BAB EMPAT PULUH ENAM

4 1 0
                                    

SELAMAT PAGI DUNIA! Terutama sekali suami saya. Assalamualikum.. Eh, macam mana dia nak dengar kalau dia pun tengah tidur lagi? Selepas solat subuh tadi, Emel kembali tidur diatas katil. Katanya dia nak tidur kejup je, mengantuk sangat! Kuat tidur betul..

Kejup apanya, dah pukul 7.49 pagi. Daripada aku busuk tak mandi dah mandi dah, sampailah sempat aku mandikan Adam. Emel masih tak bangun lagi.

Perlahan aku mendaki katil. Tangan kanan Emel yang mendepa itu membuatkan aku merebahkan kepala diatas lengannya. Tangan kananku memeluk tubuh Emel. Kepalaku mendongak memandang wajah tenang suami ku yang sedang tidur itu. Inilah wajah sebenar Emel, tenang.. Comel, dan hensem!

"Abang.. Bangun, tak nak pergi kerja ke?" Aku kejutkannya perlahan. Namun tiada reaksi pun.

Aku berbaring membelakanginya. Jari jemarinya aku pegang dan genggam kemas. Sambil bermain-main dengan jari-jemarinya, aku bersuara. "Kalau tak kerja pun tak apakan? Tak payah kerjalah. Temankan Zirah kat rumah ni. Okey, tidur-tidur.. Zirah dodoikan ye." Jahatnya aku ni kan? Ah, nantaklah. Kalau Emel ada cuti pun, masanya bukan untuk aku. Tapi untuk Myra! Kalau hari isnin ni Emel cuti. Mungkin masanya ada untukku, sebab Myra kerja hari ini! Yeah!!

Emel yang mendengar Zirah membebel itu hanya tersenyum. Nakalnya isteri aku ni. Tak nak bagi aku kerja, siap suruh aku tidur lagi? Dengan tiba-tiba Emel mengereng dan dipeluk erat pingang Zirah. Emel meletakkan dagunya diatas ubun-ubun Zirah. "Owh, jahat eh. Hasut Abang tak payah pergi kerja?" Bisik Emel perlahan ke telinga Zirah.

Zirah yang hampir-hampir terlelap ketika menepuk-nepuk tengan Emel tadi tersentak! Terkebil-kebil matanya. Namun seketika kemudian dia ketawa. Dah bangun pun..

Zirah memusingkan badannya menghadap Emel. Makin kemas Emel memeluk pinggangnya. Didongakkan kepalanya memandang wajah suaminya yang turut memandangnya. Senyuman dilemparkan. "Tak boleh eh? Kalau abang cuti hari ni kan best. Boleh duduk rumah dengan Zirah."

Emel tersenyum. Dicuit hidungisterinya. "Mana boleh sayang.. Nanti Walid marah pulak."

Zirah mencebik hampa. "Kalau macam tu, tak apalah. Abang tak nak bangun ke? Kata nak kerja. Zirah dah siapakan baju Abang. Urmm.. Zirah nak turun bawah pergi dapur ni." Macam mana aku nak bangun kalau Emel masih kemas memelukku.

Emel tahu Zirah merajuk. Tapi dibiarkan saja. Diusap pipi Zirah dan dicium pipi itu. "Okey.." Emel melepaskan pelukkannya dan bangun menuju ke bilik air. Semakin kerap pula aku ni ke ke bilik air. Dalam sehari mahu sepuluh kali aku ke bilik air. Entah, aku pun tak faham.

Zirah mengeluh! Suruh cuti sehari pun susah. Sayang sangat dengan kerja dia. Atau dia sayang sangat dengan 'pekerja baru' dia tu? Aku bangun dan terus keluar dari bilik menuju ke arah dapur.

Kelihatan Emel menuju ke ruang makan bersama Ummi, aku lihat Emel sedang gelak ketawa dengan Ummi. Melihat Emel sudah berada di meja makan, aku meminta izin keruang makan untuk menemaninya. Baru saja aku mahu melabuhkan duduk disebelah kerusi Emel, Myra muncul terlebih dahulu. Kerusi yang telah aku pegang itu diduduki pantas oleh Myra. Aku terdiam!

"Selamat pagi Abang! Dan Kak Zirah jugak." Myra tersenyum padaku.

Aku membalas senyumannya, tawar. Perlahan aku berlalu duduk berhadapan dengan Emel. Baru aku mahu mencapai pinggan Emel, dengan laju Myra mencedukkan Bihun Goreng kedalam pinggan Emel. Tergamam aku dibuatnya. Aku masih berdiam lagi. Sabar wahai hati!

"Abang ni Kak, dia suka makan bihun goreng Mak Ngah. Tapi bila breakfast, dia lebih suka makan dalam kuantiti yang sikit. Kalau tak, perut dia meragam. Betul tak Abang?" Myra terlebih rajin bersuara. Kata-katanya itu dibalas oleh Emel dengan anggukkan. Mengiyakan kata Myra.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now