BAB TUJUH

4 1 0
                                    

SELENSAI solat maghrib, pintu bilik diketuk perlahan. Kalau ikutkan hati, aku memang malas nak buka. Rasa nak tidur lama-lama kat dalam bilik yang dah macam hotel tu. Meskipun bilik ni kecil je, tapi sangat eklusif. Beruntung betul aku dapat majikan yang baik macam ni. Ha..ha.

Krekk! Pintu dibuka. Tersembul wajah Bibik dimuka pintu. "Kerah, ayok.. Kita makan 'barang'.." Bibik menarik lenganku sambil tersenyum.

Berkerut dahiku. Demam ke apa? Bila masa pulak aku jadi dinasor? Dinasor pun tak makan barang tau. "Barang? Nak makan barang apa? Owh, barang mainan ye bik? Enggak apa loh." Beriya aku menolak.

Bibik menepuk dahi. "Loh! Kamu gila ya? Siapa mahu makan barang? Maksud Bik, 'barang' tu sama-sama dalam bahasa indonesia."

Perlahan-lahan aku tersengeh. Silap pulak! Aku ingatkan dia ajak aku makan barang. Hu..hu! "Lah iya ke? Manalah kita tahu." Bibik suka panggil aku dengan panggilan Kerah. Dah banyak kali aku ajar untuk lidah dia biasakan menyebut ayat Zirah. Tapi enggak mau loh katanya. Dia suka nama Kerah, macam nama anaknya di Sumatra. Kan aku pun dah tersampuk cakap bahasa indonesia.

Sambil beriringan menuju ke dapur sempat lagi aku bertanya. "Bik, kenapa kita tak tidur satu bilik je? Ada jugak saya kawan." Kalau difikirkan balik, bilik tu muat untuk dua orang tau. Aku ingat kena duduk sekali dengan Bibik, kalau sebilik ada jugaklah aku kawan nak mengusik dan menyakat. Ini, kena duduk sorang-sorang. Cakap dengan dinding la aku jawabnya.

Bibik berkerut dahi. "Loh, Bibik udah kahwin. Enggak manis loh."

Hah??! Aku salah bagi soalan ke, atau dia yang salah jawab? Apa kena mengena soalan aku dengan status dia dah kahwin? "Lah, kalau Bik dah kahwin pun. Tak akan tak boleh duduk sebilik dengan kita?"

Memerah pipi Bibik bila aku cakap macam tu. Apa kena pulak bibik ni? Bibik menunduk. "Bibik sayang sama suami Bik. Bibik enggak mau dua'in dong sama dia."

Aku berhenti berjalan dan secara spontan 'membrek' secara mengejut yang mampu mengeluarkan bau tayar! Aku rasa, aku dapat tangkap apa masalah Bibik ni. Adoi! Tadi Datin Ros. Sekarang Bibik pulak! Serabut aku. "Bik! Kita perempuan lah! Nama kita Nur Ainul Nazirah tau. Bukan Mohammad Nazrin. Huawaaa~" Ni nak menangis ni! Ramai orang akan anggap aku macam lelaki.Aku tahulah gaya aku ni memang bukan macam perempuan. Aku memang tak suka pakai berkain bagai, tapi kain batik tu masih boleh diterima lagi. Seluar dan t-shirt lah baju rasmi aku.

Rambut aku pulak memang aku potong mengikut keselesaan aku. Gaya rambut pelakon lelaki Korea jadi pilihan. Mak memang marah sangat bila aku potong rambut macam ni. Katanya, kalau sekali pandang dah macam lelaki jambu! Ish! Ada pulak macam tu. Tapi kalau tengok dari gaya aku berjalan, cara aku.. Mesti mereka dapat meneka yang aku ni perempuan! Itu punkalau dorang masih diberi akal yang waras untuk menilai! Adoi! Pening otak aku lah! Lepas ni kena jaga rambut panjanglah!

Ternganga Bibik! "Loh! Kamu perempuan ya? Ya Ampun, sorry ya. Kok Bik enggak perasan ya?" Bibik mula serba salah. Silapnya juga tidak bertanya nama sebenar gadis itu.

Aku tersenyum. "Alah, benda kecik je tu. Tadi Datin Ros pun ingat kita lelaki. Tapi bila kita bagi tahu dia yang saya perempuan, dia terkejut. Muka kita ni macam lelaki eh?" Soal ku ingin tahu. Aku memang dah biasa gelarkan diri aku sebagai 'kita'. Entah lah, dah biasa macam tu.

Bibik tersenyum. "Iyalah! Tapi wajah kamu enggak rupa lelaki bangat loh. Muka kamu macam lelaki cantik. Hah! Iya! Baby face gitu." Bibik menyikuku.

Babyface?? Ha..ha..ha! Kalau mak dengar ni, tak habis tujuh keturunan dia ketawa! Ha..ha! Adoi lawak! Yang aku tak boleh terima tu, ada ke patut Bibik cakap muka aku macam lelaki cantik? Ada ke wujud muka lelaki cantik kat dunia ni? Hu..hu!

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now