GAMAT benar suasana diruang tamu itu. Aku yang baru saja selensai mandi selepas hampir lima jam menyiapkan sepenuhnya kebun sayur dibelakang rumah itu. Dengan perlahan aku menghampiri ruang dapur. Selepas solat asar tadi aku asyik terdengar orang terpekik terlolong kat ruang tamu itu. Terjerit-jerit. Tak akanlah Anis berlatih teater kot!
"Manda tak kisah Ummi nak cakap apa! Yang penting Manda dah mintak Fasakh! Dan baby ni, Manda tak boleh nak jaga!" Bayi lelaki yang baru berumur dua minggu itu masih didakapan Datin Rosmah.
Berlinangan air mata Datin Rosmah dan semua yang ada di ruang tamu itu. Yang cuma tidak kelihatan diruang tamu itu hanya Emel seorang.
"Kenapa Manda buat macam ni kat Ammar? Manda dah tak sayang Ammar lagi?" Dato Faris cuba menenangkan keadaan.
"Nak buat apa sayang lagi, kalau suami sendiri langsung tak bagi apa-apa faedah!" Seorang wanita berusia seperti Datin itu kelihatan angkuh bersuara.
"Maaflah kehadiran kami ni mengejut, tapi saya sebagai bapa. Perlu untuk saya fikirkan masa depan anak saya. Macam ini lah, mungkin kita tak boleh berbuat apa di waktu Ammar masih begitu. Cuma saya harap, pihak keluarga Ammar terima cadangan kami ini. Kami benar-benar tak mampu untuk menjaga Adam." Lihat dari gaya Dato Mukhriz bercakap, berat benar dia mahu melepaskan Adam ke tangan besannya. Apakan daya, isterinya dan anaknya berkeras tidak mahu menjaga cucu sulungnya itu.
"Sudahlah abang, tak payah nak sedih sangat. Anak kita ni cantik. Kalau janda sekalipun, dia tetap ada yang mahu. Ingat sikit Datin dan Dato, saya mahukan kes penceraian ni berjalan secepat mungkin sebab tak lama lagi Amanda akan berkahwin dengan kerabat diraja." Megah benar bunyi nada suara wanita itu.
Mengucap perlahan Dato Faris dan Datin Rosmah mendengarnya. Mudah sungguh menantunya itu mendapat pengganti? Macam ini ke cinta yang Ammar berikan kepada Amanda selama ni di balas dengan cara begini? Masyallah, tabahkan hati anakku. Bisik hati Datin Rosmah.
"Bukan Manda tengah berpantang ke sekarang? Adam masih menyusukan?" Datin Rosmah menyoal lembut. Berharap ada naluri keibuan di dalam diri Amanda.
Terkelu lidah Amanda. Pandangan sayu jatuh kewajah anaknya masih didakap erat oleh ibu mentuanya.
Melihat reaksi wajah Amanda, dengan pantas Datin Bibah menepuk perlahan peha anaknya. "Amanda tak boleh jaga anak tu. Bakal suaminya tak nak jaga anak yang bukan anaknya. Manda sudah tu, jom kita balik! Panas pulak Mama rasa kat sini!" Tanpa bersalaman Datin Bibah keluar. Ditarik tangan Amanda yang masih memandang sayu ke arah anaknya.
"Kamu jangan mengada-ngada nak jaga anak Ammar tu. Sepatutnya Datin dan Dato kena bersyukur, sebab Manda masih nak lahir kan bayi tu. Kalau ikutkan hati kami ni, kami mahu dia gugurkan saja. Lagi padan muka si Ammar tu! Mama benci dia, disebabkan dia anak mama jadi macam ni. Bergantung tak bertali. Kalau Ammar bangun sekalipun, mungkin dia tak seperti dulu lagi. Berkemungkinan dia akan lumpuh. Manda nak jaga suami lumpuh macam tu? Nak? Dia belum tentu dapat jaga Manda! Apatah lagi penuhi keperluan Manda! Nanti hidup Manda susah!" Datin Bibah masih meracuni fikiran anak bongsunya itu. Pantang nenek moyangnya bila anaknya digantung tak bertali begitu! Dah lah begitu, lumpuh pula! Menyusahkan!
Amanda mengangguk setuju dengan kata-kata mamanya. "Abang! Sudah tu! Balik! Tak guna kita cakap panjang lebat dengan dorang! Tak berfaedah pun. Anak dengan mak bapak sama je.. Menyusahkan orang!" Bebelnya lagi.
Dengan perlahan Dato Mukhriz menghampiri Dato Faris. "Maafkan saya dan keluarga saya.." Dato Mukhriz mengeluh berat sambil bersalaman dengan Dato Faris. Adam didalam dukungan Dato Faris dikucup sayang. Berat kakinya ingin berlalu. Namun sebaik saja suara isterinya bergema, laju langkahnya keluar dari rumah itu.
*********
"KAK MANDA tak berhak buat Along macam ni!" Anis mula teresak. Makin sayu hatinya melihat Adam yang sedang lena dipangkuan Ummi.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Storie d'amorekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧