"BUKAN macam itulah. Macam ni." Mak Ngah mula pening dengan menantu majikannya ini.Tepung yang diuli oleh Zirah itu dah macam tepung cair! Ini nak buat karipap ke, nak buat cucur bawang?
Habis muka Zirah comot dengan tepung bercalit sana sini. Zirah mencebik, Mak Ngah ni garang! Nak ajar orang masak karipap ke, nak ajar orang bersilat? Mulutnya kembali mencebik sedih.
"Hah, kok mulutnya panjang kayak gitu loh?" Bibik yang memerhati sejak tadi hanya ketawa saja. Bukan nak tolong! Sedih tau!
"Zirah nak masak karipap je, bukan nak belatih silat cekak. Mak Ngah janganlah bengis macam ni. Takut tau tak." Saja aku nak mengadu.
Mak Ngah yang dari tadi asyik terjegil-jegil biji matanya perlahan-lahan tersenyum dan akhirnya ketawa. Adoi budak ni, boleh buat aku semput tau tak. "Habis tu kamu ni susah sangat nak diajar memasak. Orang suruh buat ni, dia buat lain."
"Zirah kalau uli tanah tu, tahulah. Nak uli tepung ni susah betul!" Kalau bukan disebabkan ini makanan kegemaran Emel, koma pengsan balik pun aku tak nak ambil tahu!
"Hah, melawan! Melawan! Budak inilah.. Ini dah nak menjadi dah karipap kamu ni. Tambah tepung lagi. Banyak sangat kamu letak air tadi." Mak Ngah memberi semangat. Alhamdulillah, melihat perubahan pada diri Zirah.. Membuatkan hati tuanya rasa bahagia!
Hampir dua jam aku buat karipap itu. Tapi yang sadisnya dua jam aku itu hanya sempat menggoreng lima ketul saja. Dengan penuh excited aku membawa piring yang berisi lima ketul karipap ke bilik kerja Emel. Tanpa membuka apron dan membersihkan wajah laju saja aku mendaki tangga.
Emel cuti seminggu! So, aku kena manfaatkan saat yang ada ini untuk memikat hatinya. Tombol pintu bilik aku pulas.
"Selamat pagi abang!" Tegurku dengan suara yang ceria.
Emel yang sedang khusyuk menghadap laptop kerjanya itu hanya menangguk tanpa berkata sepatah pun.
Aku menghampirinya. "Tadaa!! Kuih karipap untuk abang! Special punya!"Ujarku dengan nada teruja!
Emel memandang sekilas. Dan dipandang sekali lagi. Tak berkedip matanya melihat apa yang ada didalam piring itu. Ini, karipap ke? Memanglah tak berapa nak coklat, tapi ini boleh dikategorikan sebagai hangit separuh. Dan kebanyakkannya kemik dan penyek!
Dipandang wajah isterinya dengan dahi yang berkerut. "Apa ni?" Soalnya dengan nada pelik.
"Karipap lah." Masih tersenyum!
"Kenapa macam ni?" Soal Emel lagi.
Senyumanku mati. "Dah nama pun karipap special. Mestilah lain dari yang lain." Jawabku mendatar.
"Urmm.. Macam tak boleh telan je. Urmm.. Letaklah dulu. Nanti-nanti saya makan." Emel kembali mengadap laptopnya.
Zirah menelan air liur! Pahit! "Abang tak nak rasa dulu? Meh sini Zirah suapkan ye.." Aku cuba tersenyum dan buang jauh-jauh rasa kecil hati tadi! Aku tersenyum dan mencubit sedikit karipap didalam pingan itu dan disua kemulut Emel.
Berkali-kali Emel mengelak dari di suap! Dan akhirnya dipegang lengan Zirah kuat! Matanya tajam memandang Zirah. Seolah-olah mahu diterkam saja wanita itu! Dia cukup benci bila dipaksa sesuatu yang dia tak suka!
"Dah lah tu! Kan saya cakap tak nak. Tak nak la. Awak nak saya cakap macam mana lagi?!" Emel melepaskan cengkaman tadi. Matanya sudah merah menahan amarah.
Terhinjut bahu Zirah mendengar jerkahan itu, terkejut! Perlahan piring tadi diletak ke meja kecil. Digigit bibir, ditelan perlahan air liur terasa pahit itu. Hatinya terasa bagai dicucuk-cucuk!
Dengan lemah Zirah keluar dari bilik itu. Tak guna pun aku ada kat situ! Tak ada faedah. Dan hati aku yang sangat berbesar hati masak karipap, dah jadi sekecil kutu! Aku pun tak tahu apa kaitan karipap dan kutu, tapi yang aku tahu sekarang aku kecik hati dengan sikap Emel!
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧