BAB TIGA PULUH SEMBILAN

2 1 0
                                    

BILA nak bangun ni? Urmm.. Tidur ke, pengsan? Sambil meniarap diatas katil siap menongkat dagu lagi memandang Emel. Nak kejutkan kesian pulak! Semalam seharian dia menguruskan majlis doa selamat buat Along. Selepas solat subuh tadi. Terus saja dia masuk ke bilik dan sambung tidur. Pucat saja wajahnya.

Aku mencapai talifon pintar milik Emel. Game bertajuk BubbleShooter jadi pilihan. Emel memang tak kisah langsung bila aku usik talifon bimbitnya itu. Janji bukan Apple Mac kesayangan dia tu! Sesekali nak jugak aku jadi jahat, nak tengok apa yang buatkan dia tak bagi aku sentuh laptop dia tu!

Penat main permainan yang menguji kesabaran tu aku meletakkan kembali talifon itu ditepi sebentar. Namun, aku terperasan sesuatu! Cepat-cepat aku ambil semula talifon itu dan melihat sekali lagi. 'Lock screen wallpaper' gambar aku dengan Adam! Aik, bila masa pulak dia tangkap ni? Tengok pada gambar macam kandid je. Oh, curi gambar kita eh? Aku tersenyum-senyum.

Aku meletakkan bantal diperut Emel, dan aku merebahkan kepala diatasnya kemudian tangan Emel aku letakkan diatas dahiku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku meletakkan bantal diperut Emel, dan aku merebahkan kepala diatasnya kemudian tangan Emel aku letakkan diatas dahiku. Urmm, sangat selesa! Masa inilah kita boleh berperang! Bersiap sedia Bubble Shooter! Hiyaaakkk!!

"Abang ni asyik tidur je. Asal hari cuti je tidur! Zirah ni tak pernah jalan-jalan tau. Hari-hari pergi pasar dengan Along pun bosan jugak. Balik-balik muka ikan, tak ikan... ayam, tak ayam..Sawi. Tak sawi tu, sayur bayam. Asyik-asyik muka dorang je yang Zirah jumpa." Aku membebel sambil bermain game ditalifon Emel.

Alhamdulillah, dah dekat sebulan. Dengan izin Allah, Ammar sekarang sudah boleh berjalan seperti biasa. Hampir setiap hari rawatan untuk membolehkan Ammar berjalan semula di lakukan oleh doktor dan dibantu oleh Mak Gayah.

"Apa kata kita pergi.. Urmm.. Kita pergi balik Gopeng!! Yeahh! Jom bang.." Aku tersenyum. Walaupun aku tahu Emel tidur ni, tahap tidur dalam gua kalis bunyi. Aku tetap nak membebel sampai aku penat.

"Mak cakap hari tu kan.." Aku terdiam sejenak bila tangan Emel mula melurut jatuh dari dahiku. Cepat-cepataku meletakkannya semula ke atas dahiku! "Mak cakap, mak rindu dengan Adam. Zirah tanyalah kat mak, mak tak rindu kat Along ke? Mak cakap, mak lebih rindu kan abang dari Zirah?? Seminit Zirah merajuk dengan mak. Nasib baik mak pandai pujuk. Macam abang!" Aku kenyitkan mata ke arah Emel.

"Jihah kan bang, minggu depan dah mula SPM. Samalah dengan Anis. Boleh pulak Jihah cakap nak ambil SPM ni umpama nak tunggu pinangan dari putera raja. Nervious gila katanya. Zirah teringin nak tengok Jihah berjaya. Kalau dulu Zirah tak mampu belajar sampai ke menara gading. Biarlah Jihah yang jadi pengganti harapan Arwah Ayah." Aku tersenyum. Itulah cita-cita aku.

"Alahhh! Kalah lagi! Abang punya pasal lah ni." Aku mengomel.

Tuk!! Tuk!! "Zirah.."

Aku terdiam sekejup. Bunyi macam suara Along. Kenapa eh? Laju saja aku meloncat dari katil dan melulu ke arah pintu.

Sebaik pintu dibuka, jelas wajah Ammar mendukung Adam. Wajah Ammar masam dan seolah-olah menahan nafas. Lawak pun ada. Macam tak cukup lubang hidung dah gayanya dia cuba bernafas.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now