PAGI yang indah. Waktu yang sesuai jemur kain. Tahulah ada Mak Esah, tapi tak akanlah semuanya Mak Esah yang nak buat? Kalau macam tu, baik Mak Esah je yang jadi isteri Emel. Choii, mulut!
Dikibas-kibas kain batik itu sebelum disidai, namun belum sempat aku menyidainya diampaian...
"Gong!!Gong!!"
Terbang kain batik tadi. Terjerit-jerit aku dibuatnya, bakul kain yang ada disebelah di ambil dan dibaling ke arah 'anjing' tersebut! Eh, bukan anjing! Serigala.. Eh, bukan! Ermm, harimau. Ah! Nantaklah. Aku tak tahu.
"Auch!!"
Zirah terdiam. Pandainya 'anjing' ni sebut auch? Perlahan aku menunduk melihat ke bawah. Terkejut aku melihat Emel yang sudah terduduk diatas rumput sambil memegang kepalanya.
Disebelahnya terdapat, err.. Kepala singa? Alah, yang orang cina buat tarian singa bila tahun baru cina tu. Ceh!
Aku ketawa sambil bertinggung disebelahnya. Hah, kan tak pasal-pasal makan bakul. Aku dah lah fobia dengan bunyi anjing ni. Dia buat pulak suara anjing. Memang inilah makannya.
Emel mencebik. "Bukan nak tolong. Gelak lagi ada. Sampai hati kan."
Aku menyudahkan sisa-sisa ketawa yang masih ada suku baki. "Lain kali buat lagi. Nasib baik bakul, kalau cangkul tadi macam mana?" Aku ketawa lagi.
"Kalau cangkul, abang baling Mak Esah kat Zirah." Balas Emel geram.
Mati ketawaku. Bahaya ni, Mak Esah pulak jadi senjata dia. Mak Esah punya kilo, boleh tahan jugak. Namun aku ketawa semula. Larat ke nak angkat Mak Esah?
Gulp! Terdiam mulut Zirah.
Emel tersenyum. Barulah aman, dari tadi dengar ketawa Zirah. Rasa nak cekek je minah ni.
Tuih! Tuih!! Zirah membuang sisa-sisa bulu yang melekat dilidahnya. Dipandang Emel dengan mata terjegil. Kurang asam, disumbat mulut aku dengan telinga singa ni? Ni rasa macam nak sumbat mulut dia dengan stoking pulak.
Lintang pukang Emel lari menyelamatkan diri bila Zirah sudah mengejarnya sambil memegang bakul kain tadi.
"Ya Allah, kenapa budak-budak ni?" Mak Esah pulak naik pening kepala bila Zirah dan Emel main kejar-kejar mengelilinginya.
"Emel ni, dia sumbat mulut Zirah dengan telinga singa." Aduku geram.
Emel hanya ketawa. "Banyak sangat ketawa. Itulah makannya. Ketawakan abang lagi."
"Singa? Ya Allah, macam-macamlah budak-budak ni." Mak Esah menggeleng-gelang kepala melihat suami isteri itu tak habis-habis bergurau. Namun terselit rasa bahagia dihatinya.
"Abang! Zirah tak habis lagi ni." Zirah mengejar Emel yang sudah mendaki anak tangga ke tingkat atas.
Zirah terus berlari ke bilik. Sebaik saja dia masuk ke bilik, dia terdiam. Terlepas bakul ditangan.
Cantiknya bilik tu macam bilik pengantin. Aku rasa, masa aku tinggalkan bilik ni sekejup tadi macam kapal Tatanic tenggelam. Ini, sikit punya cantik. Dengan bunga.. Err.. Bunga raya? Kelopak bunga raya ditabur diatas cadar tilam. Apalah, guna bunga raya? Tak romatik betul suami aku ni. Gunalah bunga mawar ke.
Terasa seseorang memeluk erat pinggangku. Emel tersenyum, diletakkan dagunya dibahu Zirah. Penat tau dia dekorasi bilik ni. Biarpun tak cantik sangat. Hasil kelam-kabut aku dengan Mak Esah, jadi jugak bilik ni.
"Cantik tak?"
Zirah tersenyum. Dipegang tangan Emel yang melingkari pinggangnya. "Cantik sangat. Hijau.. Cantik. Pandai abang hias bilik ni." Pujiku ikhlas.
Emel ketawa. "Tengok kakilah. Khas untuk isteri abang yang comel ni." Emel mencuit pipi Zirah.
"Terima kasih." Zirah berpusing dan tangannya digayutkan dileher Emel.
Dipandang wajah Emel sepuas hati. Hensem! Macam Hendry Golding. Dikucup kedua belah kening tebal itu. Dan dipandang semula wajah bersih itu. "Sayang abang sangat-sangat."
Emel tersenyum. Emel mencium pula kedua belah kelopak mata Zirah dan memandang wajah polos itu sepuas hatinya. "Sayang Tembam abang ni jugak." Dicuit pipi Zirah.
Mati senyuman Zirah. Tembam? Masuk ni, dah dekat puluh-puluh kali dia panggil aku tembam! Tembam sangat ke aku ni? "Abang panggil lagi Zirah Tembam. Zirah kejar abang guna cangkul." Marahku.
Emel ketawa mengkekeh. Dipeluk kembali tubuh isterinya yang dah menjauh darinya kerana marah dipanggil tembam. "Tahu tak, abang suka Zirah tembam macam ni. Omey angat!"
Zirah mencebik sedih. Dia panggil aku tembam lagi! Mentang-mentang sekarang aku dah berisi. Aku tak tahu kenapa aku berisi mendadak macam ni. Tak adalah berisi sangat, kira boleh dikira kurus lagi lah jugak kot. Nak jugak cakap kurus! Ha.. Ha.. Akibat terlalu kuat makan, inilah jadinya.
"Okey-okey, tak tembam. Bambam je. Boleh?" Emel memujuk. Dan akhirnya dia ketawa bila Zirah mula menghentak kaki tanda memprotes.
Akhirnya dua-dua ketawa. Haihh.. Kalau dari Bab pertama dah macam ni kan bagus? Yang indah-indah je.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧