BAB TIGA PULUH TUJUH

3 1 0
                                    

TANGG!!! Ganggang talifon dihempas lagi. Tak habis-habis nak mengganggu! Tak cukup melalui talifon bimbit. Talifon pejabat juga mahu dicuba? Dasar perempaan tak tahu malu!

"Whoaa! Ni kenapa pulak ni? Main hempas-hempas talifon ni?" Irwan yang menyinggah masuk ke bilik pejabat Emel menegur. Dilabuhkan duduknya dikerusi berhadapan dengan Emel.

"Siapa cakap aku hempas? Aku belai-belai talifon ni. Kau tak nampak ke?" Jawab Emel geram.

Irwan ketawa. "Kau ni, relaks lah. Dah cuti seminggu, tak akan masuk pejabat nak angin satu badan? Ni mesti pasal minah tu kan? Dia kacau kau lagi ke? Dia tak tahu lagi ke kau dah kahwin?"

"Kalau aku cakap nak mati esok pun belum tentu dia tak kacau aku. Aku pun peliklah dengan dia ni. Dia nak apa dari aku?" Emel mula meraup wajahnya, cuba tenangkan diri.

"Aku rasalah kan.. Urm, aku rasa dulu dia bercinta dengan Ammar cuma lakonan je. Agaknya entah apa sebab dia berkahwin dengan Ammar. Bila dia jumpa kau, kenal kau.. Mungkin dia betul-betul jatuh cinta dengan kau. Sebab itulah dia jadi macam tu. " Irwan mencebik! Memang benci benar dia dengan perempuan berkenaan! Kalaulah yang dikacaunya itu adalah aku? Dah lama aku jumpa dia bawak berbincang di Balai Polis! Habis cerita!

"Aku pun tak tahu apa yang dia nak dari aku. Yang berulang kali dia mintak, dia nak aku kahwin dengan dia. Dia suruh lepaskan Zirah. Dah gila gamaknya perempuan tu?" Emel menarik nafas berat.

"Dia pernah jumpa Adam? Maksud aku lepas dia serahkan pada Ummi dan Walid?" Soal Irwan lagi.

Emel menggeleng, menidakkan soalan Irwan. "Perempuan macam tu. Memang pandai berlakon!Kadang-kadang tu, nak je aku jumpa dia. Tapi masalahnya, bila aku jumpa dia automatic aku rasa nak lempang dia kuat-kuat! Selepas apa yang dia buat kat Along, dan permintaan bodoh dia nak jadi bini aku. Aku rasa bukan setakat lempang yang aku bagi, bunuh pun aku sanggup!"

"Aku sokong! Bak kata Cicak kobeng kau tu, potong kepala dia! Ha..ha! Eh, sebut pasal cicak kobeng. Dia sihat? Bila nak adakan majlis renjis-renjis? Aku dan Anis sedia jadi pengapit." Irwan tersenyum-senyum.

Emel terdiam. Keluhan di mulutnya seolah-olah dia sedang menjunjung satu beban yang terlalu berat! Mengalahkan berat kereta kebal.

"Kau ni kenapa? Menurut cerita yang Anis selalu cerita kat aku, korang bahagia je. Romantik pulak tu. Tak akan menidakkan lagi apa yang dihati kut bro? Agak-agaklah sikit nak keras hati pun. Sampai sekarang aku tak faham dengan kau ni. Kalau kau rasa tak suka dengan Zirah, kenapa kau pilih nak berkahwin dengan dia? Kalau kau rasa benci dengan dia, kenapa kau bagi harapan kat dia?" Irwan mula merasa sebal bila melihat reaksi Emel itu. Aku dah bertahun-tahun berkawan dengan kau. Dah masak sangat aku dengan perangai kau. Mungkin ada sesuatu yang kau rahsiakan dari aku!

"Aku.."

"Emel! Along dah sedar!! Walid kena balik sekarang." Muncul suara Dato Faris dimuka pintu dengan wajah yang ceria. Sekaligus mematahkan kata Emel sebentar tadi.

Laju saja Emel dan Irwan bangun dari kerusi. Emel tersenyum sambil menadahkan tangan mengucap syukur! "Walid, Emel nak ikut. Jom Wan!" Terkocoh-kocoh mereka mengikuti Dato Faris.

********

"Amnesia. Ini adalah kerana berkemungkinan jangkaan saya dulu tidak tepat, jangkaan saya berdasarkan keadaan Encik Ammar yang berpontensi menerima penyakit amnesia akibat gegaran pada otaknya adalah kuat. Tapi kuasa Allah, dia masih Encik Ammar yang sama, tiada sebarang perubahan. Malah dia juga mengingati punca sebenar dia kemalangan. Yang sedikit mengejutkan saya, dia kenal anaknya. Subhanallah, sesungguhnya hanya Dia lah yang berkuasa dilangit dan dibumi. Anggap sajalah, selama Encik Ammar koma ini adalah ruang rehat baginya.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now