BAB TIGA PULUH EMPAT

2 1 0
                                    

DENGAN senyuman, aku menggosok baju kemeja Emel. Oleh kerana hari ni aku pakai Skirt gaun ringkas berwarna kelabu. So, baju kerja Emel pun kena warna yang sama. Adam pun pakai baju berwarna yang sama. Dan sekarang Adam temankan aku kat bilik baju ni. Setelah disumbatkan pacifier dan dibaringkan diatas sofa panjang. Adam diam sambil memerhatikanku. Saja bawak dia kesini, buat kawan. Ha..ha..

"Adam sayang! Adam teman ibu ye? Aloloh, Baiknya dia." Aku tersenyum melihat Adam tersenyum, seolah-olah faham apa yang aku cakap. Biarlah dia tak faham pun, selama ni Adam sajalah kawan aku membebel. Dan sejak seminggu lalu, Ummi suruh Adam panggil aku 'Ibu'. Emel pula 'Babah'. Alolorh, sweet nya! Rasa macam dah ada anak pulak ha..ha!

"Ye Ummi, Anis nak carilah ni." Kedengaran suara Anis diambang pintu.

"Ummi suruh cari apa Nis?" Tegurku.

"Owh! Nenek!" Anis melatah! Terkejut bila ditegur begitu. Tak perasan pulak Kak Zirah ada dalam bilik ni.

"Akak! Terkejut Anis tau. Wah! Cantiknya akak sejak dua menjak ni!" Anis buat muka teruja! Kalau dulu, nak suruh Kak Zirah pakai baju kurung pun.. Ya Ampun!! Punyalah payah. Berkejar aku satu rumah!

Zirah menjelirkan lidah. "Tak ada duit kecik nak bagi. Tak payah nak perli sangat."

Anis duduk di sisi Adam. "Ish! Orang serius ni, cantik tau! Macam nilah baru kakak ipar Anis! Yeah! Boleh lah akak teman Anis bershopping lepas ni. Yeah! Ada geng! Acu ada geng Adam." Anis mencium pipi montel Adam.

"Banyaklah kamu. Ni dah pukul berapa ni, tak sekolah ke?" Malas nak layan Si Anis ni, kang melarat pulak ke segment panduan mengorat. Bukan betul sangat adik ipar aku ni!

"Alamak! Adoi, Anis nak cari tudung Ummi. Sekarang dah pukul berapa kak?" Kelam kabut Anis membuka pintu almari mencari tudung yang dimaksudkan.

"Lagi tiga minit pukul 7.30." Jawabku bersahaja tanpa memandang langsung jam ditangan. Macamlah kepala otak aku ni ada jam dinding!

"Ha???! Dah lambat!" Terlompat-lompat Anis dibuatnya. Ditarik tudung berwarna hitam itu dan berlari laju keluar. Namun dia berpatah balik, terkocoh-kocoh mencium tangan Zirah dan mencium pipi kakak iparnya itu. "Sayang Akak, okey bye!" berlari dia laju.

Aku ketawa sambil memandang jam didinding. Baru pukul 6.45 pagi! Kejup lagi mesti ada bunyi tarzan panggil nama aku. Tak percaya tunggulah.

"ARGH! TIDAK!!! KAK ZIRAHHHH!!!!!!!!!" Naik bergegar satu rumah! Jeritan Anis itu mampu membunuh beberapa ekor cicak! Ha..haa..ha!! Aku hanya ketawa.

Tadaaa!! Siap semuanya! Semuanya! Jam di dinding dipandang. Dah dekat pukul 8. Mana pulak Emel ni? Tak ada pun kat dalam bilik.

"Mana Babah ye sayang?" Adam yang berbaring diatas katil diambil. Tak akan kat ruang solat lagi? Perlahan aku menuju ke bilik solat.

Kelihatan Emel sedang terbaring,tidur rupanya! Lantas didekati suaminya itu. "Abang, kenapa tidur kat sini?" Aku duduk bersimpuh disebelah Emel sambil mengejutkannya.

Emel terjaga. Dia tersenyum. "Dah pukul berapa?" Soalnya sambil meletakkan kepalanya diriba isterinya dan matanya juga masih terpejam. Namun sempat lagi diambil Adam dari dukunganku, lalu diletakkan didadanya.

Aku tersenyum. "Dah pukul 8. Abang tak pergi kerja ke?" Aku memicit-micit kepala Emel perlahan dan lembut. Sejak dua menjak ni, wajah lelaki ini pucat. Malah, pendiam. Tak ada lagi aku dengar suara dia berlawan kata dengan aku. Hanya suara lemahnya saja yang sering ringan memujuk ku bila aku merajuk.

Ya Allah, indahnya jodoh yang Kau berikan. Aku sangat bersyukur menjadi isterinya. Menjadi sebahagian dari dirinya. Moga kau sentiasa kurniakan dia kesihatan yang baik dan rahmatilah dia. Amin.. Sesungguhnya, dia sentiasa menyanyangiMu.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now