
Zirah dengan perlahan mencium dahi suaminya. "Zirah tak ada apa-apa lah sayang. Sikit je ni. Terima kasih." Luah Zirah sambil tersenyum.
Emel pula yang jadi terkedu dengan tindakan drastik isterinya itu. Tak dinafikan, Zirah memang suka buat kejutan yang boleh buataku sendiri terkedu. Kalaulah aku punya masa, akan aku jagamu sepanjang detik usiaku. Bisik hati Emel.
"Abang. Berangan pulak dia. Jom cepat, kata nak pergi kerja. Kang Zirah tahan tak bagi pergi kerja kang. Dah-dah jom.." Zirah terus menarik tangan Emel untuk berdiri. Kemudian diletakkan tangan Emel melingkari pinggangnya. Alahai, gediknya aku!
Emel hanya tersenyum melihat reaksi Zirah yang manja itu. Nampak benar kebahagiaan diwajah wanita itu.
*******
SETELAH selensai kerja-kerja dibawah. Urusan kerjanya disambung ditingkat tiga. Adam yang ada didalam pelukkanku, perlahan-lahan aku letakkan disebelah Ammar. Seperti biasa, Adam akan terjaga.
Awal pagi tadi, bibik dan Ummi dah siap-siapkan Ammar. Dilap dan ditukar apa yang perlu. Giliran aku pula untuk menjaga dan menemani Ammar sehingga Bibik selensaikan tugasnya.
Nak ketawa pun ada, melihat baju Ammar sama dengan baju dipakai oleh Adam. Ini semua aku punya idea. Baju T-ShirtPolo putih itu dipadankan dengan baju T-Shirt putih yang dipakai Adam. Adam siap berseluar pendek dan berstoking panjang lagi tau. Dah macam nak pergi main golf pulak si Adam ni. Hensem sangat!
"Along, mana Along letak gitar haritu? Tiba-tiba Zirah rasa gatal tangan nak mencuba. Hehe.." Aku terus menuju ke arah sudut hujung sana.
Tiba-tiba bunyi tangisan Adam yang kuat itu membuatkan aku tersentak. Tak pernah Adam menangis tiba-tiba macam tu. Dengan segera aku berlari semula ke katil.
Aku cuba untuk mengambil Adam, namun aku tersentak bila tanganku digenggam kemas! Laju saja aku menolah ke arah tanganku.Terketar-ketar bibirku bila melihat tangan Ammar memegang erat lengan tanganku.
Aku melontar pandang ke arah Ammar. Wajah itu seolah-olah berkeriut menahan sakit walaupun matanya masih terpejam. Ya Allah!!
"Along! Along kenapa ni? Along! Jangan buat Zirah risau! Bibik! Mak Ngah!!!!!" jeritku kuat.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romansakadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧