EMEL tersentak mendengar bunyi bayi menangis. Anak siapa pulak yang ada dalam rumah ni? Makin laju langkahnya menuju ke dalam rumah. Kelihatan, Zirah sedang memangku seorang bayi sambil menyumbat botol susu.
Emel ketawa sinis. "Sejak bila rumah ni jadi taska?" perlinya.
Zirah buat muka selamba. Biarkan dia bercakap dengan dinding! Lebih bagus begitu. Adam, ini Pak Ngah. Dia ni sewel.. Suka kacau akak. Kalau Pak Ngah buli akak, Adam kentut kat muka dia tau! Bisik Zirah perlahan kepada Adam!
"Eh, Emel.. Baru balik? Lambatnya balik? Dah dekat pukul 10 malam dah ni." Datin Rosmah menghampiri Zirah. Diusap-usap kepala cucunya itu.
"Anak siapa ni Ummi?" Soal Emel, pelik betul melihat cara Ummi melayan bayi itu.
"Anak Along.. Nama.."
"Kan Emel cakap!! Jangan jaga budak ni! Entah ini anak jantan mana, dia cakap ini anak Along! Betina jahanam! Emel tak suka dia buat macam ni kat Along!" Tiba-tiba Emel bersuara. Merah padam wajahnya menahan marah! Disebabkan betina tu, abangnya tidak bangun. Disebabkan betina itulah, abangnya menderita! Sumpah dia tak akan maafkan!
"Astagfirullah al'azim. Mengucap Mel. Cuba bercakap tu guna akal. Jangan main cakap je. Ya! Ummi tahu kamu benci dengan Manda. Tapi kamu tak berhak untuk benci anak ni. Dia tak ada dosa Mel. Kalaulah dia mampu jaga diri dia sendiri, dia tentu tak akan susahkan kita. Tapi dia kecil lagi, dia cuma ada kita je Mel." Datin Rosmah sedikit sebak. Memang diakui dia sendiri meragui ini cucu sebenarnya atau tidak. Tapi jika asyik difikirkan, besar kemungkinan dia juga ada sifat benci sama seperti Emel pada bayi yang tak bersalah dan tak tahu apa-apa ini.
Selayaknya kita sebagai yang lebih tua, perlu menunjukkan teladan yang baik. Subhanallah, entah kenapa bila terpandangkan wajah bayi comel ini. Hati keibuannya membuak rasa sayang. Biarlah Allah saja yang tahu perkara yang sebenar. Bisik hati Datin Rosmah sayu.
"Emel tak tahulah apa yang Betina tu dah cakap sampai semua orang percaya dia baik! Emel, tak peduli. Nantaklah semua orang dalam rumah ni nak cakap. Yang penting Emel tak akan sesekali percaya bayi tu anak Along!!" Emel terus berlalu mendaki tangga menuju kebiliknya. Marah benar wajahnya.
Aku megusap bahu Datin Rosmah. Cuba untuk tenangkn hatinya. Sedih mengenangkan pelbagai jenis ujian yang melanda keluarganya. "Dah tu Datin.. Insyallah, lambat laun Emel mesti boleh terima Adam. Mana tahu, mungkin Adam inilah hikmah yang Allah bagi pada kita insyallah... Mana kita tahu kan kuasa Allah.." Aku memujuk. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi yang penting, Adam bukan punca masalah. Tapi dia adalah penyelensaian masalah! Insyallah..
"Terima kasih Zirah. Jagakan Adam untuk Ummi. Tak terbalas jasa Zirah ni. Ummi harap apa yang Zirah katakan itu Allah makbulkan. Amin.." Datin Rosmah memeluk erat bahu Zirah.
"Datin.."
"Apa datin-datin? Ummi tak suka Zirah panggil Ummi, Datin." Laju saja Datin Rosmah memintas. Tak berkenan benar hatinya mendengar panggilan Zirah itu kepadanya.
Aku mengerutkan dahi. "Lah habis tu nak panggil apa? Kak Ros boleh?" Usikku.
Ummi tersenyum. "Ingat Ummi ni muda lagi ke Zirah? Panggil saja Ummi. Mari Adam, kita jumpa Atok." Ummi mengambil Adam didalam dukunganku. Aku hanya tersenyum sambil melihat Adam yang masih didakapan Ummi.
******
"PAPA.. Adam datang ni. Papa bangunlah.." Aku bersuara seperti kanak-kanak mewakili Adam. Sambil itu tapak tangan Adam aku letakkan didahi Ammar.
"Papa kalau nak tengok Adam, Papa kena kuat! Papa kena bangun sekarang jugak!" Ujarku lagi. Masakan bayi yang baru berumur 17 hari itu boleh bercakap? Tak apa, aku ni kan Google Translate. Aku cuma nak translate bahasa Adam je.
Aku baringkan Adam disebelah Ammar. Muhammad Adam Hijjaz Bin Mohd Ammar Hijjaz. Nama itu cukup merdu ditelinga aku. Apatah lagi melihat wajah bayi comel ini. Tiba-tiba aku yang rock ni, ada jiwa keibuan. Adoi, geli pulak ketiak aku dengar ayat itu.
Dah tiga hari Adam dibawah jagaanku. Alhamdulillah, tak susah jaga Adam. Dia akan menangis bila lapar, tak selesa dan dahaga. Masanya akan dihabiskan dengan tidur. Boleh dikatakan hampir setiap minit aku dengan Adam. Kebun? Jangan cerita pasal kebun dengan aku. Aku rindu...Ha..ha!
Sekarang aku berjinak-jinak menjadi seorang ibu. Baru aku tahu indahnya jadi seorang ibu. Tak ada suami pun tak apa, janji ada anak. Ha..ha.. Gila!
Celah mana pulak munculnya anak kalau tak ada suami? Adoi, kurang cerdik rupanya anak si Mak Imah ni. Selalunya setiap pagi selepas solat subuh, aku akan duduk diatas katil bersama Adam. Aku lihat dia tidur. Tenang sangat. Kalaulah aku ada anak satu hari nanti. Aku nak jaga dia setiap masa! Satu perubahan pun aku tak nak lepas tengok dengan mata aku sendiri. Itu cerita pasal 'kalau'.
Aku meletakkan jari comel Adam kejari Ammar. Dengan automatiknya ketika Adam menggenggam jari telunjuk Papanya. Jari Ammar turut memberi respon. Aku tersenyum.
"Itu baru awak rasa bila pegang tangan dia. Awak tak tengok lagi muka dia. Comel sangat! Ada iras awak tau. Hidung dia. Cara dia senyum.. Comelnya." Aku mencuit pipi tembam Adam.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Storie d'amorekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧