BAB LAPAN

3 1 0
                                    

PAGI! Selamat pagi semua! Selepas solat subuh, aku terus tidur balik. Dan sekarang aku dah bangun bila jam pukul lapan pagi. Kalau kat rumah, pukul sembilan pun belum tentu aku bangun lagi. Ha..ha! Teruk betul anak Mak Imah ni.

Selepas mandi dan menyiapkan rambut yang cantik dan 'hensem' ni. Aku keluar dari bilik. Kacau Bibik pagi-pagi macam ni best jugak ni. Laju langkah ku ke ruang tamu, namun melihat Bibik sedang asyik bergoyang-goyang didapur sambil memegang sudip. Timbul idea jahat aku! Ting!

Perlahan-lahan aku menghampirinya. Namun sebaik saja aku menghampiri peti sejuk. Tang!! Kuat bunyi itu kedengaran.

Aku terduduk lemah disitu! Kepala aku dah rasa macam ada pari-pari menari keliling kepala pulak! Macam mana aku tak nampak ada peti sejuk kat selekoh tu?

"Ya Ampun Kerah! Kamu okey enggak?" Laju saja Bibik menghampiri Zirah yang sudah terduduk dilantai itu.

Meliar mataku cuba melihat siapakah gerangan badigol yang buka pintu ais dengan tiba-tiba itu? "Bik, kat mana letak air orennya.  Ala, susahlah.. Bik ajelah yang cari." Terus manusia berkenaan beredar ke ruang makan dihadapan tanpa sedikit pun mintak maaf dan berasa simpati terhadap apa yang berlaku sebentar tadi.

"Ish! Kau ni memang nak kena sumpah dengan aku jadi peti ais lah agaknya!" Geram aku dibuatnya. Bibik pulak terkebil-kebil bila aku cakap macam tu.

"Loh, kok peti ais? Ngapa enggak disumpah jadi sayur sawi aja dong? Boleh Bik masukkan dalam bihun goreng atas kuali tu." Bisik Bibik perlahan sambil tersenyum.

Mula-mula aku terkebil-kebil jugak nak faham apa Bibik cuba nak sampaikan. Lambat benar otak aku nak proses apa yang dicakap oleh Bibik. Namun bila aku mula faham, berdekah-dekah aku ketawa! Hebat Bibik ni! Boleh jadi geng!

"Bik, Gayah dah datang ke? Ammar tak ganti air lagi tu. Saya dah lap dia dah. Nanti Bik tolong basuhkan baju yang ada dalam bakul tu tau. Saya nak ke Selayang kejup dengan Dato, ada hal."

Datin Ros memandang Zirah pula. "Hah, Zirah kalau nak pergi MPH dengan Anis ajaklah Emel sekali. Boleh naik kereta Emel. Si Anis tu nama je ada lesen kereta, tapi tak pernah bawak kereta. Nanti ada apa-apa hal telefon saya tau." Terburu-buru Datin berlalu.

Bibik meneruskan kerjanya. Namun sempat lagi dia meminta tolong Zirah sambil lalu. "Kerah, tolong ambil jus oren dalam kotak tu. Tolong tuangkan dalam jag dan bagi sama Emel. Boleh ya. Mekaseh." Bibik tersenyum penuh makna.

Aku menggaru kepala sebentar! Aku ke yang kena buat? Kalau aku bagi air longkang agak-agak boleh ke tak? Dalam rela tak rela, aku buat juga apa yang diminta oleh Bibik itu! Kalau ikutkan hati, aku campurkan air ni dengan julap! Biar bercirit-birit dia dalam tandas. Padan muka.

"Nah!" Aku meletakkan jag yang penuh dengan air oren itu diatas meja dan terus berlalu ingin keluar.

"Macam tu je? Tuangkanlah! Orang gaji apa macam ni?" Rungut lelaki itu dan memandangku dengan pandangan tak puas hati!

"Lah, semalam okey je. Hari ni dah kudung? Kesian lah kau ni!" Rungutku.

"Apa yang kau merepek ni? Kau perli aku ke? Kau nak kena ke hah?" Emel sempat menunjukkan penumbuknya.

"Eh, ada tangannya lah! Ingatkan dah kudung dikokak cicak. Kau tuang lah sendiri! Dan buat pengetahuan kau, aku bukan orang gaji. Aku tukang kebun, harap maklum! Kalau kau suruh aku tuangkan tanah dalam gelas kau tu, memang rela hati aku boleh buat. Jangankan tuang tanah, tanam kau hidup-hidup dalam tanah  pun boleh!" Balasku dengan penuh rasa geram!

Emel sudah mengecilkan matanya. Kecik besar, kecik besar je dia melihat Zirah. Kalaulah aku ni boleh dimakan, agaknya sudah lama dikoyak-koyakkan kulit aku dan diratah dagingku. Ish! Banyak sangat tengok cerita seram, kan asyik terbayang-bayang je!  Demi menjaga keselamatan diri, laju saja aku meninggalkannya dan terus keluar mencari ketenangan. Ha..ha! Lari!!

************

PERGHH! Besarnya halaman rumah ni. Mampus aku! Macam manalah Pak Mat bekerja ye? Tak patah tulang ke? Ni yang buat aku tiba-tiba rasa putus asa ni!

Keluasan halaman rumah tu aku rasa lebih kurang satu padang bola sepak yang ada dekat luar Negara tu! Besar gila kot! Kawasan tersebut terbahagi kepada lima bahagian iaitu, kolam renang yang ada dibelakang rumah. Kolam ikan yang terdapat dikeliling rumah! Kebun kecil yang disekalikan dengan kebun bunga dikeliling pagar rumah. Dan taman kecil yang mempunyai sebuah gazebo dan perjalanan berbatu. Hah! Aku suka taman ni, bila masuk je rasa macam kat Jepun! Sawadikap! Eh, itu Thailand. Silap pulak, apa ye selamat datang dalam bahasa Jepun? Entah! Aku pun tak tahu!

Rumah ni memang cantik! Sangat cantik! Rumah ni kebanyakkannya dibuat daripada batu dan kaca. Kolam ikan yang ada di sekeliling rumah itu dari luar nampak macam kolam, tapi kat dalam rumah kolam tu jadi lantai disekeliling ruang tamu. Hebat tak?! Boleh ke korang bayangkan? Hu..hu!

Pandang pulak kat rumah tu, urmm.. Banyaknya tingkat! Setakat ni aku baru sampai tingkat dua. Itupun sebab pergi ke bilik Anis nak bergosip pasal novel. Sempat jugaklah aku meneroka sekeliling tingkat dua tu. Cuma tingkat tiga aku tak tahu ada apa! Nampak dari luar macam best je tingkat tiga tu!! Tak apa, masa panjang lagi.. he..he.

"Dik! Datin dah pergi ke?" Tiba-tiba tegur seorang wanita yang sebaya dengan mak aku! Berpakaian uniform seba putih seperti seorang nurse.

"Dah. Dah lama dah." Jawabku agak kelam kabut! Ingatkan mak tadi! Terkejut patik!

Wanita itu tersenyum sambil memandang aku. Aku hanya tersengeh, dan tiba-tiba je mulut aku berkata. "Mak cik saya perempuan tau! Bukan lelaki."

Wanita itu mengerutkan dahinya."Lah, bila masa pulak aku cakap kau lelaki! Walaupun cermin mata aku ni power dia tinggi, tapi aku masih dapat tengok dengan jelas. Meh ikut aku, kamu ni mesti pekerja baru kan." Ditarik tanganku masuk kedalam.

Lah, kita bagitahu je. Bukan apa, kang ada lagi salah faham yang tak faham aku dibuatnya! Aku mengikut saja kemana arah mak cik tu.

"Mak cik nak bawak kita kat mana ni? Kita baru nak feeling- feeling sedut udara segar tau." Rungutku.

"Alah, dalam rumah ni pun angin segar jugak. Tolong ambikkan besen dan tuala kecil. Bagi kat Bibik. Suruh dia hantar kat bilik Ammar tau. Eh lupa nak kenalkan diri, Mak Cik.. Gayah. Rogayah Maimun Mat Sam. Panggil Mak Gayah. Kalau kamu nak panggil JLO pun tak apa, Mak cik suka! Nama kamu apa?" Soalnya sambil tangannya ligat mengeluarkan beberapa barang dari dalam beg.

"Kita Zirah. Nur Ainul Nazirah. Kita kerja tukang kebun kat sini." Jawabku sambil tersenyum.

Terlepas botol kecil dari tangan Mak Gayah. Dipandangku tanpa kelip! "Kamu ni sihat ke tak?"

Berkerut dahiku. Kenapa pulak tanya aku sihat ke tak? Tahulah mak cik ni nurse. "Kenapa pulak?"

"Orang perempuan mana pernah jadi tukang kebun." Ujarnya dengan wajah terkejut.

"Sebab tak adalah, nak diadakan ni. Manalah tahu satu hari nanti saya jadi wanita pertama yang jadi tukang kebun berjaya!" Jawabku dengan rasa penuh teruja dan bersemangat. Yeah! Itulah impianku! Mak nantikan Along dipintu rumah membawa kejayaan!

Mak Gayah hanya mampu menggelang-gelengkan kepala. Banyak sangat berangan budak ni. "Nak jadi tukang kebun berjaya tu, tak berapa nak percaya. Tapi kalau nak jadi tukang kebun dihati seorang suami tu, Mak Gayah yakin kau mesti cemerlang!" Jawabnya dengan senyuman dan terus berlalu.

Aku pulak terkebil-kebil tak faham apa yang cuba disampaikan oleh mak cik tu. Kita nak jadi tukang kebun lah mak cik,bukan tukang kebun hati orang. Ayoyoo!

 Ayoyoo!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now