AKU ambik cawan, dia pun ambik cawan. Aku ambik sudu, dia pun sibuk ambik sudu. Aku ambik pinggan, dia pun nak ambik pinggan. Bila aku pandang dia dengan pandangan menakutkan, dia pandang aku dengan muka comel. Comel la sangat! Poyo..
Aku buka paip air...
"Ops, tak sengaja sorry.. Okey awak dulu." Emel menakup mulut sambil tersengeh bila tangannya dan tangan Zirah bersentuhan ketika masing-masing mahu membuka kepala paip air tersebut.
Aku menjelingnya. Gatal! Sengajalah tu! Semua benda yang aku ambik, dia nak ambik jugak. Aku ambik ni.. Agak-agak dia pun ambik jugak tak? Aku tersengeh sendiri, sambil minda terbayang-bayang idea jahat!
Dengan selambanya tanganku menangkap cicak yang secara kebertulan lalu di atas kabinet dapur itu. Dengan megahnya aku melayang-layangkan cicak tadi dihadapannya sambil tersenyum menakutkan. Rasa macam senyuman ahli sihir pulak. Ha.ha!
Emel yang melihat aksi extreme isterinya itu terus terdiam! Gulp! Berkati air liur cuba ditelan! Muka sudah berpeluh-peluh! Kaki sudah selangkah demi selangkah diundur kebelakang bila Zirah mula menapak ke depan. Ah! Sudah! Gila betul minah ni.
"Err.. Boleh tolong alihkan tak? Tahulah awak tu memang cicak kobeng, tak payah lah main binatang tu pulak. Ni dah kira main tipu ni." Emel sudah pandang ke arah lain. Dia bukan takut dengan binatang tu. Cuma geli je. Errr!!
Aku mendengus geram! Dalam takut-takut, sempat lagi panggil aku cicak kobeng?! Argh! Tak pernah berubah! "Eh, takut ke? Nak sangat saya 'join' permainan ni kan? Kenapa tak nak tangkap jugak?" Perliku sinis.
Emel sudah meraup wajah yang berpeluh itu. "Tapi kenapa guna cicak? Gunalah binatang lain. Ish! Lemah lah! Mana adil!" Rungut Emel.
"Apa kecoh-kecoh ni Long?"
"Mak!" Laju saja Emel berlari menyorok dibelakang Mak Imah. Hilang macho aku!
"Apa guna perisai pulak ni?" Marahku. Main guna mak pulak! Penakut betul mamat ni!
"Biarlah, ni mak kita." Emel memeluk Mak Imah manja.
Aksinya itu mampu buat lubang hidung Zirah kembang kempis cemburu!
"Apa sajalah budak berdua ni. Kenapa ni?" Mak Imah yang tak tahu jalan cerita kejadian itu hanya menggeleng-geleng lemah. Macam-macamlah budak berdua ni. Aku suruh ambik pinggan dengan sudu. Lain pulak yang di ambil. Sabar jelah.
"Itulah mak, manjakan sangat mamat sorang tu. Cicak pun takut! Ish! Buat malu kerabat Hang Tuah je lah!" Aku terus keluar dari dapur menuju ke belakang rumah. Mencari lokasi strategik untuk membunuh cicak ni. Sunat bunuh cicak ni ye puan-puan..
"Eh, nak pergi mana tu?" Emel menghampiri pintu dapur. Melihat Zirah yang sudah berlalu ke belakang rumah.
"Dia pergi buang cicak tu lah tu. Jom, makan. Nanti dia datang lah tu. Angkat pinggan tu bawak ke depan Mel." Mak Imah mencapai beberapa sudu lalu terus menaiki tangga ke ruang makan.
Emel menggaru-garu kepala. Nak bunuh cicak pun jauh-jauh ke? Kepit kat pintu ni sudah. Tak payah nak pergi pancung kat batu bersurat bagai. Amboi, kejamnya idea aku ni. Emel tersengeh, lalu terus mengambil pinggan dan terus ke meja makan.Setelah mereka bertiga sudah berada di meja makan, Emel mengetuai membaca doa makan.
Baca doa makan je pun dah merdu, inikan pulak kalau dia mengaji. Urmm, rindu nak dengar dia mengaji. Ish! Apa kau merepek ni Zirah! Bangun dari tidur lah!!! Kelam kabut aku menyapu telapak tangan kemuka dan mengaaminkan doa.
Laju saja aku menceduk gulai dan diletakkan ke dalam pinggan. Tak sabar nak makan gulai kerang ni! Argh!! Sedapnya! Baru saja tangan aku mahu menyentuh nasi di dalam pinggan. Tanganku diketuk oleh Emel menggunakan senduk yang entah dari mana dia dapat.
"Ouch! Sakitlah!" Aku menggosok-gosok tanganku yang terasa macam nak tampar dia pulak! Orang tengah lapar ni, kang ada jugak yang kena makan dengan Zombie lapar macam aku ni kang!
"Tak basuh tangan ke? Tadi pengang lizard kan?" Emel memandang wajah cemberut Zirah. Jelas sekali yang wanita itu tak suka dengannya! Ah, peduli apa aku!
Dengan mata menakutkan, dada yang sudah turun naik aku pandang dia. "Orang dah basuh lah! Berapa kali nak basuh. Nak masuk mesin basuh pulak ke tangan orang ni hah?" Terketap-ketap bibirku menahan geram.
Emel mengerutkan dahinya. Tak gerun pun tengok muka Zirah macam tu. Cuma rasa tak sesuai wanita itu buat muka macam tu. Macam orang tengah teran hajat je. "Jom basuh sekali lagi."
Aku memandang Emel dengan wajah merah padam! Aku pandang Mak pula. Mak dengan senangnya makan tanpa pandang kiri kanan. Siap bermain-main dengan si Cakoi lagi. Seolah-olah tak ada drama sadis berlaku dihadapannya. *Cakoi tu, kucing jiran sebelah yang menumpang kasih kat mak*
Aku mendengus geram. "Ah! Apa nak jadi sekali pun. Orang tetap nak makan!" Jawabku geram. Tanganku kembali mahu menyentuh nasi. Namun dipegang oleh Emel dan terus menarikku ke dapur. Ah! Sudah. Kenapa pulak mamat ni."Apa ni! Orang nak makan lah!" Marahku sambil menarik-narik semula tanganku dari pegangannya. Kuat pulak dia pegang! Ish!
Setibanya dihadapan singki. Tangan kanan ku itu dibasuh oleh Emel, siap cuci dengan sabun Dettol lagi tu. Aku pulak hanya terdiam. Tak sangka pulak dia tolong cucikan tangan aku. Err.. kenapa pulak dengan dia ni? Belum pernah lah orang mati lepas tangkap cicak. Ish! Takut sangat!
Makin terdiam aku bila tanganku dilap pula dengan tisu oleh Emel. Emel memandangku, aku cepat-cepat pandang tempat lain. Tak payah tunjuk caring kat sini boleh tak? Sesak nafas aku lah!
Emel tersenyum. "Okey, dah boleh makan. Nak saya bawak periuk nasi ke meja makan ni? Mana tahu nak makan bertambah."
Argh! Sempat lagi dia perli aku! Ceh! Dengan rasa yang pelbagai aku terus berlalu ke ruang makan. Makin lama aku berdua dengan dia, makin err.. Makin.. Makin.. Argh! Aku tak tahu. Jangan suruh aku buat ayat lah! Makin laju aku melangkah.
Emel tersenyum. Nak pujuk perempuan, kita kena jadi air. Marak macam mana api tu, tetap akan kalah dengan air. Chayok-chayok Emel!
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧