BAB LIMA BELAS

2 0 0
                                    

ARGHH! Tercungap-cungap seketika aku dibuatnya. Peluh yang menitik deras di dahi aku seka. Tidur yang lena tadi dikejutkan dengan mimpi aneh dan menyesakkan hati. Astagfirullahal'azim! Aku mengucapkannya berkali-kali sambil mengurut dada.

Mimpi tadi bukan mimpi ngeri atau menyeramkan. Cuma mimpi tadi membuatkan hati aku rasa sesak dengan rasa.. er.. rasa. Entah, aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Yang penting aku cuma terkejut bila ada seorang lelaki memeluk aku erat. Sayangnya aku tak sempat nak tengok muka dia.

Melihat jam disebelah, masih pukul 3 pagi. Mata pulak dah tak boleh nak tutup balik. Macam kena renjatan elektrik pulak! Mungkin Allah kejutkan aku untuk bersolat dipagi hari ni. Alhamdulillah, aku insan terpilih malam ni.

Perlahan aku ke bilik air mengambil wuduk dan kembali ke bilik untuk menunaikan solat tahajud dua rakaat. Setelah selensai, aku berdoa dan berzikir. Tiba-tiba aku terpanggil untuk melakukan sesuatu. Aku tersenyum, pantas aku mencapai Al-Quran yang berserta terjemahannya keluar dari bilik tanpa menanggalkan telekung.

Sampai saja ditingkat tiga, aku terus menarik kerusi menghampiri katil Ammar. Dah hampir dua minggu aku asyik berkomunikasi dengan Ammar tanpa disedari sesiapa pun penghuni rumah ni. Aku masuk bilik ni pun bila orang lain tengah sibuk dengan kerja mereka masing-masing.

"Awak. Tadikan kita mimpi tau, tu kita terjaga ni. Kita tiba-tiba teringin nak bacakan awak terjemahan Al-Quran ni. Kita bacakan, nanti kita sama-sama cerita maksud ayat ni. Nak?" Aku tersenyum sendiri walaupun aku tahu jasad di hadapan aku ni tak nampak pun senyuman aku.

Surah pilihanku adalah Al-Qalam. Surah ini mempunyai maksud yang sangat baik kalau kita faham. Surah ini mengajar dan mengingatkan kita bahawa setiap sesuatu itu semua milik Allah. Allah berhak memberi, dan mengambilnya kembali. Segalanya dibawah kekuasaannya, subhanallah maha suci Allah pemilik sekalian alam.

Surah Al-Qalam ayat 17-32 yang mengisahkan tuan pemilik kebun yang baru berniat tidak akan memberikan sedekah kepada orang-orang miskin pada esok hari. Mereka dengan megah mengatakan bahawa hasil dari kebun mereka itu adalah hasil daripada usaha mereka tanpa mengucapkan syukur kepada Allah yang memberi segala nikmat. Mereka merancang untuk mengutip hasil itu pada keesokan harinya. Mereka terlalu yakin semua hasil itu adalah milik mereka dan boleh dikutip pada keesokkan paginya tanpa mengucapkan 'Insyallah'.

Dengan takdir Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu, pada malam hari itu seluruh kebun mereka habis terbakar. Lantas Allah memberikan bala bencana pada kebun mereka dengan menjadikan kebun mereka seperti arang pada malam itu (ketika mereka sedang tidur nyenyak). Tidak tinggal sedikit pun. Keesokkan paginya ketika mereka mahu mengutip hasilnya, mereka terkejut melihat kebun mereka hangus terbakar. Barulah mereka menyesal dan menyedari bahawa segala yang ada dilangit dan dibumi adalah milik Allah. Wajib untuk kita sentiasa bersyukur dan bergantung harap kepada Allah pada setiap sesuatu. Subhanallah, moga kita tidak digolongkan dikalangan orang-orang yang rugi.

"Sodakallah hul azim.." Aku tersenyum buat sekian kalinya. Aku meletakkan Tafsir Al-Quran kecil itu ke atas meja. Gaya aku menerangkan ayat ini macam bercerita dengan budak kecil je. Aku tahu dia dengar.

"Bestkan baca Al-Quran? Kadang-kadang bila kita baca boleh jadi ketagih tau. Asyik teringat-ingat nak baca je. Subhanallah moga Allah kekalkan rasa tu. Mesti awak pelikkan kenapa saya suka bercakap dengan awak. Nak tahu sebab apa? Sebab awak tak akan balas setiap apa yang saya cakap! Itu yang best tu. Kalau saya kutuk awak depan-depan pun awak tak akan marah punya kan?" Aku ketawa perlahan.

"Kadang-kadang saya teringin nak tahu kenapa awak jadi macam ni. Cuma saya tak berapa berani nak bertanya kat dorang semua. Saya takut kalau soalan saya ni buat dorang makin sedih. Apa pun, saya nak satu hari nanti awak sihat! Umi dan Walid sayang sangat dengan awak. Apatah lagi adik awak si Anis tu. Tapi Emel? Urmm, itu saya tak tahu. Sebab saya tak pernah jumpa manusia yang tak berperasaan macam dia! Dan buat pengetahuan awak, saya tak suka dia sejak pertama kali saya jumpa dia! Saya dah blacklist muka dia dalam kepala otak saya. Huh! Sangat meloyakan! Ish, tak baik kutuk orang kan? Astagfirullah al'azim. Tak boleh kawal pulak mulut ni. He..he..." Aku menekup mulut sambil tersenyum. Wajah yang kaku itu hanya terkaku tanpa riak. Eh, mestilah. Dah nama pun koma, kalau dia tiba-tiba tersenyum aku rasa.. Aku pulak yang koma kut kat sini.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now