BAB TIGA BELAS

3 1 0
                                    

AKU menarik nafas perlahan. Penat sangat hari ni, peluh dah menitik-nitik didahi. Kebun sebesar gelanggang Tenis itu sudah separuh dikerjakan. Tanah disini memang sesuai tanam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Dekat dua jam aku bermain dengan tanah, badan pulak dah rasa melekit. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Beberapa minit lagi dah masuk zohor. Cepat-cepat aku mengemas semua peralatan ke dalam pondok kecil yang memang khas untuk berkebun.

Pak Mat kerja sampai pukul 10 pagi tadi je, sebab dia kena jemput anaknya di KL Sentral pukul satu nanti. Anak bongsu Pak Mat sekarang belajar kat MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan. Lepas zohor baru Pak Mat kerja balik.

Mak Ngah tak ikut sebab kena masak untuk makan tengah hari. Lagipun tak jauh mana pun sekolah anaknya itu. Tambahan pula malam ini akan di adakan sedikit kenduri dan bacaan yasin. Memang agak kerap jugalah di adakan kenduri bacaan yasin pada hari jumaat di rumah ini.

Dengan longlai aku masuk kerumah. Kelihatan Mak Gayah sedang asyik menyusun barang ke dalam beg. Bersiap-siap nak balik. Mak Gayah datang sini dari pukul 7 pagi sampai pukul 2 petang je. Kerja apa yang dia buat, aku pun tak tahu. Laju aku menghampirinya.

"Mak Gayah! Long time not see you. Nak peluk sikit!" Aku mendepangkan tangan mahu memeluk Mak Gayah.

Laju saja Mak Gayah menahan tubuh Zirah menggunakan botol air miliknya. "Banyak kamu punya long time! Kamu duduk situ diam-diam. Badan melekit, bau macam kertas kena bakar. Nak peluk Mak Gayah yang wangi ni? Tolong sikit." Mak Gayah memang macam ni, over!

Aku menjatuhkan tangan. Tak jadi nak peluk. Kertas hangit katanya aku? Ni sedih tahap nak terjun tangga ni. "Sampai hati. Kita wangi tau, bau JLO. Meh lah sini peluk kita." Dah faham benar artis kesukaan Mak Gayah, iaitu JLO. Apa-apa je, mesti nak kaitkan dirinya dengan artis itu. Perasan betul Mak Gayah ni. Dengan spontan aku kembali ingin memeluknya.

PAP! Adoi! Bergegar bahu aku."Sakitlah. Kejam tau." Aku menggosok-gosok bahu yang rasa sengal dipukul menggunakan surat khabar oleh Mak Gayah.

"Hah, ini makan dia. Kamu buat apa kat belakang tu sampai jadi macam ni? Ish, mengalahkan orang bekerja dibendang." Mak Gayah menggeleng-gelengkan kepala. Comot habis anak dara orang ni.

Dengan muka sememeh aku tersenyum."Inilah baru di namakan kerja keras! Mak Gayah nak balik dah ke? Tak nak ke minum-minum dulu, gosip-gosip ke. Kita ada gosip baru ni, pasal kucing Cik Bibah tercekek tulang ikan. Tak nak dengar ke?" Cik Bibah tu jiran sebelah. Kucing parsi dia tu perghh! Comel habis!

Mak Gayah buat muka tak kuasa nak melayan aku. Budak bertuah ni kalau dilayan, boleh sakit kepala. Tapi bila dia tak ada, sunyi rumah ni! "Lagi baik aku balik dari dengar gosip kau yang tak habis-habis pasal binatang. Belalang tersepit lah, tupai pengsan lah. Merepek-repek je. Hah, pergi mandi. Jangan lupa solat. Mak Gayah nak balik dah ni, hari ni awal sikit sebab Mak Gayah nak ke hospital. Ada kerja sikit." Mak Gayah tersenyum.

Kadang-kadang Mak Gayah ni layan jugak gosip aku, walaupun merepek. Kadang-kadang dia tak peduli langsung. Sama macam sekarang. Sedih tau! "Yela, kita tahulah bau kita macam kertas hangit. Malam nanti datang tak?"

"Insyallah kalau tak ada apa-apa. Mak Gayah pergi dulu tau." Mak Gayah menepuk perlahan bahuku dan terus berlalu ke muka pintu.

Nak kacau Mak Ngah lah! Apa bau best sangat ni? Ni buat aku rasa nak jadi gemuk ni! Laju saja kakiku melangkah ke dapur.

Tadaaa!! Bermacam-macam sayur dan barang-barang lain untuk kenduri ada di atas meja. Teruja aku melihatnya. Dah macam pasar borong! Jual-jual! Dua seringgit!!!

"Banyaknya barang. Tak akanlah Mak Ngah masak sorang kut? Nak kita tolong tak?" Aku menawarkan perkhidmatan. Aku kalau bab potong sayur ni memang suka. Tapi bab masak, adoi! Lemah tulang belikat aku! Sangat gagal!

Mak Ngah tersenyum. "Eh, tak lah. Kalau Mak Ngah sorang mahu terbelah dua badan ni. Nanti Datin dengan Bibik tolong. Kalau Along nak tolong pun bagus jugak. Ni, kenapa bau macam padi hangus ni?Pergi mandi, nanti boleh makan. Mak Ngah masak kari kepala ikan." Sempat lagi Mak Ngah menutup hidung sambil berkata begitu.

Kecik hati aku melihat reaksi Mak Ngah tu. Busuk sangat ke? Dah dua gelaran aku dapat hari ni. Padi hanguslah, kertas hangit lah. Spontan aku mencium ketiak, wooo! Memang busuk! Kenapa boleh busuk macam ni sekali? Ni mesti sumpahan cacing ni, sebab aku dah sita rumah mereka dengan menggemburkan tanah tadi.

"A'ah lah busuklah sikit. Okey, Along mandi. Nak makan! Nak makan! Nak makan!" Sambil berjalan menuju ke bilik, sempat lagi aku bernyanyi lagu nak makan. Ada ke lagu tu? Hentam jelah!

Mak Ngah hanya ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepala. Macam-macam si Zirah ni. Sejak Zirah muncul, Alhamdulillah banyak perubahan pada rumah ni. Rasa macam ceria seperti dulu, tapi kalau ada Along. Lagi best! Terasa nak menitis air mata bila teringatkan Along. Moga Allah merahmatimu wahai anak.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now