BAB ENAM BELAS

1 1 0
                                    

"PUKUL dua nanti, lepas.." Kata-kata lelaki itu terhenti. Mula asalnya dia hanya mahu berkata sambil berlalu dihadapan pintu bilik lelaki itu saja, tak payah nak singgah. Tapi, matanya terpandang sesuatu dan tiba-tiba langkahnya terhenti! Sekarang dia sudah tercegat dihadapan pintu bilik Emel! Tak berkelip matanya memandang Emel yang leka mengadap paper projeknya.

Dengan tergesa-gesa dia masuk ke dalam bilik kawan  baiknya itu dan terus duduk di kerusi yang terletak berhadapan dengan Emel!

Emel yang terkejut dengan kehadiran Irwan yang muncul macam kilat tu, membuatkan jantungnya berhenti berdenyut sekejup! Gila mamat ni. Datang macam hantu.

"Err.. Kau ni dah kenapa? Aku.. Err.. Aku suka perempuan eh, aku tak suka dengan kaum sejenis aku!" Emel bersuara akhirnya bila lama sangat Irwan memandangnya dengan pandangan teruja dan menggoda! Tuih! Aku tak boleh terima cara Irwan tenung aku ni! Ohh! Tidakkk!!!

Pap! Sebuah fail telah selamat mendarat di bahu Emel. Dia mengaduh sakit bila tindakan spontan Irwan menampar bahunya menggunakan fail yang dipegang lelaki itu. Bukan main kuat ek dia pukul aku, mampu membuatkan urat bahunya tersimpul.

"Tengkorak kau! Kau ingat aku ni Gay? Meroyan mak aku kalau dia tahu aku ni spesis tu. Nabi tak mengaku umat tau tak." Bebel Irwan lagi.

"Dah tu! Kau tengok aku macam cubaan menggoda je! Risaulah aku!" Emel membalas dengan nada geram.

Irwan tersenyum sambil bersandar pada kerusi yang empuk itu. "Aku cuma kagum melihat perubahan kau ni. Welcome the old Emel!" Irwan mendepangkan tangannya menandakan dia amat mengalu-alukan kedatangan 'lelaki lama' itu.

Berkerut dahinya melihat tingkah laku kawan baiknya itu. Apa yang pelik sangat ke aku hari ni sampaikan dari rumah, sampi ke office orang pandang aku dengan pandangan pelik dan tak percaya! Mungkin aku ni terlalu hensem. Yeah! Aku tahu tu. Ha..ha..ha..

"Aku sepak kau kang. Kau ni kenapa? Sejak bila pulak aku ada old Emel ni?"

Irwan tersenyum. "Dah hampir dekat setahun aku tengok kau asyik pakai baju hitam dan biru. Lama-lama aku assume tu baju uniform kau! Sekarang baru aku tengok kau berubah balik macam yang dulu. Sejuk hati aku!"

Emel mengeluh! Ni semua minah tu punya pasal! Cicak kobeng ni nak buat transformer kat aku ke apa ni? Siap kau, aku balik nanti! Macam dah tak ada baju warna lain nak dipilih. Aku balik nanti, siap kau.

"Boleh aku tahu siapa sumber inspirasi yang membawa kepada perubahan 'kaler' macam ni?" Terangkat-angkat kening Irwan sambil tersenyum meroyan!

"Kau ingat aku ni sesumpah? Nak tukar-tukar 'kaler' bagai? Ni semua disebabkan cicak kobeng tu! Siaplah dia, bila aku balik nanti!" Emel mengepal-kepal penumbuknya! Cewah, marah lah konon, huh!Tak ada masa aku. Aku pakai baju ni pun sebab dah ini je baju yang dia gosok. Nak tukar yang lain dah tak ada masa dan aku malas. Jadi, aku pakai je lah. Taksangka pulak hanya kerana warna baju, orang lain pandang aku terhensem pulak. Ehem!

Irwan membetulkan duduknya. Dah dekat seminggu dia asyik terdengar Emel merungut pasal tukang kebun rumahnya itu. Atau nama glamornya cicak kobeng. Tiba-tiba terasa nak mengenali wanita bertuah tu dengan lebih rapat pula. Tingg! Idea muncul!

"Mel, aku nak datang rumah kau boleh? Dah lama aku tak jumpa Along. Boleh tak?" Irwan menyoal.

Berkerut dahi Emel. "Sejak bila kau mintak izin nak datang rumah aku ni? Selalunya kau main datang je tak kira masa. Rumah aku tu dah macam rumah singgahan kau sebelum kau balik rumah Papa kau." Emel menyindir.

"Janganlah sindir aku macam tu. Terasa hati adik ipar kau ni tau tak? Eh, silap. Bakal adik ipar." Irwan tersengeh.

Emel ketawa. Macamlah Anis nak dengan si Irwan ni. Walaupun Irwan ni hensem, tapi bab menyakat Anis dia lah orangnya. Macam tu nak jadi suami adiknya itu? Mahu terbalik bumbung!

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now